Wednesday, May 10, 2017

Puting bayi / pacifier - bagus atau tidak ?

Bismillah. 

* post ni panjang ye – warning awal-awal *

Pagi tadi semasa scroll di facebook, ada rakan share article keibubapaan bertajuk : Don’t Fight It, Just Give ‘Em The Damn Pacifier. It’ll Be Fine.

Semua orang akan, atau pernah merasai menjadi first time parent. Saya ingat lagi perasaan sebelum dan sejurus selepas mendapat bayi pertama. Rasa bimbang dan takut macam mana nak didik anak amanah Allah. Semua orang mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Buku demi buku, artikel demi artikel ditulis untuk menjadi panduan ibu bapa mendidik / mengasuh anak.

Saya sendiri pernah menyimpan impian atau pernah berprinsip macam-macam tentang bagaimana hendak membesarkan anak. Kalau boleh tak nak ajar anak pakai puting, nak anak pandai mengenal huruf atau membaca atau mengaji seawal yang mungkin, tak nak expose anak pada gadget, anak mesti duduk dalam car seat sejak dari lahir dan macam-macam lagi. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak kita.

But as time goes by, kita akan sedar yang ianya tak semudah itu. Setiap anak berbeza, setiap ibu bapa berbeza, setiap keadaan berbeza. Bila satu-satu impian itu gagal, kita akan berfikir terlalu banyak, cuba melawan keadaan dan akhirnya stress terlebih. Dengan masa, saya belajar yang it doesn’t have to be perfect. Learn to let go. Apa yang paling penting buat saya adalah kesihatan, kegembiraan dan keselamatan anak. Itu yang paling utama.

Setiap orang ada struggle mereka masing-masing. Biar saya cerita kisah saya.

1.         Tak nak anak berputing (pacifier)

Sebelum anak lahir, saya dah rancang tak nak anak berputing. Dulu waktu kecil, saya memakai puting, akhirnya gigi menjadi sedikit jongang dan pada usia remaja dipakaikan braces supaya gigi lebih rapi kedudukannya. Jadi, saya tak nak anak memakai puting supaya kesihatan giginya terjaga. Keduanya, tak nak anak dependent pada puting, nanti kalau tertinggal puting di rumah, tak ke naya nak hadap baby meraung-raung.

Tapi, sebelum anak lahir, mama belikan dua puting. Katanya buat standby je. Lagipun sekarang dah ada puting yang orthodontik. Means elak gigi jongang. Marah ke waktu tu? Tak. Buat chill je. Biar la benda tu nak ada pun, kalau kita tak nak pakai biar je la kan. Tak guna bergaduh mulut dengan mak sendiri kan. Lagipun masa tu dia yang belikan, tak pakai duit kita pun.

Sepanjang cuti berpantang langsung tak pakaikan puting. Tapi ada masa rasa nak bagi je puting tu. Sebab kadang tu, anak nak direct feed almost sejam. Penat sangat. Actually dia feed kejap je, rasanya selebih tu lebih kepada comfort nursing. Bila kita lepas je, dia terjaga and nangis balik. Time pantang tu rasa stressssss sangat kenapa la budak ni lama sangat nak menyusu. Tapi bila pujuk diri, time ni je la ada banyak masa dengan baby, teruskan je la.

Alkisahnya, time dah hantar anak ke pengasuh , pengasuh yang startkan puting pada baby ‘Ayyan. Time tu sedih jugak, tapi kami pilih untuk redha je sebab fikir asal baby sihat and selamat dengan pengasuh, malas nak bergaduh dengan pengasuh. Kami pun rasa benefit pada kami juga sebab baby tidur lama sikit. Time ni dua-dua orang kerja. Saya masih houseman. Suami pula MO klinik kesihatan di negeri sembilan. Berulang hari-hari PJ-N9. Jadi, masa untuk rehat tu sangat precious. Bila ‘ayyan makin besar , kadang-kadang muncul kerisauan bila dia akan stop berputing. Sebab pernah nampak ada budak dah umur 6 tahun pun tak mahu berenggang puting.

