Konsep bersangka baik

Salam wbt.

Salah satu perkara yang saya belajar sejak mengenali tarbiyyah adalah bersangka baik. Atau dalam bahasa arabnya husnuzhon.

Lawan kepada bersangka baik adalah bersangka buruk ataupun suuzhon.

Dalam realiti kehidupan, bersangka baik banyak diaplikasikan apabila berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Ataupun apabila keadaan yang kita temui menimbulkan persangkaan di dalam hati.

Contoh situasi.

Petang semalam Arianna sangat kelaparan. Musim sejuk sering membuatkan Arianna kelaparan sehingga Arianna terpaksa memasak makanan seusai kelas pada waktu tengahari habis. Selalunya Arianna mampu menunggu sehingga waktu lewat petang untuk makan malam. Nasi panas beserta telur goreng dan kicap sudah cukup membuatkan Arianna kenyang alhamdulillah. Lalu pinggan dibawa ke dapur untuk dicuci. Erkk, terkejut Arianna melihat sinki di dapur dipenuhi air. Haisyhh ni mesti ada orang yang tak kutip sisa makanan di dalam sinki. Tersumbat sinki dibuatnya. Tak mengapalah, Arianna terus mengutip sisa yang tertinggal. Air pun bergerak laju. Arianna pun mencuci pinggannya dengan senang hati.

Esok paginya, ketika semua orang bergegas bersiap ke kelas, Arianna ternampak Jaja mencuci pinggan tanpa membuang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu. Selesai mencuci pinggan, Jaja tidak mengutip sisa yang terdapat di dalam singki dan membiarkan sahaja air tertakung. Arianna senyap.

Dalam hati Arianna, "takpelah, mungkin Jaja dah lambat tu. Dia lupa."Arianna sekali lagi mengutip sisa makanan dan membuangnya di dalam tong sampah.

Malam itu, selesai makan malam, sekali lagi Jaja kelihatan tidak membuang sampah ke dalam tong sampah dan sekali lagi membiarkan singki bertakung dengan air.

Hati Arianna terus bersangka baik, "Mungkin Jaja tak perasan air tu bertakung. Kan Jaja tak pakai cermin mata tu, rabun."

Tamat.

Sejujurnya, saya cukup TIDAK SUKA apabila bersangka baik dibuat begini.  Saya ulang semula, TIDAK SUKA!. Maksudnya kita bersangka baik diatas sangkaan-sangkaan juga. Mengapa? Kerana dalam hati kita masih tidak selesai isu tersebut. Bayangkan jika beberapa ketika setelah kejadian di atas berlaku, sekali lagi Arianna melihat Jaja membiarkan air di singki bertakung, dan ketika itu iman Arianna di tahap yang sangat rendah. Boleh jadi Arianna akan melampiaskan kata-kata yang kurang enak "eh, Jaja, mak bapak kau tak pernah ajar ke buang dulu sisa makanan dalam tong sampah?!! Asik tersumbat je sinki tu lepas kau guna! Aku je yang asik asik kena kemaskan. Aku aku aku. Penat la!!" Kan haru.



So how?

Konsep bersangka baik yang saya imani adalah, pertamanya seek first to understand. Jika bertemu dengan situasi kurang menyenangkan, selesaikan terus isu tersebut dengan berterus terang. Tanya kenapa si polan berbuat demikian. Kalau nyata salah di mata anda, terangkan mengapa. Dalam banyak keadaan, si polan itu tidak tahu pun perbuatannya mengundang sangkaan buruk di hati anda. 

" Jaja, selalu kalau basuh pinggan, Jaja buang dulu tak sisa dia dalam tong sampah?"
" err, tak, kenapa? kena buang dulu ye? nanti waktu basuh nanti dia turun la dalam lubang tu kan?"
" ohh, tak, sebenarnya kalau yang besar-besar tu dia tak muat nak lalu, nanti dia tersekat then nanti air bertakung. dulu abah Arianna selalu pesan, buang dulu semua sisa dalam pinggan ni, baru basuh pinggan, takdelah sinki tersumbat nanti, nak cuci pun senang" dengan suara paling lembut sambil tersenyum Arianna menerangkan.
" hee.. okay, baik Arianna! thanks tegur kita~"

Nampak macam sangat illogical kalau orang tak tahu yang kita kena buang dulu sampah before basuh pinggan. Common sense kan tu? Tapi jangan terkejut kalau saya kata saya dah banyaak jumpa orang yang tak buang dulu sisa tu. It goes to show that apa yang kita rasa common sense tu, kadang-kadang bukan common sense pada orang lain. 

Sekarang selepas penjelasan dibuat, datangnya fasa bersangka baik. Untuk mengubah tabiat, bukannya mengambil satu saat, mahupun satu hari. Ada harinya Jaja masih terlupa untuk membuang sisa makanan terlebih dahulu. Apabila Arianna melihatkan perkara ni, terus Arianna menenangkan hatinya, "Jaja dah tahu, maybe dia terlupa aja". Arianna pun kadang-kadang akan ingatkan semula Jaja jika Jaja kelihatan sudah lupa untuk berbuat demikian.

:)

Sungguh penat untuk selalu kena bersangka baik. Erkk, boleh ke cakap macam tu? 
To tell you the truth, sudah banyaaak kali orang datang kepada saya dan mengadu tentang masalah mereka dan keluar perkataan ini,

"saya dah banyak kali sangka baik dengan dia. takkan dia tak faham-faham!"

In the very first place, orang yang anda marah atau tak puas hati tu, tak tahu pun yang awak mempunyai sangkaan atas dia! macam mana lah dia nak faham. betul tak? Dan tambahan lagi, dia tak suruh pun anda bersangka baik terhadap dia. Penat diri anda sendiri sahaja.

Kalau anda rasa tak adil untuk anda, apatah lagi untuk dia. Pada dia, dia tak buat salah, dia tak tahu pun dia buat salah. tiba-tiba sahaja dia dimarahi. adil tak? Islam itu agama nasihat. Even nasihat kecil pun adalah satu sedekah.

Kenapa kita memilih untuk menyemakkan hati kita dengan segala macam persangkaan? 

Dan bila kita tadabbur quran pun, kita encounter ayat ni,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat : 12)

Terus terang adalah jalan mudah menyelesaikan banyak masalah. Ini antara prinsip yang sangat saya pegang.

Panjang-panjang ni tulis, takut terlepas pandang point yang saya nak sampaikan.

Kesimpulannya :-
1. Bersangka baik atas sangkaan; atau bersangka baik dengan kejelasan. yang mana satu pilihan anda?
2. Never  EVER rely on the word common sense. Sebab setelah hidup selama 22 tahun yang singkat ini, saya dah banyak kali jumpa perkara yang orang kata common sense tapi pada orang lain, tak tergolong dalam common sense nye pun. jadi untuk kesejahteraan umat manusia, sila jangan assume semua manusia mempunyai common sense yang sama. ingat bahawa sensitiviti manusia berlainan. jika ada masalah, terangkan. full stop.

istighfar. istighfar. istighfar. semua yang saya tulis ini hanyalah pandangan peribadi saya yang lemah dan sentiasa melakukan kesalahan. cuma apa yang saya rasa terbaik untuk diri saya. jika rasa ianya tidak applicable, silakan cari cara yang lain. *senyum*

Selamat hidup dengan hati yang lebih ringan dan lebih besar insyaAllah. kita keluarkan sangkaan-sangkaan dalam hati kita dan buatkan hati kita lebih besar. in sha Allah semuanya akan lebih baik. optimis :)





Comments