Reformis

Salam wbt.

Bismillah.

Ok, a short RnR before continuing writings on the topics of productivity and focus.

Reformis.

Tajuk macam gempak. Tapi isi tak pun. hee~

Sebenarnya ni post-impressed syndrome with people.
Mereka manusia biasa yang ahli/pakar dalam bidang masing-masing.

Akibat facebook, ye, sila marah facebook. Saya bertemu dengan video-video pendek siri 1 cinta 1 lagu. Video-video ni milik MyCTVchannel. (Disclaimer : saya bukan mempromote atau menjadi promoter apatah lagi mendapat bayaran untuk memaparkan nama mereka di sini)

Setakat ni ada few series made by MyCTVchannel :-

1. 1 cinta 1 lagu : kebanyakannya mengisahkan tentang kisah manusia yang mempunyai pengalaman hidup berbeza. Ada yang hidup dengan penyakit yang jarang dihadapi manusia. Ada yang menjadi anak kepada ayah yang beristeri 3. Ada yang mengandungkan anak pertama tapi Allah hanya beri satu hari untuk menjadi ibu. Perkara yang kadang-kadang kita tak sangka ada manusia melaluinya. Tapi yang paling saya terkesan adalah 'respond' mereka terhadap situasi yang mereka hadapi. Nilai tarbiyah yang saya dapat : Mereka manusia biasa, tapi hati mereka besar. Saya, err?

2. A piece of cake : Err.. ini macam a fun tutorial for ideas of baking. Jadi, sebagai pencinta dan penjual cakes and cupcakes, haruslah saya meminatinya. *peace*

3. DIY Crew : Memaparkan manusia-manusia yang mampunyai perniagaan kecil-kecilan tetapi mostly creative-based business. Ada yang buat beading kat baju, ada yang buat doodle arts, ada yang buat illustration. Oh, sebab saya sangat kagum dengan orang yang creative! Tapi saya akan lagi kagum kalau mereka guna karya mereka untuk meneguhkan ummah apatah lagi meramaikan ummah. (Disclaimer : Abah saya, adik saya, mama saya, abang saya and not forgotten ummi saya sangat creative dan pandai seni. Saya tak. Sebab tu saya ada inclination and appreciation terhadap perkara-perkara yang mempunyai creative streaks) 

Ok, tapi apa kaitan dengan reformis?

Haha. Sebenarnya nak quote ayat Tariq Ramadhan (Ye! Saya dapat attend talk Tariq Ramadhan di Moscow, Alhamdulillah... pakcik Tariq sangat comel (perangai ye!) dan best )

"We are not trying to REFORM Islam because Islam is already perfect the way God had sent it, but all we need is to REFORM our understanding of Islam"

Dia tekankan point ni sebab ramai yang memandang Islam itu mungkin hanya pada halal dan haramnya, dan ada juga yang memandang Islam itu dengan satu cara sahaja. Dengan menjadi Islam, kita bukan menjadi orang Arab. Atau untuk bercakap secara waqiiyahnya, menjadi Islam bukan menjadi Melayu.

Islam tidak rigid

There are many ways untuk manusia mengenali atau terkesan dengan Islam.

As pakcik Tariq cakap juga, "there are so many trends in Islam - literalist, reformist, sufism, etc" Because God created us with inclination towards certain things. Ada orang suka kepada yang berseni. Ada orang tak faham langsung apa itu seni. Ada orang cakap tu kena direct baru faham. Ada orang suka ayat yang menggegak gempita. Jadi tak kisahlah suka yang mana.

"As long as these trends is not swayed from aqidah."

So, syarat yang utama aqidah harus betul. Syahadah harus jelas. Selagi dalam lingkungan/batasan ini, lakukan sesukamu. Dalam batasan Ilahi, lakukan sesukamu. (Eh, takut orang salah faham pula, tak kot ye?)

"Diversity is okay unless it is within aqidah's limit"

You see, hari ini saya ter'inspired' oleh mereka yang yang pandai dengan seni. Even though dalam video tu tak sepatah pun sebut tentang Islam, tapi saya melihat mereka guna potensi diri mereka untuk hidup. Saya kini mendoakan potensi mereka digunakan untuk khair ummah. Dan saya jadi terinspired sangat-sangat untuk lebih kenali potensi diri untuk khair ummah juga!

So don't be afraid kalau apa yang anda minat itu bukan perkara yang main stream. Kerana dalam dunia ni, manusia datang dalam pelbagai rupa dan perasaan. Dan adalah satu talent untuk kita mengenali jiwa-jiwa manusia dan cara hatinya tersentuh. Lagi banyak skill yang kita ada, membolehkan kita untuk lebih banyak menyentuh hati-hati manusia yang sangatlaaah diverse itu! So, be inspired!~

Comments