Alhamdulillah masa umur ‘Ayyan dua tahun 6 bulan, pada ketika dia dah mula memahami simple command, kami try je stop bagi puting. Dengan kerjasama pengasuh nya yang sekarang juga. Dua tiga hari kami kata puting hilang, takde. Mula-mula muka dia sedih and ada masa menangis dia sebelum tidur nakkan puting. Kami suami isteri buat stone je, dan keep on cakap, puting hilang. Bila dia dah penat menangis, dia tidur je pun. Tapi lepas 3-4 hari dia mula faham. Sampaikan masa dia bangun tidur, benda pertama dia cakap adalah “puting takde, puting hilang”.

See, sampai masanya nanti anak boleh diajar untuk stop puting. So, stop worrying and stressing yourself out.

2.         Nak anak pandai membaca / mengaji awal

Masa mengandung / berpantang tu banyak tengok video atau sharing orang di FB anak mereka pandai baca flashcard pada umur yang sangat awal. Rasa nak macam tu jugak untuk anak sendiri. Cuba jugak lah tunjuk flashcard pada anak masa umur dia 3-4 bulan, tapi lepas tu give up, sebab masa tu bukannya dia boleh bercakap pun. Haha. Tambah pulak lepas tu dah masuk kerja, jadi tak sempat la hari-hari nak curi masa tunjuk dia flashcard. Orang kata 10 minit setiap hari pun cukup. Realitinya susah nye nak cari masa 10 minit tu. Bila balik rumah je, nak siapkan makan malam, nak pump susu lagi, nak basuh breastfeeding equipment, nak prepare untuk kerja esoknya. Bila dah ada masa, anak pulak dah tidur.

Lepas tu dia makin membesar, dah pandai pegang buku bergambar sendiri. Time ni kita nak ajar dia, dia punya attention span pulak 2-3 saat je. Mencabar sungguh. Lama – lama sedar sendiri bahawa, apa la yang nak dikejarkan sangat anak tu nak pandai membaca. Nak buktikan pada siapa? Nak puaskan diri sendiri? Kalau itu definisi bahagia anda, then silakan.

Anak-anak ni milestone mereka berbeza. Ada yang speech nye lebih cepat, ada yang gross motor nya lebih cepat. Just as long as dia tak skip milestone and achieve milestone within the acceptable period of time dah cukup bagus. Macam ‘Ayyan sendiri, gross motor skill dia cepat. Berjalan melompat berlari dengan confident pada umur yang awal. Tapi to say meaningful 2-3 word sentences lambat sikit, tapi tak lah sampai speech delay. By the time umur 2 tahun beberapa bulan, time umrah, tiba-tiba perasan dia dah pandai A-Z, 1-10 (in english and malay), Alif –Ya and from there tiba-tiba dia banyak mulut. Ayat dia dah mula panjang .

So, let kids be kids. Biar dia enjoy childhood dia. Kita boleh assist and provide the necessaries, tanpa perlu memaksa dan meletak expectation. Just watchout perkembangan, and if let say ada developmental delay pun, accept it with open heart, seek help early and intervene as needed. Jangan denial and stress lama-lama. Everything has its solution, okay?

3.         No gadgets

Introducing anak pada gadget pada umur yang awal adalah memang tidak bagus. Tapi, saya pasti ramai yang struggle dalam perkara ni. Sebagai ibu bapa, memang kita boleh strict dan keraskan hati tak tunjuk gadget pada anak. Dalam kes saya, there are many times yang kami perlukan pertolongan orang lain untuk jagakan anak kita. Sebab saya ada oncall dan suami kadang-kadang perlu kerja pada hujung minggu. Jadi family terdekat yang banyak membantu tengokkan anak. Dan ramai memilih untuk tunjuk video you tube pada anak. Seronok tengok budak senyum and terhibur tengok video. Budak pun leka tengok. Kalau kita nak bertegas dengan family pun susah. Itu cara mereka nak entertain anak kita. Mereka dah tolong jagakan pun dah bersyukur banyak. Ingat, kita yang minta pertolongan daripada mereka. Kena belajar beralah. Again, pada saya yang penting anak kita selamat, tak patah riuk. Itu pun dah bersyukur banyak.

