My Breastfeeding Journey

Bismillah

‘Ayyan Aufa dah berumur satu tahun sepuluh bulan semalam. Rasa macam baru semalam melahirkan budak comel seorang itu.

Hari ini hari sabtu. Saya tidak bekerja. Suami pula sedang AM shift di jabatan kecemasan. ‘Ayyan Aufa sedang tidur. Masa yang sesuai untuk membuat sedikit coretan di blog yang sudah usang ini.

Hari ini topik yang nak dikongsikan adalah perjalanan menyusukan ‘Ayyan ketika kecil dahulu. Saya tidak berjaya menyusukannya selama dua tahun. Saya hanya berjaya menyusukannya dengan susu ibu sehingga kira-kira 9 bulan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kegagalan itu. Tapi saya nekad untuk tidak gagal buat kali kedua.

Hari pertama kelahiran.
Saya melahirkan ‘Ayyan Aufa sejurus sampai ke hospital. Baju pun tak sempat salin. Selepas lahir ke dunia, ‘Ayyan terus diletakkan dalam position skin-to-skin dengan saya. Alhamdulillah dia terus memulakan sucking dan susu pun keluar. Memang ada sesetengah ibu yang susunya lambat keluar. Mungkin hari kedua atau ketiga baru keluar. Tapi jangan cepat mengalah atau rasakan diri seorang yang gagal. Dan juga jangan terlalu obsess dengan penyusuan susu ibu sehingga membiarkan anak lapar. Kalau nurse terpaksa top up feeding dengan susu formula, tolong jangan meroyan. Apa yang paling penting adalah bayi tidak lapar. Breastfeeding is good, tapi setakat sehari dua anak terpaksa di top up dengan formula feeding tidak membuatkan anda seorang ibu yang gagal. Okey?

Perut bayi kecil
Sebaik bayi lahir, perutnya hanya sebesar biji guli. Kecil sahaja kan? Sebab itu lepas minum sahaja, dia akan buang air besar. Tak lama lepas tu lapar balik. Bulan pertama kelahiran sememangnya sangat meletihkan. Kadang-kadang rasa nak give up pun ada. Tapi percayalah yang kita akan merindui saat-saat bonding dengan bayi kita yang baru lahir. Percayalah sampai suatu masa anak akan tidur sepanjang malam. Atau hanya bangun sekali untuk menyusu. Untuk 'Ayyan Aufa, waktu itu adalah pada umurnya empat bulan.

Bila nak mula pump susu untuk buat stok?
Saya mula pump susu pada hari ketiga ‘Ayyan lahir. Susu sangat banyak. Dan payudara juga belum membiasakan diri dengan signal yang dirangsang ketika bayi menyusu. Bila bayi menyusu di payudara belah kanan, payudara sebelah kiri pun akan mengeluarkan susu. Untuk first time mother, memang sangat renyah dan melekit. Baju asik basah je. Rimas sangat. Tapi jangan risau. Peringkat ini akan berlalu. By the time 3-4 minggu, payudara pun dah pandai terima signal. Bila menyusu belah kanan, keluar susu belah kanan je.

Setiap kali selepas ‘Ayyan menyusu, saya akan kosongkan kedua-dua payudara. Susu pada peringkat awal mengandungi colostrum, warnanya kuning pekat. Saya simpan susu ini untuk diberi sekiranya ‘Ayyan jatuh sakit pada masa akan datang. Colostrum ada banyak antibody.

Breastfeeding 'Guru'
Selain banyak membaca, saya juga banyak bertanya daripada rakan yang berjaya dalam penyususan susu ibu. Bunyi macam simple, tapi sebenarnya banyak yang kita perlu tahu. Dan banyak juga masalah yang boleh timbul. Nipple sore, payudara bengkak, susu merudum dan sebagainya. So cari untuk diri anda seorang rakan yang boleh membantu. Bila tak tahu saja boleh terus call atau whatsapp.

Cara simpan susu ‘Ayyan
Saya simpan dalam breastmilk bag. Walaupun ia boleh memuatkan 12 oz, saya selalunya menyimpan dalam 3 oz – 5 oz per bag. Saya dapat tips ni daripada pembacaan blog-blog ibu lain. Ini memudahkan kita nanti semasa bekerja. Sewaktu bekerja, kita akan bekalkan susu kepada pengasuh. Setiap kali menyusu, bayi akan minum sebanyak 3-5 oz mengikut anak masing-masing. Jadi bila kita pack mengikut feeding, ia akan memudahkan pengasuh anak kita.

