Assalamualaikum wrt.
Day 1 of life |
Yusuf Aydan bin Mohd Nadzrul Shah.
Dah hampir dua bulan umur anak lelaki kedua
abi dan ummi. Alhamdulillah setakat ni kedua-dua ummi dan baby sihat dan telah selamat lepas tempoh berpantang.
Ummi saja nak catatkan kisah kelahiran
Yusuf di sini. Supaya ummi sentiasa ingat dan boleh baca semula bila-bila.
Merancang
itu kerja kita, mengizinkan itu kerja Allah.
Yusuf Aydan datang memang dirancang. Abang ‘Ayyan
dah nak hampir 2 tahun umurnya. Memang dah sesuai untuk tambah ahli keluarga. Pada
masa yang sama abang ummi , Farris merancang nak kahwin bulan 7, 2017. Bila dah
kerja jadi doktor ni, cuti susah sikit nak dapat. Nak ambil cuti banyak pulak
tu, kenduri belah perempuan, kenduri belah lelaki. Jadi ummi plan supaya cuti
bersalin 3 bulan tu jatuh pada bulan sekitar Julai 2017.
Bila ummi kira-kira, ummi kena conceive
dalam bulan 8 atau 9 2016. Jadi dalam bulan 6 ummi dah bukak implanon. Ummi teringat
pesan MO OnG ummi di UM dulu, kena ada satu normal period dulu before plan to
conceive. So bukak bulan 6, ada LMP bulan 7, then dah boleh start merancang.
Selain tu, ummi dah start makan Folic Acid dari bulan 5 lagi.
Kenapa ummi cerita semua ni? Macam tak
sesuai je nak cerita ye. Sebenarnya, supaya masyarakat tak segan untuk
berbincang tentang family planning. Sebab anak ni amanah Allah. Nama pun
amanah, jadi mesti rancang dengan sebaiknya. Again, kita merancang, Allah yang
tentukan. Kita plan nak conceive bulan 8, tapi Allah jugak yang akan izinkan
bila yang sesuai. Yang penting, bila ianya terjadi, kita dalam keadaan
bersedia, emosi dan kesihatan. Ingat ye, Folic Acid sepatutnya makan 3 bulan
sebelum persenyawaan, bukan bila baby dah ada baru nak makan. Jadi yang belum
kahwin tu pun, dah boleh bincang dengan bakal suami bila plan nak ada
anak. Kalau lepas kahwin plan nak terus
mengandung, means sebelum kahwin lagi dah start makan Folic Acid. Okey?
Jadi Alhamdulillah, nampaknya perancangan
Allah selari dengan apa yang abi ummi plan, Yusuf hadir dalam kandungan ummi
bulan 8 2016. Dan Yusuf dijangka lahir 3 Jun 2017.
I love milk!! |
Mengandungkan Yusuf Aydan
Masa Yusuf dalam perut ummi, semuanya rasa
seperti mengandungkan abang ‘Ayyan. Tiada morning sickness, alhamdulillah.
Makan jangan cakap, memang nak makan je. Cuma ummi perasan ummi suka makan roti
canai dan Domino’s pizza. Haha, memang tak sihat. Roti canai tu almost everyday
kalau boleh nak makan. Sampai ada geng makan roti canai. Hari-hari habiskan
ward round dan discharge pesakit cepat-cepat supaya boleh pergi makan roti
canai. Letih pun kurang sikit kali ni sebab bukan houseman kot, tak banyak
kerja macam houseman, tak banyak kena berjalan macam houseman. Tapi oncall
tetap penat, mentally more than physically. Hari postcall mesti ummi buat round
duduk depan parents and patient. Mesti minta maaf depan parents sebab tak larat
nak berdiri. Nasib baik parents memahami. Oh, masa ni ummi kerja di wad
kanak-kanak.
Persiapan kelahiran Yusuf Aydan
Tak banyak barang yang ummi beli, sebab
barang abang ‘Ayyan semua elok lagi. Stroller, newborn carrier, breastpump, breastmilk
storage bottle, bengkung baby, tempat mandi semua elok lagi. Baju je banyak tak
berapa nak comel dah keadaannya. Ummi perasan baju yang beli kat mothercare je
tak worn out lagi walaupun dulu ummi selalu pakaikan abang ‘Ayyan baju-baju tu.
So ummi decide nak belikan baju elok untuk anak ummi. Biar mahal sikit tapi
tahan lama. Tapi nasib baik ummi tak proceed beli awal-awal. Kawan ummi kata
beli baju baby dari NEXT uk. Shipping fee free kalau beli more than rm200.
Kualiti baju macam mothercare but for a much lesser price. In fact ummi rasa
lagi murah dari anakku. Ummi bayar rm400 untuk 20 set baju. So satu set macam
rm20 je. Anakku pun satu set rm25. Next time boleh beli lagi, dah la
cantik-cantik baju dia. Hehe.
