Classic Cheesecake


Salam wbt.
Bismillah.

This wil be a quick one.
InsyaAllah i wil edit this post back as soon as i have some time in hand.
For now, i'll just describe it as simple as i can.
It's for a friend who I promised a long time ago to put up this post.
So this one is for you.
And a very big apology for this very late update.

This recipe is taken from Martha Stewart Classic Cheesecake recipe. [link]
And some added alteration from my part to suit my taste.

Happy baking!~





Bahan-bahan

Untuk crust
5 sudu besar butter
1 1/2 pack Biskut marie brand lubyotovo (bukan spt di dlm gambar)
3/4 cawan gula
secubit garam

Untuk filling
2 1/2 kotak 400g Viola cream cheese 
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil grated orange (mandarin) zest plus 1 tablespoon fresh orange (mandarin) juice
4 biji telur
1 cawan smetana (sour cream)
1 teaspoon vanila essence
secubit garam

Langkah-langkahnya: -





1. Hancurkan Biskut Marie




2. Cairkan butter. 
Jika guna microwave, letak kitchen towel di atas mangkuk yang diguna agar butter tak splash ke dinding microwave.




3. Gaul bersama 1 + 2



4. Prepare kertas minyak/baking sheet. 
DIY : jika tiada kertas minyak/baking sheet, ambil kertas A4 dan sapukan minyak dengan rata ke atasnya. 
Bakar crust di dalam oven selama 15-20 minit.




5. Mix bersama cream cheese dan gula



6. Tambahkan telur satu persatu. Kemudian tambahkan esen vanila dan mandarine orange yang di di grate tadi.






7. Masukkan smetana pada step yang terakhir. Rupa bancuhan harus ebih kurang seperti di atas insyaAllah





8. Tuang semua filling ke atas crust tadi.







9. Balut springform dengan aluminium foil. Kenapa? Kerana ia bakal dibakar dengan technique "bath". Caranya letak springform/bekas cake yang digunakan ke dalam dulang yang lebih dalam untuk diisi air. Kalau oven tak muat cukup sekadar meletakkan secawan air di sisi kek. Semua ini bertujuan untuk memastikan keadaan dalam oven sentiasa lembap dan supaya kek tidak crack di tengah.




10. Masukkan ke dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama 1 1/2 jam




11. Bagaimana nak tahu dah siap? setelah 1 1/2 jam, buka peti oven. Try goyangklan bekas. Sepatutnya ada bahagian yang nampak bergerak : jelly like. Maknanya takdelah srazu (russian for immediately) keras. Biarkan ia menyejuk sebelum memasukkan ke dalam peti ais untuk satu malam.




12.  Bahagian atas kek kali ni tidak berapa lawa kerana sedikit terbakar. Dan tak sempat diambil gambar ketika ia bersama topping. Boleh ditambah blueberry jem ke atas cheesecake ini. satu pesanan : letak apa-apa topping sejurus sebelum makan. jangan letak jika belum mahu makan. kenapa? supaya air tidak meresap ke dalam kek.

wallahualam.

SELAMAT MENCUBA!!~
(baca ayat 3:200 sambil memasak)

Comments