Sebab kedua pula supaya mudah disusun dalam freezer. Breastmilk bag yang sudah diisi, dibaringkan supaya mengeras dalam keadaan horizontal. Jadi bila disusun dalam freezer, ia akan kelihatan lebih terususn, dan menjimatkan ruang.

Kemas tak EBM saya? Hehe

Beli freezer awal
Ini adalah antara factor terbesar kegagalan saya. Saya dan suami lambat membeli deep freezer. Sepanjang berpantang di rumah mertua, saya menyimpan susu di dalam peti ais nya. Segan jadinya nak simpan banyak2. Bayangkan betapa banyak susu yang boleh saya simpan kalau dah ada deep freezer sendiri. Setelah pulang ke rumah sewa barulah suami belikan deep freezer, tapi masa yang dah berlalu tak dapat diputar semula. Semua stok susu habis digunakan sewaktu ‘Ayyan menjangkau 6 bulan.

Milk booster
Saya hanya pernah mencuba satu jenis minuman coklat yang dijual sebagai milk booster. Tapi mungkin ia tidak serasi dengan saya. Saya tidak nampak perubahan pada amaun susu yang dipam setelah meminumnya. Tapi sebenarnya untuk memastikan stok susu sentiasa ada pada saya bukanlah milk booster, tetapi ia terletak kepada kekerapan kita mengepam, rajin atau tidak kita bangun waktu malam buat power pumping dan berapa kerap kita dapat direct feeding dengan anak. Saya akui saya cukup tak rajin buat power pumping. Saya masih bergelar houseman ketika itu. Balik rumah hanya fikir nak rehat sahaja.

Bila ajar anak gunakan susu botol?
Saya melahirkan anak di PPUM. Sewaktu di sana, sudah dibekalkan dengan jadual training anak untuk gunakan susu botol. Rata-rata kita mendapat cuti bersalin selama 3 bulan. Saya mulakan training selepas umurnya satu bulan. Pada bulan pertama hanya direct feeding. Ini penting kerana anak belum pandai membezakan cara meminum dengan payudara dan botol. Ini yang disebutkan nipple confusion. Setelah masuk bulan kedua insyaAllah dah boleh diajar dengan susu botol. Pada minggu pertama training, saya mulakan dengan satu bottle feeding pada jam 8 pagi. Selainnya hanya direct feeding. Minggu kedua saya tambahkan bottle feeding pada jam 11 pagi. Dan begitu lah seterusnya sehingga ke petang.

Sebelum bersalin lagi saya dan suami dah bertekad tidak mahu membiasakan anak dengan brand botol susu yang mahal. Maka kami train dia dengan botol susu biasa jenama pureen, fiffy, etc. Alhamdulillah tiada masalah colic. Dua sebab kami berbuat demikian. Satu lebih menjimatkan. Kedua, supaya mudah kami membekalkan kepada pengasuh. Setiap botol EBM ‘ayyan ditutup dengan bottle teats dan penutup siap-siap. Pengasuh tinggal keluarkan dan beri pada ‘Ayyan. Tak perlu nak pindahkan dalam botol lain. Guna bottle storage milk biasa je. Tapi again ini semua bergantung kepada anak. Ada kawan saya, anak pertamanya tiada masalah langsung dengan putting botol jenis apa pun, tapi anak keduanya pula yang memilih. Jadi kesimpulannya, setiap anak itu berbeza. Jadi tak perlu nak judge orang yang guna botol susu mahal, mungkin itu sahaja yang anaknya serasi .

Abi seronok bagi 'Ayyan minum kali pertama. masa ni ada botol tommee tippee orang bagi. macam besar sangat kat mulut dia. lepas tu terus tukar pakai pureen punye.

Alat memanas susu (bottle warmer) dan sterilizer
Saya membeli kedua-dua alat diatas. Tapi saya hanya menggunakan alat sterilizer sahaja. Saya tidak suka dengan bottle warmer. Lambat baru susu panas. Saya lebih suka rendam susu dalam air suam. Kadang-kadang saya keluarkan susu awal-awal daripada peti ais dan biar ia turun sendiri jadi room temperature. InsyaAllah anak tidak akan kembung minum susu ibu yang tidak dipanaskan. Alhamdulillah ‘Ayyan pun minum je susu yang tak dipanaskan. Tapi bukanlah terlalu sejuk macam baru keluar dari peti ais tu ye!~

Alat sterilizer memang saya gunakan sehingga ke hari ini pun. Memudahkan saya mencuci alat mengepam dan botol-botol susu yang banyak. Susu ibu akan terasa berminyak sikit pada dinding botol, jadi sterilizer memastikan botol-botol susu ‘Ayyan terjaga kebersihannya. Ada juga kawan yang tidak memakai alat sterilizer, hanya membasuh seperti biasa. Semua terpulang kepada individu. Jika anda seorang yang bekerja dan mahu memudahkan kerja dan pada masa yang sama kebersihan terjaga, saya syorkan beli lah alat sterilizer.