Perkara paling penting nak difikirkan untuk
menerima Yusuf Aydan adalah tempat kelahiran. Memandangkan lahirkan abang ‘Ayyan
dulu sangat-sangat cepat prosesnya, abi dan ummi decide faktor terpenting
pemilihan tempat lahir adalah jarak paling dekat dengan rumah. By the time
Yusuf lahir, ummi dan abi kedua-duanya akan bekerja di IIUMMC dan duduk di
Kotasas. Jadi hospital terdekat tentulah IIUMMC. Tapi, wad bersalin belum
dibuka (hospital baru), so next pilihan yang ada adalah di Kuantan Medical
Centre. Telan air liur jugakla bila abi ummi fikir tentang caj hospital swasta.
Tapi ummi rasa HTAA tu sangatlah jauh ketika sakit tu dah datang nanti. Huhu
tak boleh bayangkan.
So abi ummi start saving and tak belanja
banyak dulu masuk rumah baru. Beli yang penting-penting je untuk tetamu nak
datang. Simpan duit manalah tahu kena emergency c-sect. Mau paling kurang
rm6000. Masa Yusuf nak dekat lahir baru ummi tahu staf IIUM boleh guna GL IIUM di
KMC. So half the cost dicover oleh IIUM. Syukur =). Jujurnya, keselesaan
bukanlah faktor utama pemilihan hospital. Sebagai staf kesihatan, abi ummi tahu
hospital besar kerajaan lah pilihan paling selamat berdasarkan kepakaran yang
ada setiap masa, dan juga kemudahan NICU sekiranya berlaku apa-apa pada baby
Yusuf. Tapi abi ummi tahu kami kena pilih jarak yang dekat sekali dengan rumah.
So pada umur kandungan 36 minggu, ummi
booking di KMC. Masa di pendaftaran, staf tanya nak booking dengan doktor mana,
ummi tanya balik pada dia, rumah doktor OnG mana yang paling dekat dengan KMC?
Haha. Staf tu manalah nak tau kan. So diorang cadangkan Dr.Anna Liza. Ummi abi
setuju je siapa-siapa pun.
Dah habis pantang. Jom teman abang 'Ayyan main playground! |
Penantian
Abang ‘Ayyan dulu keluar melihat dunia pada
usia kandungan 38 minggu. Jadi ummi expect yang Yusuf pun mesti tak sampai due
date punya. Masa 37 minggu ummi dah excited dah nak jumpa Yusuf. Tambahan lagi
ummi pun dah mengah sangat berjalan, tidur pun tak jumpa dah posisi yang
selesa. Tapi masuk 38 minggu Yusuf tak juga keluar-keluar. Sepanjang minggu tu
ummi stress. Bila masuk hari Sabtu 1 Ramadhan, kandungan 39 minggu, ummi dah
pasrah dah. Relax je lah, malas nak fikir dah bila baby nak keluar. So pagi tu
ummi bangun sahur dengan abi. Pukul 8 abi kerja AM shift. Ummi duduk rumah
dengan abang ‘Ayyan. Tengahhari tu ummi projekkan kepala abang ‘Ayyan masa dia
tidur sebab dah panjang sangat rambutnya. Ummi kena buat perlahan-lahan sebab
abang ‘Ayyan tak suka potong rambut. So selesai side kanan, masa ummi nak
pusingkan kepala abang ‘Ayyan, dia bergerak, so ummi cepat-cepat stop.
Tepuk-tepuk dia nak bagi tidur balik sampai la ummi pun tertidur sekali.
With atok and tok ummi and fawwaz and abang 'Ayyan |
Kelahiran Yusuf
Tepat jam 2 petang, tiba-tiba ummi rasa air
mengalir kat celah paha. Ummi ingat ummi terkencing sebab ummi memang selalu
nak buang air kecik bila Yusuf dah makin membesar dalam perut ummi. Tapi
rasanya lain macam, ummi tahan tapi dia mengalir banyak. Warnanye jernih so
ummi rasa ummi dah leaking. Ummi terkedu sekejap kat atas katil. Yusuf nak
keluar dah ke? Perut ummi tiada rasa sakit lagi. So ummi telefon abi dan tanya
orang shif petang dah datang ke? Waktu ni ED IIUM ada dua shif je : pagi dan
petang. Orang pagi balik jam 3 dan orang petang datang jam 2. So ada overlap 1
jam. So dengan tenangnya ummi beritahu abi, air ketuban dah keluar tapi ummi
tak sakit apa-apa lagi. Jadi ummi mintak abi balik awal lepas dah beritahu
colleague.
Dalam perjalanan balik abi telefon tokma
dan tokabah mintak datang ke kuantan temankan ‘Ayyan di rumah. Abi sampai rumah
dalam pukul 2.30ptg. Kami bersiap dan solat zohor. Ummi dah mula rasa sakit
sikit. Ada small contraction once in 10 minutes. By the time tokma tok abah
sampai rumah kita, dah dekat pukul 3.15 – 3.30 macam tu. Tokma suruh ummi bukak
puasa sebab muka ummi dah merah-merah walaupun ummi tak rasa sakit sangat. Ummi
turutkan je. Ummi asalnya plan nak cek dulu bukaan kat hospital, kalau masih
kecil nak teruskan dulu puasa.
