Betul ke tak ni?

pelik tak bila satu hari kita tengok burung minum air coca-cola?
atau pelik tak bila lembu tengok wayang?

pelik kan tapi mungkin je nak berlaku.
dan bila itu berlaku, dan ada di mana-mana, kita pun akan terbiasa.
dan yang "pelik" tadi dah jadi "biasa"

tapi perkara yang "biasa" tetap tak merubah apa yang "betul", dia cuma... "biasa"..

sebab sebetulnya burung minum bukannya dari coca-cola.burung tu boleh mati kalau minum selalu. sebab sebetulnya dia minum air yang bersih yang dia boleh dapat from natural sources.
sama dengan lembu. tugas dia bukan tengok wayang. tugas dia ragut rumput, produce susu, membiak,etc.. bila dia dah mula masuk wayang, maka dia tak buat tugas dia, maka itu salah bukan?. tapi kalau itu "biasa", ape kita nak cakap lagi kan.

_____________________




pernah tak terfikir ape perasaan orang yang takde tangan?

tapi ada dua jenis kan?

satu, yang memang takde tangan sejak lahir. dua, yang takde tangan due to accident, or penyakit yang menyebabkan tangan dipotong. maka sebelum ini dia pernah merasa adanya tangan.

ape beza dua-dua ni.

orang yang pertama, takkan rasa susah yang amat sangat sebab sejak lahir pun tak pernah rasa nikmat pakai tangan. jadi, sejak lahir memang biasa buat kerja pakai tangan. tak tahu pun ape bestnya pakai tangan. cuma mungkin dia akan jeles bila tengok orang lain senang ada tangan.

orang yang kedua, mungkin perlu adaptasi sewaktu mula-mula takde tangan. rasa macam mana susahnya nak butang baju, macam mana nak angkat barang,etc.

yang "betul" di sini adalah = mempunyai kedua-dua tangan
tapi sebab dah biasa takde tangan, perkara itu akan jadi "biasa" buat mereka.

sekali lagi, perkara yang "biasa" tetap tak merubah apa yang "betul"


__________________






kalau sebetulnya manusia hidup berbaju, kenapa dibuka-buka?

kalau sebetulnya yang ditebuk hidungnya adalah lembu, kenapa manusia pun nak tebuk jugak?
kalau sebetulnya yang diminum tu air bersih, kenapa nak minum air taraf longkang?

nak buat macam mana kan, "orang lain pun buat, nanti pelik la aku tak buat"
kene la aku pun buka situ sini, kena la aku tebuk gak hidung aku, kena la gak aku minum air "tu", longkang pun longkang la.. janji cool..



______________________



sebetulnya macam mana ye?


betulkan yang biasa dan biasakan yang betul

susah?

biasa la,

sebab tu kene saling berpesan-pesan kepada kebenaran

tapi,

orang kutuk-kutuk segala, haisyh~

sebab tu la Allah pesan lepas tu,

saling berpesan kepada kesabaran.




74:7 dan kerana tuhanmu, bersabarlah

Comments