Manusia itu hamba.

assalamualaikum wbt.

Bismillah.

Dalam hubungan Allah dengan hamba.

Kita kena selalu ingat siapa tuan dan siapa hamba.

Sering ada yang mengadu "puas aku meminta dengan Tuhan, tapi tak dapat-dapat jugak"

Sekali lagi, kita kena selalu INGAT! siapa tuan dan siapa hamba.

Dalam hubungan tuan dengan hamba, hamba menurut perintah tuan.

Bukan tuan mengikut perintah hamba.

Sebab itu tak semua yang kita pinta Allah turuti.

Kerana Dia Maha Berkuasa.

Kerana Dia Tuhan.

Bukan kita.

Kita hanya hamba.

Yang hanya mampu berusaha, yang hanya mampu berdoa, yang hanya mampu bertawakal, seizinNya.

Kita hanya hamba.

Kita hanya hamba.

Semoga segala perancangan kita seperti perancangan yang telah Allah aturkan untuk kita.

Atau pohon kekuatan agar redha dengan segala perancangan terbaik yang telah Allah aturkan khas buat kita.

Amin.


Comments