Salam wbt.
*peluh peluh*
dengan muka tak malunya ingin menyambung siri tertunda daripada bulan 6 lalu. aci tak?
Sepintas lalu tiga episod lepas, kita bincangkan tentang kenapa penting sangat untuk kita fokus. Dan harap-harapnya semua dah hadam sebab musababnya. Kini kita mulakan dengan langkah praktikalnya. *fuh, akhirnya!*
Jadi langkah pertama adalah - CLEAR YOUR MIND!
Ya, dengan mengosongkan minda.
Oops, jangan salah faham.
Bukan kosongkan minda sampai tak fikir apa-apa. Maksudnya, bersihkan dan susun segala yang berlegar-legar di dalam kepala ke tempat yang sepatutnya. Kalau ada banyak sangat benda nak kena ingat dan nak kena fikir, mudah ke maklumat baru nak masuk. Mudah ceritanya, atau analoginya, kalau dalam lecture asyik fikir list barang nak kena beli lepas ni, gula, ayam 5 ekor, minyak, oh garam pun nak habis dah.... mesti dalam lecture satu habuk pun tak masuk. kan kan?
So macam mana? Pertama, kita perform a brain dump.
Tempat untuk otak memuntahkan segala-galanya.
Rekod dan catat semua ke atas kertas atau sekarang orang banyak pakai smart phone kan? tulis la dalam iTelefon anda ke, SamsungNota anda ke, etc.
Syaratnya tempat yang anda catatkan itu haruslah :-
1. Searchable (mudah dicari)
2. Retrievable (mudah didapati)
3. Accesible (mudah diakses)
Bila anda dah perform brain dump, eventually kepala akan kurang kusut untuk recall semula semua yang harus diingati. Dan eventually lebih mudah untuk anda fokus kepada apa yang harus difokuskan pada waktu itu. *mudah*
Tapi this thing needs practice. Seriously, sebab at first kita akan underestimate keupayaan performing this brain dump. Alah, takkan benda kecil pun nak tulis. But believe me, your life will become easier.
Apa yang nak ditulis?
Semua yang perlu diingati. Contoh :-
- bayar duit tiket train pada wani 2297.5 ruble
- reply msg kak xxx
- study satu chapter obs 10 teachers
- refill botol gula
- lekat hook dinding
- contact adik yyy
- update kedatangan event sekian sekian sekian
TOOLS YOU MIGHT WANT TO USE!
Ini cadangan software yang anda boleh guna
1. google docs - free, accessible bila ada internet around, autosave, senang nak share
2. evernote - *my personal favourite!!!* :) saya tahu ramai yang ada evernote tapi tak faham apa yang mudahnya.. boleh check website ni untuk apply daily routine anda ke dalam evernote >> TheSecretWeapon.org
3. Mindjet Manager. correct me if i'm wrong tapi software ni perlu berbayar rasanya
4. Your old time favourite - the simple notepad / buku 555
Terpulang nak guna apa, janji ia memenuhi 3 syarat di atas - searchable, retrievable and accesible.
Yang kedua pula, apa sahaja AKTIVITI yang boleh kurangkan keserabutan kepala anda.
Contohnya jogging, dengar instrumental songs, kacau kawan bilik sebelah (hihi), memasak, baking (yums!), basuh baju, vacuum ruang tamu, siram pokok, and the list goes on. Seriously i find it interesting untuk mengetahui cara orang menenangkan diri. Tapi the all time favourite haruslah dengan membaca al-Quran. Kan dengan ayat-ayatNya hati akan menjadi tenang. Ye tak? Jadi, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi baca Quran dengan menguatkan sedikit suara sampai saya dengar waktu kepala ni berserabut. *peace*
Selamat mencuba. (ewah, macam rancangan memasak pulak~)
Comments