Having said that, kita kena bersedia anak akan tantrum bila tak dapat tengok video. Kita pun rasa senang sebenarnya time nak buat kerja, anak tak kacau. Tapi, apa limitnya and adakah kita patut biarkan saja? Pada saya tak ada strict rules. Bila anak ada dengan orang lain, biarkan saja cara mereka jaga anak saya. Bila anak ada dengan saya, saya akan ikut cara saya. For me TV is better than ipad or phone. Sebab sambil dia tengok video kat TV, dia boleh interact in physical way. Dia boleh tiru menari dan gaya. Kalau ipad dan phone, anak akan pegang gadget tersebut. Sudahla jaraknya dekat dengan mata. Tangan pula pegang gadget, langsung takde motor movement.

Sibukkan anak dengan permainan. Di rumah, saya simpan mainan ikut transparent boxes yang saya beli di Daiso / supermarket. Satu box untuk kereta. Satu box untuk lego. Satu box untuk permainan blocks dia. Dan seterusnya. Attention span anak-anak ni tak lama, dia cepat bosan. Jadi bawak keluar satu persatu, bila dia bosan main kereta, kita keluarkan lego pulak, sampai lah kita ran out of ideas and dia dah mengamuk sangat-sangat nakkan video baru bagi. Dan bila berkesempatan, try interact dengan anak sambil dia tengok video tu. Kalau video tu tengah ajar pasal colours, kita pun follow sebut colours tu, biar anak rasa kita pun ada sekali and anak ada belajar something from the videos.

Bila saya nak disiplinkan anak tentang gadgets? Bila dia dah boleh faham sebab dan akibat. In which lagi few years la kot. Bila dia boleh comprehend tentang disiplin. Bila saya boleh kenakan denda / timeout pada dia. Mungkin pada waktu tu saya akan limitkan gadget to 1 hour per week. Wallahualam.

4.         Car seat

Masa mengandung lagi, mama dah tekankan kepentingan car seat. Di negara barat, ia dah menjadi kewajipan. Tak boleh bawa bayi baru lahir pulang tanpa buktikan dah ada car seat. Akan ada mulut-mulut yang berkata, bazir je beli carseat, last-last anak tak nak duduk pun. Tapi dari baby dalam perut lagi saya dah berdoa, biarlah anak ni mahu duduk dalam car seat. Bila mana kami berdua bekerja sebagai doktor, kena terima hakikat yang akan banyak kali kena drive seorang. Kerja bukan office hour. Jadi kalau anak tak duduk dalam car seat, macam mana nak drive. Pernah saya naik kereta kawan yang tak introduce car seat pada anaknya. Anaknya semua tak nak pada orang lain. Jadi ada yang duduk atas riba dia sambil drive. Sangatlah tidak selamat. Budak kecil beratnya ringan, jadi bila brek mengejut dia akan terlambung lagi jauh daripada kita. Kalau terkena impact, dia akan terima lebih daripada kita yang dewasa ni. Jadi ini antara sebab yang buatkan saya betul-betul nak ajar duduk dalam car seat. Jadi dalam perjalanan pertama ‘Ayyan pulang dari hospital pun dia dah duduk dalam car seat. Alhamdulillah ‘Ayyan adalah budak yang baik dan suka duduk dalam car seat. Kalau masuk je dalam car seat, dia akan tidur. Nanti nak sampai destinasi yang dituju baru dia bangun. Pernah tak ‘Ayyan menangis minta dikeluarkan daripada car seat? Of course pernah. Apa yang kami buat? Pekakkan je telinga. Jangan marah atau kuatkan suara pada dia. Biar dia cry it out. Tak lama pun, nanti dia stop la menangis.