Abi ummi terus ke KMC. Sampai dalam pukul
3.40ptg. Abi nak drop ummi kat lobi supaya ummi tak payah jalan banyak. Ummi
taknak. Ummi nak buat macam orang Russia, kena banyak berjalan. Siap masa dah
10 cm pun kena jalan pergi delivery suit sendiri supaya mudah bersalin. So abi
dan ummi jalan pimpin tangan dari tempat parking sampai ke PAC. CTG cantik,
bukaan dalam 2-3cm. Jadi jam 4.20 ptg ummi dimasukkan dulu ke wad. Masa ni
contraction tak kuat sangat lagi. 2-3 contraction dalam 10 minit. Masuk je wad
duduk atas katil. Azan asar pun berkumandang. Masa ni sakit makin kuat. Ummi
cakap kat abi nak solat siap-siap takut sakit makin kuat. Ummi dah mula tak
larat nak berdiri. Ambil air sembahyang pun atas kerusi je, abi curah air dari
botol. Ambil masa lama jugak la sebab contraction datang cepat sangat. Tak
sempat ummi nak rehat. Lepas solat, ummi struggle nak naik katil. Jam dah pukul
5 lebih. Baru satu jam ummi fikir. Takkan bukaan dah berubah banyak. Tapi abi
kata nampak sakit sangat, nak panggil nurse. Walaupun baru sangat masuk wad,
ummi kata panggil je la, harap-harap diorang tak rasa ummi mengada-ngada sebab
baru sejam lepas cek bukaan. Masa abi nak keluar, tiba-tiba Dr.Anna datang. Ya Allah,
syukurnya rasa waktu tu, doktor dah sampai! Dia tengok muka ummi sakit sangat,
dia terus buat VE. Dah 6 cm, dia kata ummi dah boleh pindah ke delivery room.
Masa atas wheelchair tu ummi sakit sangat, ummi baca selawat “La ila ha illa
anta subhanaka inni kuntum minaz zhalimin”.
Sampai delivery room, nurse tukarkan baju
dan pindahkan naik katil. Diorang siap remind step-step nak bersalin. Breathing
technique. Ummi pegang tangan abi. Nurse tanya nak pakai Entonox tak? Ummi kata
boleh jugak. Tapi belum sempat pakai, ummi jerit kata boleh tak saya nak teran
je. Dr.Anna kata boleh nak cuba.
So semua orang pun get in position, bila
datang contraction je ummi start push. Alhamdulillah bukaan makin besar, dan
after 2-3 push Yusuf pun lahir ke dunia pada jam 5.37 petang. Subhanallah. Ummi
peluk Yusuf kat dada ummi.
Alhamdulillah, alhamdulillah,
alhamdulillah.
Abi dan ummi berserah je pada Allah apapun
perjalanan kelahiran Yusuf. Abang ‘Ayyan dulu lahir mudah, tak semestinya kali
ni pun akan mudah. Malam-malam sebelum tidur ummi selalu minta maaf dosa ummi
pada abi. Dalam perjalanan ke hospital pun, ummi message tok mama, atok dan tok
ummi ampunkan dosa anak diorang ni. Kalau tak kerana sifat pemaaf semua insan
ni, mungkin ummi tak dapat merasa bersalin mudah. Kerana sesungguhnya ummi
memang banyak dosa pada mereka semua. Again, ini tidak bermaksud kalau proses
bersalin sedikit sukar maknanya kita banyak dosa dan orang tak ampunkan kita.
Semuanya atas izin Allah jugak. Allah tahu ummi tak akan mampu tanggung sakit
lama-lama, jadi Allah bagi mudah.
Kali ni sempat la ummi bersalin di delivery
room dan dengan kehadiran doktor. Dulu abang ‘Ayyan sempat sampai PAC dan abi
je yang sambut. Walaupun technically abi pun doktor. Haha.
Tokma punya instinct pun tepat. Dia tahu
mesti tak lama dah ummi nak bersalin. Jadi lepas solat asar, tokma dan family mertua terus keluar dari
rumah kotasas dan pergi beli makanan berbuka. Masa abi call diorang, diorang
dah pun dalam perjalanan ke hospital.
Abang ‘Ayyan dengan rambut potong sebelah
je (haha) datang masuk bilik hospital. Tapi dia taknak pandang pun baby Yusuf. Mungkin
dia pelik kenapa semua orang suruh dia tengok baby? Tapi itu 2-3 hari pertama
je. Sekarang bangun pagi-pagi je nak cium kepala baby. Bagi ‘cuk’ (selimut favourite) dia kat baby.
Abi ummi solat, dia yang goyangkan rocker baby kalau baby menangis.
Jadi itulah dia kisah kelahiran bayi
Ramadhan ummi, Yusuf Aydan bin Mohd Nadzrul Shah.
Yusuf = nama nabi Yusuf
Aydan = cerdas
Moga Yusuf Aydan membesar menjadi setabah
nabi Yusuf dan menjadi seorang yang cerdas.
Nadhirah Fauzi
Jumaat, 14 July 2017
12.50pm
The four of us 💝 |
Comments