Taat
Hadiah buat satu kesyukuran di atas kasih sayang, kebesaran, kemuliaan, perhatian dan kelayakan.
For all that, obedience is absolutely in order.
Atas kejahilan tentang kasih sayang, kebesaran dan segala kesempurnaan yang lain,
ketaatan sukar dijalankan.
Sukar untuk taat jika tak tahu kenapa perlu menaati
sukar untuk taat jika rasa tak layak untuk ditaati
sukar untuk taat jika tidak merasai kasih sayang
sukar untuk taat jika tidak merasai kebesaran
sukar untuk taat jika tidak mendapat perhatian
dan kerana itu kita harus belajar tentang kasih sayang, kebesaran, kemuliaan,etc.
sifat-sifat yang ada pada yang perlu ditaati.
sifat yang wajib ada pada Yang Maha Disembah.
Di bumi, Allah menurunkan makhluk yang harus semua taati.
Ibu.
Makhluk yang Allah muliakan untuk ditaati.
Mentaati ibu yang telah melahirkan.
Mentaati ibu yang telah mengasuh.
Mentaati ibu yang telah mendidik.
Tetapi kerana dia juga makhluk Allah
Yang Allah ciptakan sebagai makhluk yang juga melakukan kesilapan
Jadi, mungkin,
sukar untuk metaati kerana sifat-sifat ketidaksempurnaannya.
Takut rasanya apabila rasa hati tidak mampu mentaati
Maafkanlah.
Kerana hanya yang tidak layak dimaafkan lah yang layak dimaafkan
And mostly, kerana ketaatan kepada ibu adalah tuntutan dalam ketaatan kepada Allah.
Dan kerana Allah telah memuliakan ibu untuk ditaati anak-anaknya.
Dan kerana bekal hari akhirnya juga adalah doa-doa anak yang soleh dan solehah.
Maka berusahalah menjadi yang soleh dan solehah
sebagai tanda ketaatan kepada dua yang mulia.
Ibu dan Yang Maha Mulia.
p.s : Abah ajar jangan buat apa yang kita tak suka pada orang. jadi kalau tak nak anak kita nanti buat apa yang kita tak suka, jangan buat pada mak kita, okey?
HAPPY FATHER'S DAY
sunday, 11.56 pm, 19/6/2011
Comments