Cabaran saya hanyalah dalam memahamkan keluarga mertua tentang kepentingan car seat. Even sampai sekarang saya akan dapati mereka bawa ‘Ayyan tanpa letakkan ‘Ayyan dalam car seat. Macam-macam cara saya terangkan kena letak ‘Ayyan dalam car seat, tapi selalunya sekali je buat, lepas tu mereka tak guna car seat tu. Sedih memang sedih. Alhamdulillah sampai sekarang masih tiada apa-apa yang berlaku. Tapi saya tak mahu tunggu sampai perkara buruk terjadi, baru kita nak belajar dari kesilapan. Langkah saya hanya ingatkan bila ada peluang. Selalu kena cakap dengan lemah lembut “nanti nak bawa ‘Ayyan, letak dalam car seat ye”. Again, saya kena belajar menerima dan memaafkan kerana cara kita dibesarkan dan pengalaman masing-masing berbeza. Tak perlu bergaduh bermasam muka. Remind selalu dan doakan yang baik-baik. Usaha and tawakal. Usaha saya adalah selalu ingatkan. Dan pasangkan car seat di kereta mereka bilamana mereka nak ambil ‘Ayyan.

Mama saya lebih particular sebab pernah adik saya tercampak dari seat belakang ke handle brek kereta semasa emergency break. Masa tu tak guna car seat. Jadi pengalaman itu menyebabkan dia ambil berat tentang penggunaan car seat. Memang kita boleh kata, takpe, kita boleh pegang anak elok-elok. Analoginya mudah sahaja, kalau kita berjalan sambil menjijit plastik bag, kemudian kaki kita tersadung. Apa refleks pertama kita, tangan kita akan terdepa ke depan, untuk break the fall. Tak nak muka kita tersembam dulu, betul kan? Jadi, apa jadi pada plastik bag yang dijinjing, pastinya tercampak bukan? Sama jugalah konsepnya bila kita pegang anak dalam kereta. So pada saya tak boleh terima alasan boleh pegang anak elok-elok. Ada ke orang tak nak pegang anak elok-elok , in the first place? Pointnya, pegangan kita takkan mampu menyelamatkan anak ketika berlaku kemalangan. 

So untuk isu yang ini, pada saya, safety comes first.

_________________________________________

Wah, dah panjang dah tulis ni. Cukup dulu rasanya sampai setakat ni. Point yang saya harap sesiapa sahaja yang membaca dapat adalah, there is no right or wrong in parenting. There are many ways of parenting. Learn your own style. Yang penting anda selesa, anak selamat dan sihat. Let kids be kids. Let them enjoy their childhood. And do have quality times with them.

Having said all these, saya baru ada seorang anak sahaja setakat ni. I know that lain anak lain perangainya. Lain cara tunjuk ajarnya. I know that from time to time I will learn something new about them and for them. Cara saya tak semestinya yang paling betul. Tapi inilah cara saya.  Harap ada manfaat untuk sesiapa yang membaca. Let's all hope that apa yang kita buat ni semua dikira sebagai pemberat buku amal kita dalam menjaga amanah Allah yang diberi. :)





Saturday, July 23, 2016

My Breastfeeding Journey

Bismillah

‘Ayyan Aufa dah berumur satu tahun sepuluh bulan semalam. Rasa macam baru semalam melahirkan budak comel seorang itu.

Hari ini hari sabtu. Saya tidak bekerja. Suami pula sedang AM shift di jabatan kecemasan. ‘Ayyan Aufa sedang tidur. Masa yang sesuai untuk membuat sedikit coretan di blog yang sudah usang ini.

Hari ini topik yang nak dikongsikan adalah perjalanan menyusukan ‘Ayyan ketika kecil dahulu. Saya tidak berjaya menyusukannya selama dua tahun. Saya hanya berjaya menyusukannya dengan susu ibu sehingga kira-kira 9 bulan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kegagalan itu. Tapi saya nekad untuk tidak gagal buat kali kedua.

