Productivity (ep.5-Identify MIT)

Salam wbt.

Sudah berjaya mengosongkan or menyusun segala keserabutan dalam otak?

Ok, now let's move on to the next step > IDENTIFY MITs

err, bukan MIB tau..

hah, tak tau MIB tu ape yek.. hmm, tak payah tau pun takpe..

MITs = Most Important Tasks

Setiap hari cuba kenal pasti perkara/tugasan yang paling penting untuk disiapkan.

Rule 1 : perkara itu mestilah penting, tetapi bukan urgent.

pelik kan?
dulu-dulu selalu orang bagi tips, kategorikan semua to do list kepada 4 
- important n urgent
- important but not urgent
- urgent but not important
- not urgent n not important

and of course, kita akan tend untuk siapkan yang important n urgent.

So sekarang, lain pulak. kita try listkan yang PENTING tapi TAK URGENT.

Rule 2 : perkara itu mestilah memberi kesan jangka panjang kepada kita.

mesti macam kabur-kabur, tak berapa nak faham kan?

takpe, tenang-tenang,jom kita buat contoh sikit. senyum :)

menghafal al-quran

penting tak? penting. tick satu
urgent tak? tak urgent. aikk? ye lah, bukan kena jadi hafiz or hafizah esok kan? so tak urgent lah tu. mungkin target kita lagi 5 tahun nak hafaz quran. jadi tak urgent lah tu kan?
so tick lagi satu.

then beri kesan jangka panjang tak? of course. sampai ke akhirat gituh. so tick lagi satu.

so now, kita dah ada satu perkara yang masuk ke dalam list of MITs. *tangan ke langit, melompat-lompat kegembiraan*

pernah perasan tak, kalau sebelum ni hafaz quran tu tak pernah masuk pun agak-agaknya dalam to do list kita.(kalau ada, bagus, alhamdulillah). yang masuk semua yang remeh-remeh macam beli barang la, siapkan homework la, semua berbunyi-bunyi urgent je. sebab tu sampai sekarang tertatih-tatih lagi dalam hafazan. sobs :'(

err, selain hafaz quran, apa lagi??
ini pun saya ambil tips daripada productive muslim. listkan 4 MIT je setiap hari. 
1 for ISLAM (eg : hafazan, baca buku tarbiyah )
1 for PERSONAL (eg : belajar soft skills baru)
1 for STUDY/WORK (eg : CPG, OHCM)
1 for FAMILY (eg : mengaji adik)

jadi setiap hari semua aspek dalam hidup kita, kita sentuh. baru seimbang dunia akhirat. no, i don't want to be orang yang menghadap quran 24/7, tapi hak family tak tertunai. and no, saya tak nak menghadap quran 24/7, tapi menjadi fitnah apabila gagal dalam study. 

motivasi super cool

tak rasa cool ke bila baca sirah Rasulullah SAW, kita akan jumpa nabi beribadah, tapi kita jumpa juga nabi berniaga, kita jumpa juga nabi berlari-lari dengan aisyah (oh so sweeettt), kita jumpa nabi memujuk fatimah, kita jumpa nabi angkat barang mak cik yahudi, kita jumpa nabi pimpin negara.. 
pandang diri sendiri, apa aderrr??
jadi kalau Rasulullah SAW tu idola kita, mesti kenaaaaa sangat2 try untuk jadi macam dia, yes, no?

sobs :'(

selamat menge'list' MIT masing-masing~

Comments