Productivity (ep.8-How Islam boost our focus?-SALAH)

Salam wbt.

Sebenarnya ada banyak cara Allah S.WT mengajar umat manusia untuk lebih fokus di dalam kehidupan. Cuma kali ini, kita akan bercakap tentang 3 daripada banyak-banyak tu,

Salah : A school of focus

rujuk ayat 23 : 1-2

1. Dengan solat, manusia DISCONNECT daripada dunia dan seoleh-olah CONNECT dengan dunia akhirat.

2. Solat adalah ritual yang simple (berdiri, rukuk, sujud) tetapi pada masa yang sama ia adalah sesuatu yang kompleks ( gerkan + bacaan + hayati makna + khusyuk)

3. Toma'ninah vs. khusyuk 
Ramai antara kita yang tidak memerhatikan toma'ninah. Sedangkan ia adalah antara rukun solat. Ingat tak waktu PAFA dulu2 or waktu jawab soalan exam dulu, rukun solat antaranya adalah rukuk berserta tomaninah. bukan rukuk sahaja. betul tak? Apa maksud tomaninah. Maksudnya adalah berhenti sekejap. 

Rasulullah s.a.w. maksudnya: kemudian hendaklah kamu rukuk dan benhenti sekejap dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak (iktidal serta toma’ninah). (Riwayat al-Bukhari). 

4 tempat yang harus tomaninah adalah rukuk, iktidah, sujud dan duduk di antara dua sujud.

Cerita tentang khusyuk. Ada orang yang kakinya harus dibedah/diamputasi. Tetapi keadaan pada waktu itu, mereka berada di tempat yang tiada kelengkapan perubatan yang mencukupi. Maka amputasi harus dilakukan tanpa bius. Jadi pesakit meminta izin untuk bersolat, dan katanya ketika di dalam keadaan sujud, silakan potong kakinya. Betapa di dalam keadaan khusyuk, perkara dunia tidak dipeduli hatta kesakitan pada badan pun tidak disedari.

Huhu, macam mana nak jadi macam tu?? 

Sedikit tips yang diberi kepada saya.

Anologi sebuah kipas. 

Kalau kita tekan button 'stop' adakah kipas akan berhenti berpusing sekelip mata. Tidak kan? Sebab ia perlukan masa untuk betul-betul berhenti berpusing.  

Seperti itu jugalah otak manusia. Takkan la sedang sibuk memikirkan banyak perkara, kita boleh switch off or pause begitu sahaja. Mestilah ia perlukan masa to come to a complete halt. 

Sebab itu kita diajar untuk berbuat beberapa perkara.

Kita stop apa sahaja perkara yang sedang kita buat sewaktu AZAN. ambil WUDU' sambil menghayati setiap perbuatan. maksudnya, ketika membasuh tangan, mohon kepada Allah ampun atas segala perbuatan yang dilakukan tangan. ketika berkumur mulut, mohon ampun atas perkataan yang salah. and so on. SOLAT SUNAT RAWATIB dua rakaat. dan tiba waktu mengerjakan solat, insyaAllah fokus kita dah pun betul-betul berada untuk mengerjakan solat.

sebagai motivasi, Allah tidak memberkati perbuatan hambanya yang dilakukan setelah azan. Jadi solat dulu sebelum buat perkara lain. 

Ambil masa untuk ke masjid. insyaAllah bertambah fokus. sebab di masjid kita takkan tefikir perkara-perkara lain. di sana tujuannya hanya satu, iaitu untuk beribadah. 

Baca surah baru. Jangan bila rakaat satu baca al-ikhlas. Rakaat kedua baca al-kafiruun. dan begitulah juga untuk setiap kali solatnya. Dengan membanyakkan hafazan, kita akan cuba untuk take time dalam solat untuk fokus baca surah baru. Tidaklah solat kita macam robot jadinya. 

Dan lastly, doa kepada Allah agar dikurniakan nikmat khusyuk di dalam solat itu.

IF YOU CAN IMPROVE FOCUS IN SALAH, INSYAALLAH YOU CAN IMPROVE FOCUSS IN OTHER ASPECTS OF YOUR LIFE

episod seterusnya = Lowering Your Gaze : Help Your Heart Focus

Comments