Hari pertama kelahiran.
Saya melahirkan ‘Ayyan Aufa sejurus sampai ke hospital. Baju pun tak sempat salin. Selepas lahir ke dunia, ‘Ayyan terus diletakkan dalam position skin-to-skin dengan saya. Alhamdulillah dia terus memulakan sucking dan susu pun keluar. Memang ada sesetengah ibu yang susunya lambat keluar. Mungkin hari kedua atau ketiga baru keluar. Tapi jangan cepat mengalah atau rasakan diri seorang yang gagal. Dan juga jangan terlalu obsess dengan penyusuan susu ibu sehingga membiarkan anak lapar. Kalau nurse terpaksa top up feeding dengan susu formula, tolong jangan meroyan. Apa yang paling penting adalah bayi tidak lapar. Breastfeeding is good, tapi setakat sehari dua anak terpaksa di top up dengan formula feeding tidak membuatkan anda seorang ibu yang gagal. Okey?

Perut bayi kecil
Sebaik bayi lahir, perutnya hanya sebesar biji guli. Kecil sahaja kan? Sebab itu lepas minum sahaja, dia akan buang air besar. Tak lama lepas tu lapar balik. Bulan pertama kelahiran sememangnya sangat meletihkan. Kadang-kadang rasa nak give up pun ada. Tapi percayalah yang kita akan merindui saat-saat bonding dengan bayi kita yang baru lahir. Percayalah sampai suatu masa anak akan tidur sepanjang malam. Atau hanya bangun sekali untuk menyusu. Untuk 'Ayyan Aufa, waktu itu adalah pada umurnya empat bulan.

Bila nak mula pump susu untuk buat stok?
Saya mula pump susu pada hari ketiga ‘Ayyan lahir. Susu sangat banyak. Dan payudara juga belum membiasakan diri dengan signal yang dirangsang ketika bayi menyusu. Bila bayi menyusu di payudara belah kanan, payudara sebelah kiri pun akan mengeluarkan susu. Untuk first time mother, memang sangat renyah dan melekit. Baju asik basah je. Rimas sangat. Tapi jangan risau. Peringkat ini akan berlalu. By the time 3-4 minggu, payudara pun dah pandai terima signal. Bila menyusu belah kanan, keluar susu belah kanan je.

Setiap kali selepas ‘Ayyan menyusu, saya akan kosongkan kedua-dua payudara. Susu pada peringkat awal mengandungi colostrum, warnanya kuning pekat. Saya simpan susu ini untuk diberi sekiranya ‘Ayyan jatuh sakit pada masa akan datang. Colostrum ada banyak antibody.

Breastfeeding 'Guru'
Selain banyak membaca, saya juga banyak bertanya daripada rakan yang berjaya dalam penyususan susu ibu. Bunyi macam simple, tapi sebenarnya banyak yang kita perlu tahu. Dan banyak juga masalah yang boleh timbul. Nipple sore, payudara bengkak, susu merudum dan sebagainya. So cari untuk diri anda seorang rakan yang boleh membantu. Bila tak tahu saja boleh terus call atau whatsapp.

Cara simpan susu ‘Ayyan
Saya simpan dalam breastmilk bag. Walaupun ia boleh memuatkan 12 oz, saya selalunya menyimpan dalam 3 oz – 5 oz per bag. Saya dapat tips ni daripada pembacaan blog-blog ibu lain. Ini memudahkan kita nanti semasa bekerja. Sewaktu bekerja, kita akan bekalkan susu kepada pengasuh. Setiap kali menyusu, bayi akan minum sebanyak 3-5 oz mengikut anak masing-masing. Jadi bila kita pack mengikut feeding, ia akan memudahkan pengasuh anak kita.

Sebab kedua pula supaya mudah disusun dalam freezer. Breastmilk bag yang sudah diisi, dibaringkan supaya mengeras dalam keadaan horizontal. Jadi bila disusun dalam freezer, ia akan kelihatan lebih terususn, dan menjimatkan ruang.

