Diari Musim Sejuk 2013 : Hari 1 - 5

Bismillah.

Salam wbt.

Hari ini adalah hari kelima cuti musim sejuk. Salah satu resolusi saya adalah untuk mencatat atau menulis report aktiviti seharian sepanjang musim cuti. Tidak kira lah dimana. Online or oflline. Report bertulis a.k.a blog ataupun report bergambar a.k.a instagram. Kenapa ? Untuk make sure setiap hari dilalui dengan bermanfaat. Bak kata satu ukhti ni : produktif dan positif! (okay, satu hari nanti awak akan baca jugak blog post ni, sila berbangga akak quote awak!)

In short, setakat ini :-

1. Hari pertama : Tonton beberapa video RIS (Reviving Islamic Spirit - klik ). Research trip keluarga untuk graduation. Mencari tiket yang sesuai, apartment yang sesuai. Tulis semua gol yang sepatutnya complete by bulan Disemeber. Gulp. Banyak yang tak selesai lagi. Susun - susun semua gol ke dalam hari-hari dalam bulan January. 



Tips : Pastikan anda tulis semua gol anda di tempat yang mudah dilihat. Eg : tampal di dinding berhadapan meja study. Sebelum ni tulis di dalam spreadsheet (google docs), jadi tidak dilihat setiap hari, membuatkan kadang-kadang terlupa dan lari target.

2. Hari kedua : Groceries shopping, ikea breakfast outing with housemates dan sedikit house chores. Siapkan beg awal-awal untuk pulang ke Malaysia. Energy draining activity. 

Tips : Setiap kali pulang ke Malaysia, hantar barang-barang yang kurang dipakai, atau tidak dipakai (tetapi masih elok). Supaya di waktu graduasi nanti, tidak ada barang yang terlalu banyak untuk dibawa pulang. Eg : hadiah-hadiah harijadi berbentuk perhiasan. Baju-baju dan buku-buku yang jarang dipakai. Pegang setiap barang , dan tanya diri anda : dalam sehari (atau seminggu, atau sebulan), saya pakai atau tidak barang ini? 

Tips tiba-tiba nak tambah : Kita tak perlu nak ada barang banyak sangat. Sekadar memenuhi keperluan. I was a victim of consumerism, and believe am still one, tetapi mungkin dengan lebih kesedaran dan mujahadah. Pernah seorang pasangan ikhwah dan akhawat pindah rumah dan ditolong russian muslim, orang russian muslim menegur mengapa terlalu banyak barang; kerana sepatutnya hidup kena bersederhana. katanya Rasulullah dulu tak banyak barang pun rumahnya. Tetapi sebenarnya barang-barang itu bukanlah semuanya milik mereka. Terdapat buku-buku (dan peralatan rumah lain) sumbangan orang-orang lain yang diberikan kepada mereka. Memandangkan rumah mereka menjadi tumpuan orang berkumpul; thus having a mini library, etc. But nevertheless, dapat kan point yang sepatutnya tidak banyak barang? Another example, ketika ukhti serumah saya melawat rumah seorang russian muslim, tidak banyak barang di rumahnya. Carpet pun sekadar cukup untuk mereka duduk. Sebuah rak tv yang tiada tv, tapi dipenuhi buku. Itu sahajalah ruang tamunya. Saya tahu bukan mudah untuk mendidik diri untuk tidak membeli barang. Because we live in the age of consumerism. Dengan iklan tv nya, dengan peer pressure nye, dengan segala movie yang menunjukkan betapa 'cosy'nye sebuah bilik yang ada banyak plush cushion, teddy bearsSSS, all matching colours of items. Kita yang mudah tergoda ni memanglah tak tahan kan. But we have a choice! Duit yang kita pegang itu ada amanah kita terhadapnya untuk dibelanjakan di atas jalan yang betul. Jom sama-sama (sebab saya pun masih lemah bab ni) , kita choose untuk tidak kalah kepada '-ism' consumerism ini. Mari, menolak al-hawa!~  (hah, kan dah tertulis panjang!)

