Kisah Sami Tibet

Salam wbt.

Bismillah.

Ini adalah 'sharing' yang saya terima suatu masa dahulu.
Jadi, cerita dongeng ini bukanlah hasil nukilan sendiri, harap dapat manfaat.

Cerita dongeng bermula.

Bawa minda anda ke kawasan pergunungan Tibet yang dingin-dingin sewaktu masa dahulu.



Tinggallah di sana rakyat Tibet bersama sami-sami mereka. Alkisahnya pada masa itu, muncul seorang sami Tibet muda yang sangat berpengetahuan dan hafaz kitab-kitab.  Dia menjadi sebutan di kalangan para tok guru-tok guru agung di Tibet. Sehinggakan tiada yang mahu mengambilnya menjadi anak murid kerana khuatir tidak mampu menjawab kepintaran dan kecerdikan sami muda ini. Lebih-lebih lagi dipandu darah muda sami Tibet itu, tentunya mencabar untuk dididik.

Perkara ini menyulitkan sami muda ini. Dia berkeputusan akhirnya untuk mencari seorang sami PALING AGUNG di Tibet. Sami paling agung itu duduknya di sebuah gunung tinggi, di dalam sebuah gua jauh daripada orang ramai. Setelah berbulan lamanya mendaki dan mendaki akhirnya sampailah sami muda ini ke gua yang diceritakan.

Seberjumpanya (ada ke perkataan ini?) sami muda ini dengan sami agung itu, terus sahaja dia menyampaikan niat di hati untuk berguru dengan sami agung itu. Beberapa saat yang menjadi minit lamanya menunggu jawapan sami agung itu. Sami agung itu senyap berfikir dan melihat sami muda itu dari atas ke bawah. Setelah beberapa ketika dia menjawab, " Baliklah ke tempat asalmu, kau tidak layak berguru denganku," terkesima sami muda itu. Punyalah ramai sami-sami di kota-kota yang tidak mahu menjadi gurunya kerana kagum akan kehebatannya, boleh sami agung ni tolak dia mentah-mentah. Siap kata tak layak lagi. Confius sebentar.

Puas sami muda ini memujuk, tetapi tetap ditolak mentah-mentah. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan akhirnya genaplah setahun sami muda memujuk rayu si sami agung.

Akhirnya dia bertanya, " Mengapa aku tidak layak untuk berguru denganmu?"

Senyap.

Sami agung itu mencapai sebuah gelas dan diletakkan di hadapan sami muda. Dicapai satu jug air dan dituanglah air ke dalam gelas tadi sehingga penuh. Jag diletak semula.


Sami muda bingung.

Sesaat kemudian, dia mengangkat jug air dan dituang lagi air ke dalam gelas yang sudah penuh tadi.

Tumpah habis air keluar gelas.

Sami muda terus bingung.

Cerita dongeng berakhir.

Anda pula yang bingung?

Mudah.

Gelas yang penuh dengan air, boleh terima lagi tak kalau kita tuang air ke dalamnya ?
Dalam menerima ilmu, be it ilmu duniawi mahupun ukhrawi, jika kita merasa diri cukup, tentunya kita takkan mampu menerima lagi apa yang hendak diberi lagi kepada kita. Kerana kita tidak mengadakan ruang dalam akal, ruang dalam hati untuk menerima sesuatu yang baru. Sebab itu kadang-kadang (ke selalu?), kita merasa kelas di universiti, usrah, tazkirah, teguran rakan, seolah-olah tak beri manfaat apa-apa pada kita. Kerana kita sudah merasa diri cukup!

Jadi mudah sahaja formula yang boleh kita praktiskan = HATI TU KENA BESAR!

Mengadakan ruang untuk semuuuaaaa yang baru atau boleh jadi benda lama. Sebab kadang-kadang there are points atau pearl yang kita tertinggal dalam kali terakhir kita dapat ilmu itu. So besarkan hati juga untuk sebarang pengulangan yang berlaku dalam hidup.

Satu lagi point yang hendak dikisahkan daripada cerita dongeng tadi adalah kenapa gelas itu penuh? Bila mana seseorang merasa dirinya penuh maka dia telah terkena penyakit 'ananiyah'. ana=saya=aku. Dalam bahasa mudahnya, sikap ke'aku'an. Sikap takabur dalam diri. Takabur itu root word nya adalah ka-ba-ra = besar. Merasa diri besar. Ketahuilah sikap merasa diri itu besarlah yang boleh menjadi penghalang hidayah masuk ke dalam hati. Kan dah tiada ruang dalam hati tu? Hati boleh besar dan berruang, tapi diri tak boleh merasa besar.ok?

Maka,
HATI KENA BESAR!



-sekian-

p.s : lihat al-quran surah 83 ayat 14. happy tadabbur~



Comments