Kemas tak EBM saya? Hehe

Beli freezer awal
Ini adalah antara factor terbesar kegagalan saya. Saya dan suami lambat membeli deep freezer. Sepanjang berpantang di rumah mertua, saya menyimpan susu di dalam peti ais nya. Segan jadinya nak simpan banyak2. Bayangkan betapa banyak susu yang boleh saya simpan kalau dah ada deep freezer sendiri. Setelah pulang ke rumah sewa barulah suami belikan deep freezer, tapi masa yang dah berlalu tak dapat diputar semula. Semua stok susu habis digunakan sewaktu ‘Ayyan menjangkau 6 bulan.

Milk booster
Saya hanya pernah mencuba satu jenis minuman coklat yang dijual sebagai milk booster. Tapi mungkin ia tidak serasi dengan saya. Saya tidak nampak perubahan pada amaun susu yang dipam setelah meminumnya. Tapi sebenarnya untuk memastikan stok susu sentiasa ada pada saya bukanlah milk booster, tetapi ia terletak kepada kekerapan kita mengepam, rajin atau tidak kita bangun waktu malam buat power pumping dan berapa kerap kita dapat direct feeding dengan anak. Saya akui saya cukup tak rajin buat power pumping. Saya masih bergelar houseman ketika itu. Balik rumah hanya fikir nak rehat sahaja.

Bila ajar anak gunakan susu botol?
Saya melahirkan anak di PPUM. Sewaktu di sana, sudah dibekalkan dengan jadual training anak untuk gunakan susu botol. Rata-rata kita mendapat cuti bersalin selama 3 bulan. Saya mulakan training selepas umurnya satu bulan. Pada bulan pertama hanya direct feeding. Ini penting kerana anak belum pandai membezakan cara meminum dengan payudara dan botol. Ini yang disebutkan nipple confusion. Setelah masuk bulan kedua insyaAllah dah boleh diajar dengan susu botol. Pada minggu pertama training, saya mulakan dengan satu bottle feeding pada jam 8 pagi. Selainnya hanya direct feeding. Minggu kedua saya tambahkan bottle feeding pada jam 11 pagi. Dan begitu lah seterusnya sehingga ke petang.

Sebelum bersalin lagi saya dan suami dah bertekad tidak mahu membiasakan anak dengan brand botol susu yang mahal. Maka kami train dia dengan botol susu biasa jenama pureen, fiffy, etc. Alhamdulillah tiada masalah colic. Dua sebab kami berbuat demikian. Satu lebih menjimatkan. Kedua, supaya mudah kami membekalkan kepada pengasuh. Setiap botol EBM ‘ayyan ditutup dengan bottle teats dan penutup siap-siap. Pengasuh tinggal keluarkan dan beri pada ‘Ayyan. Tak perlu nak pindahkan dalam botol lain. Guna bottle storage milk biasa je. Tapi again ini semua bergantung kepada anak. Ada kawan saya, anak pertamanya tiada masalah langsung dengan putting botol jenis apa pun, tapi anak keduanya pula yang memilih. Jadi kesimpulannya, setiap anak itu berbeza. Jadi tak perlu nak judge orang yang guna botol susu mahal, mungkin itu sahaja yang anaknya serasi .

Abi seronok bagi 'Ayyan minum kali pertama. masa ni ada botol tommee tippee orang bagi. macam besar sangat kat mulut dia. lepas tu terus tukar pakai pureen punye.

Alat memanas susu (bottle warmer) dan sterilizer
Saya membeli kedua-dua alat diatas. Tapi saya hanya menggunakan alat sterilizer sahaja. Saya tidak suka dengan bottle warmer. Lambat baru susu panas. Saya lebih suka rendam susu dalam air suam. Kadang-kadang saya keluarkan susu awal-awal daripada peti ais dan biar ia turun sendiri jadi room temperature. InsyaAllah anak tidak akan kembung minum susu ibu yang tidak dipanaskan. Alhamdulillah ‘Ayyan pun minum je susu yang tak dipanaskan. Tapi bukanlah terlalu sejuk macam baru keluar dari peti ais tu ye!~

Alat sterilizer memang saya gunakan sehingga ke hari ini pun. Memudahkan saya mencuci alat mengepam dan botol-botol susu yang banyak. Susu ibu akan terasa berminyak sikit pada dinding botol, jadi sterilizer memastikan botol-botol susu ‘Ayyan terjaga kebersihannya. Ada juga kawan yang tidak memakai alat sterilizer, hanya membasuh seperti biasa. Semua terpulang kepada individu. Jika anda seorang yang bekerja dan mahu memudahkan kerja dan pada masa yang sama kebersihan terjaga, saya syorkan beli lah alat sterilizer.