# -ism - a suffix appended to many philosophical concepts. eg : Marxism, racism, sexualism.

3. Hari ketiga : Another round of groceries shopping (oh, ramai yang akan menginap di sini di kala cuti, kedai akan tutup beberapa hari ketika new year, so we need to stock up on a lot of things). The Weekend 4 Cake Project! Saya terima 4 tempahan kek red velvet untuk hari ahad (hari kelima). Jadi beberapa jam digunakan untuk membancuh adunan dan membakar kek-kek tersebut. This is by far the most number of cake ordered in a day!~

Tips : When baking or in fact any kind of cooking activities, rancang flow memasak itu, barang apa nak keluar dulu, bekas apa nak guna dulu, dan boleh recycle guna dua tiga kali. Untuk mengurangkan penggunaan bekas yang terlalu banyak, thus pembaziran air yang berleluasa. Tarbiyah yang Allah nak ajar ketika duduk di apartment membuatkan kita lebih berjimat-cermat penggunaan air. Allah tak suka orang membazir! Di rumah tak pernah tengok bil air, parents kita yang bayar. Duduk di hostel dari tahun 1 hingga 5 juga begitu. Sekarang duduk di apartment, kena kira setiap titis air tu perlu dibayar. Actually, it's not so much about kena bayar, tetapi kerana pembaziran itu Allah tak suka.

Sedikit tentang cara Rasulullah berjimat air ketika berwudhu' (dipetik dari blog ini)

Bekas air yang digunakan untuk berwudhu’ hanyalah bersaiz kecil. Dalam sebuah hadis lain diterangkan bahawa Rasulullah SAW lazimnya berwudhu’ sebanyak satu “mud” air. [Shahih al-Bukhari, no: 201] Satu “mud” air ialah air yang dapat ditakung dengan kedua-dua telapak tangan orang lelaki bersaiz sederhana yang diletakkan bersama. Ia menyamai kuantiti air sebuah botol air mineral bersaiz kecil (600-700ml). Para ilmuan menyatakan satu “mud” bukanlah batas maksima penggunaan air wudhu’, tetapi menunjukkan sifat hemah penggunaan air oleh Rasulullah SAW. Jumlah ini hendaklah sama-sama kita renungi dalam suasana berwudhu’ masa kini yang menggunakan air paip yang mengalir deras, di mana jumlahnya jauh lebih banyak dari satu “mud”.

So in short, kita nak berwudhu. Wudhu itu meratakan air kepada anggota-anggota tertentu beserta dengan niat. Take note on the word 'meratakan' bukan 'memandikan'. So kat situ jelas tak guna banyak air. Sebabkan kita guna banyak airlah, toilet di russia basah ketika kita ambil sembahyang, dan akhirnya menimbulkan kemarahan cleaner di bangunan belajar. Bukankah itu contoh yang buruk bagi mereka?

4. Hari keempat : Usrah - bulatan gembira yang kalau takde, haih, tak tahulah apa nak jadi. Super energy booster straight dari langit! Ecewah! Then, siapkan frosting keempat-empat kek. Malamnya, kemas rumah besar-besaran.

Tips : Again, apa yang tak pakai selalu or in fact tak pernah pakai, sila give away or buang. Rumah yang bersarang adalah punca banyak penyakit, (or lalat, hehe)

Ini lah hasil-hasil The Weekend 4 Cake Project :-



Red Velvet Cake #1


Red Velvet Cake #2


Red Velvet Cake #3


Red Velvet Cake #4


5. Hari kelima : in sha Allah planning nye : siapkan satu blog post , study heart sound dan menyambung hafazan tertunda. Oh lagi satu : ajar housemate buat kek!!~

Tips : untuk memastikan bacaan Quran kita betul di tempat yang tiada option untuk ada ustaz or ustazah untuk bertalaqqi, boleh dengar bacaan di Quran reciter, dan kemudian minta kawan checkkan bacaan. Jangan mulakan hafazan dengan bacaan yang salah. Sebab once dah salah, sukar nak diubah. Yang bertambah bestnye Quran reciter ni adalah dia ada memorization tool. Go check it out, nak explain panjang nanti. eheh! 



Untuk record pergerkan hafazan, boleh guna Quran tracker.


Astaghfirullah. Sebenarnya plan asal nak blog tentang benda paling best yang dishare dalam usrah semalam, and plannye nak tulis report ringkas as muqaddimah sahaja. Turns out report ringkas telah pun menjadi segmen tips kehidupan. Mungkin ada sebab terbaik Allah susun begini. Layan kan sahaja lah ye? ^__^




Comments