Keazaman

Keazaman yang kuat bermula dari sejauh mana kita mahukan sesuatu hasil akhir.

Tapi kenapa kadang-kadang kita terlaaaaluuu mahukan hasil itu, tapi entahla keazaman tidak juga berapa kuat.

Mungkin kerana hasil akhir itu tidak berapa 'best' to begin with.

Atau mungkin kita tahu hasil itu hanya short lasting.

Atau mungkin perjalanan untuk mendapatkan hasil itu terlaaaluuu jauh, payah, dan urgghhh banyak tenaga akan kehabisan di sepanjang proses.

Atau mungkin niat untuk mendapatkan hasil itu salah. So keazaman pun mesti la tak berapa nak galak (semangat?). ye ke?

=(

Fikirkan yang ini pula.

Determination buat sesuatu yang salah tu selalunya kuat. Tak perlu nak susah-susah meng'push' diri. Laju je.

Tapi susah betul nak 'channel'kan amount energy yang sama untuk gerakkan diri buat perkara-perkara baik. kan? ke saya je rasa macam ni.

=(

Dalam konsep usaha dan result

'usaha sebagai push force' dan bukannya 'result sebagai pull force'

Islam sendiri adalah agama usaha, a.k.a kena buat, practical, aksi dan seumpama dengannya.

Islam sendiri penuh dengan kisah manusia penuh keazaman.

Nabi Nuh dengan dakwah ratusan tahun.

Siti Hajar wanita berpantang berlari turun naik bukit.

Tentera Fateh mengangkat kapal mendaki gunung semalaman.

Kau?

=(

Maka, setiap saat, setiap nafas penat yang terhembus,

Jadikan Allah sebagai matlamat,

nescaya tubuh yang lemah menjadi kuat,

mata yang layu menjadi segar.

Dan ingat Allah sentiasa timpakan sesuatu yang mampu kita atasi.

Come on, sikit je lagi

=)

Comments