Suami yang memahami kepentingan breastfeeding dan bagaimana nak menjayakannya
Pada awalnya suami saya faham sahaja kepentingan breastfeeding, tapi dia tak faham macam mana hendak menjayakannya. Sebab itulah juga lambat dia nak membeli deep freezer. Dia belum Nampak berapa banyak keperluan susu yang diperlukan untuk buat stok. Jadi bila suami faham insyaAllah semua jadi senang. Kalau boleh bagi pamphlet atau artikel pendek untuk dia faham tentang breastfeeding journey. Jangan bagi dia buku tebal atau suruh dia search sendiri. Orang lelaki kebanyakkan tak suka membaca dan attention span sikit. Haha. Jadi anda perlu kreatif untuk memahamkan dia. Antara yang dia perlu faham : - keperluan pumping setiap 3 jam, power pumping di waktu malam, cara menyimpan stok susu, cara membasuh alat mengepam, cara menyiapkan beg susu nak hantar ke rumah pengasuh, jangka hayat susu dalam peti ais, cara memanaskan susu. Alhamdulillah lepas dia faham, semua jadi mudah.

Rutin saya bila balik kerja, suami jaga anak sambil saya mandi. Selesai mandi, saya susukan anak. Kesian dia seharian minum dari botol, waktu saya ada di rumah sahajalah dia boleh direct feeding. Masa ni suami akan basuh semua alat pumping dan botol-botol susu ‘Ayyan. Dan dia akan keluarkan susu daripada deep freezer ke dalam fridge biasa untuk di’thaw’kan. Dapat buat itu pun saya dah cukup bersyukur. Pagi-pagi pula dia akan isikan botol air masak saya yang besar. Ibu menyusu kan kena minum air banyak. Jadi isteri-isteri sekalian kalau nak suami tolong, kena bagi faham. And again, lain orang lain cara dia menolong. Suami kita, kita sahajalah yang tahu macam mana nak auta dia kasi tolong.. hehe. Jadikan suami anda your biggest supporter!

Stok dah makin sikit
Saat paling kritikal adalah enam bulan pertama. Selepas umur enam bulan kita dah boleh Tarik nafas lega. Selepas umur 6 bulan bayi akan diberi makanan pelengkap. Saya ingat lagi pada waktu stok sudah makin berkurang, saya masih houseman di wad PICU. Staff nurse di situ memujuk. Katanya yang paling penting bayi tidak lapar. Lagi kita obsess/risau, lagi susu drop. Dia juga memberi anak susu formula selepas umur 6 bulan, ketika stok EBM berkurangan. Tapi pada yang sama dia masih gigih mengepam. Bila stok EBM dah makin penuh, dia akan bekalkan semula EBM pada pengasuh. Dan Alhamdulillah anak dia bakal mencapai dua tahun. Percayalah memang sedih sangat waktu pertama kali 'Ayyan diberi susu formula. waktu tu saya oncall. Suami yang beri. Menangis saya sambil ambil darah bayi.


A beautiful journey

Breastfeeding anak adalah suatu perjalanan yang mencabar tapi menyeronokkan. Yang penting, jangan terlalu obses. Tidak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu juga bukan lah satu kegagalan ataupun DOSA!. Banyak faKtor orang memilih untuk tidak breastfeed, sebab-sebab kesihatan, anak terpaksa berjauhan dan sebagainya. Jangan jadi penghukum kepada orang lain. Tidak lah seseorang itu became less of a mother apabila tidak menyusu. To each is his/her own journey. And this is my journey. So selamat berjaya! ~