Suami yang memahami kepentingan breastfeeding dan bagaimana nak menjayakannya
Pada awalnya suami saya faham sahaja kepentingan breastfeeding, tapi dia tak faham macam mana hendak menjayakannya. Sebab itulah juga lambat dia nak membeli deep freezer. Dia belum Nampak berapa banyak keperluan susu yang diperlukan untuk buat stok. Jadi bila suami faham insyaAllah semua jadi senang. Kalau boleh bagi pamphlet atau artikel pendek untuk dia faham tentang breastfeeding journey. Jangan bagi dia buku tebal atau suruh dia search sendiri. Orang lelaki kebanyakkan tak suka membaca dan attention span sikit. Haha. Jadi anda perlu kreatif untuk memahamkan dia. Antara yang dia perlu faham : - keperluan pumping setiap 3 jam, power pumping di waktu malam, cara menyimpan stok susu, cara membasuh alat mengepam, cara menyiapkan beg susu nak hantar ke rumah pengasuh, jangka hayat susu dalam peti ais, cara memanaskan susu. Alhamdulillah lepas dia faham, semua jadi mudah.

Rutin saya bila balik kerja, suami jaga anak sambil saya mandi. Selesai mandi, saya susukan anak. Kesian dia seharian minum dari botol, waktu saya ada di rumah sahajalah dia boleh direct feeding. Masa ni suami akan basuh semua alat pumping dan botol-botol susu ‘Ayyan. Dan dia akan keluarkan susu daripada deep freezer ke dalam fridge biasa untuk di’thaw’kan. Dapat buat itu pun saya dah cukup bersyukur. Pagi-pagi pula dia akan isikan botol air masak saya yang besar. Ibu menyusu kan kena minum air banyak. Jadi isteri-isteri sekalian kalau nak suami tolong, kena bagi faham. And again, lain orang lain cara dia menolong. Suami kita, kita sahajalah yang tahu macam mana nak auta dia kasi tolong.. hehe. Jadikan suami anda your biggest supporter!

Stok dah makin sikit
Saat paling kritikal adalah enam bulan pertama. Selepas umur enam bulan kita dah boleh Tarik nafas lega. Selepas umur 6 bulan bayi akan diberi makanan pelengkap. Saya ingat lagi pada waktu stok sudah makin berkurang, saya masih houseman di wad PICU. Staff nurse di situ memujuk. Katanya yang paling penting bayi tidak lapar. Lagi kita obsess/risau, lagi susu drop. Dia juga memberi anak susu formula selepas umur 6 bulan, ketika stok EBM berkurangan. Tapi pada yang sama dia masih gigih mengepam. Bila stok EBM dah makin penuh, dia akan bekalkan semula EBM pada pengasuh. Dan Alhamdulillah anak dia bakal mencapai dua tahun. Percayalah memang sedih sangat waktu pertama kali 'Ayyan diberi susu formula. waktu tu saya oncall. Suami yang beri. Menangis saya sambil ambil darah bayi.


A beautiful journey

Breastfeeding anak adalah suatu perjalanan yang mencabar tapi menyeronokkan. Yang penting, jangan terlalu obses. Tidak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu juga bukan lah satu kegagalan ataupun DOSA!. Banyak faKtor orang memilih untuk tidak breastfeed, sebab-sebab kesihatan, anak terpaksa berjauhan dan sebagainya. Jangan jadi penghukum kepada orang lain. Tidak lah seseorang itu became less of a mother apabila tidak menyusu. To each is his/her own journey. And this is my journey. So selamat berjaya! ~

Comments

Lynalysa said…
Salam and hi. I just wanted to say tq for ur blogpost. Im currently a houseman who jist recently had a baby and i am about to start work soon and i have been so stressed thinking about milk all the time! Reading your experience is comforting in a way and it's nice to read about the experience of my peers (most articles/blogs i have read are with are mostly US/West-centric and/or are written by working mums that have desk jobs)