totally different

salam wbt.

bismillah.

hari ni sekolah mula. semester baru. semangat? insyaAllah baru. tapi ada satuuuuu je yang saya memang harap2 dapat accomplish semester ni. kiranya tak mahu letak banyak goal yang sendiri pun tahu takkan tercapai. so setting it a bit lower, but top priority and crucial to be completed. sebab every time pun selalu fail bab yang satu ni. sebab tu Allah suruh lalui lagi, sebab masih tak setel, ye tak?

apa dia goal nye? biar Allah saja yang tahu..

berbalik kepada hutang-hutang cerita musafir saya.

hari ni seorang sahabat baik bercerita kepada saya tentang winter trip nye yang berakhir agak kurang senang. tak perlu kita cerita detail2 di sini sebab rasanya banyak masalah dalam bermusafir ni selalunya dari misscommunication and ketidaksefahaman dari segi priority and minat. and lagi satu sebab amanah la kan. mana boleh cerita benda yang orang beritahu pada kita. =)

kan dah kata Jaulah itu bala.

mari cerita sikit tentang trip saya. berserta asam garamnye ye.
1st trip ke turkey berjalan sangat lancar. rasa macam tak betul pun ada. sebab sepanjang trip, takde kena tipu, takde misscommunication error antara ahli-ahli trip. duit pun tak lari. apa yang nak dapat alhamdulillah accomplished. seriously, memang lancar. buatkan saya wonder, what does He has in store for me? sampailah ke saat terakhir nak pulang.

masalahnya pada tiket pulang semula ke moscow. dipendekkan cerita, after bergerak dari counter ke counter bersama beg yang teramat lah beratnya (kenapa lah trolley nye tak jumpa2??), tiket kami ditukar ke petang hari yang sama tapi dari airport yang berlainan. yang sepatutnya dari Sabiha Gokcen ke Attarturk airport.

So nothing major la kan.

masuk cerita 2nd trip. ini banyak drama external pula.
mula dari awal. penerbangan kami ke ke cairo bertolak pada jam 4.00 ptg. setengah jam selepas itu, airport yang kami bertolak tadi di bom. jejak saja kaki di cairo, seorang adik dicontact kawannya sebeb ingat kami affected. syukur alhamdulillah kami tak apa2.

sepanjang di jordan kami diurus dengan SANGAT BEST AND PERFECTNYA! oleh sisters2 jordan yang hanya Allah saja yang tahu betapa sampai saat ini saya masih merindui mereka.

2 hari di syria pula penuh dengan penipuan pakcik2 teksi. buat saya kesal kerana mereka masyarakat muslim. di russia, saya selalu dapat free teksi kalau orang tu muslim. mereka bangga ada lagi muslim seperti mereka. mungkin bila kita asing, lagi kita izzah dengan agama kita.

perjalanan pulang agak kekusutan juga. rata2 kerana egyptian revolution yang masih berlaku sehingga ke hari ini. flight kami yang sepatutnya berlepas ke cairo jam 5.20 pg dibatal. so connecting flight to moscow at 7.00 akan terlepas. dalam keadaan mengantuk dan counter tak bukak lagi, dan dihalau pakcik bas yang kami sewa, mulalah sesi2 merehatkan diri di kerusi2 dan surau airport. selepas bersyura paginya, kami buat keputusan tak nak menempuh cairo. batalkan saja return ticket egypt air ke cairo. dan beli tiket baru. semua pun keluarkan every last jordanian dinar yang ada dalam wallet dan dari atm. nasib baik tarikh 1 february, duit elaun dah masuk. tiket pulak melambung tinggi, mengambil kesepatan perkara yang sedang terjadi. takpe, duit tu bukan untuk kita lah maknanya. tapi, merasa lah naik royal jordanian yang tak pernah terfikir akan naik tu kan?

tapi all in all, semua ini buatkan perjalanan saya lebih manis. and buatkan saya sayang ahli-ahli perjalanan saya lebih. sebab dalam time in needs and dalam keadaan susah, kita akan show our true colours kan? dan ternyata mereka adalah orang yang hebat. baik dari adik2 sehingga lah ke kakak2. alhamdulillah.


so kesimpulan post kali ini. kita berbeza. walaupun kita sama2 bermusafir, end result kita berbeza walaupun onak dan duri kita sama. kerana pergantungan kita terhadap Allah akan buat semuanya terasa mudah dan punyai hikmah. dan akhirnya kita mampu tersenyum instead of berduka cita.

nampak tak kenapa Jaulah itu Bala. Apabila kita keluar berjaulah, maka automatic kita keluar dari comfort zone, which means kita terdedah dengan segala bahaya dan ancaman. tak kiralah physical harm or mental and emotional harm. bala lah tu kan? tetapi orang2 yang dapat menempuhinya insyaAllah hebat. but bear in mind yang perjalanan itu yang mencari redha Allah. sebab itu lah Nabi S.A.W pun ucap di dalam hadisnya yang berjaulah(bermusafir) bagi umatku adalah jihad.

semoga kita tergolong dalam golongan yang musafirnya setimpal dengan jihad. ameen

Comments