Bismillah.
Salam wbt.
Hari 6 ( 1 Jan ) : Furqan dikunjungi adik-adik tahun 1 untuk daurah pertama mereka.
Hari 7 ( 2 Jan ) : Memasak bersama ukhti Emy untuk program Snowboarding Trip by AZAM Russia. Alhamdulillah cuaca nya tidak terlalu sejuk buat snowboarder first timer. Buat yang terjatuh, terjelepuk, terbaring, i'm sure you had a good time. Tambah best lagi jika pergi dengan niat yang betul *peace*
Hari 8 ( 3 Jan ) : Berbulatan gembira bersama usrati. Dan impromptu dinner date with ex-mutarabbi at sushi restaurant. Dapat juga makan sushi sebelum pulang Malaysia. (I'm a happy kid ^_^) Subhanallah Allah cipta banyaaak sangat jenis makanan yang kita boleh makan. Rahmat Allah di bumi yang tak biarkan manusia hidup hanya dengan satu jenis makanan. Kerana manusia fitrahnya cepat bosan, cepat lupa. Jadi Allah cipta macam-macam untuk kita ingat pada dia.
Hari 9 ( 4 Jan ) : Persiapan akhir sebelum program AZAM Russia.
Hari 10 - 12 ( 5 - 7 Jan ) : Program 'Training' Fasilitator AZAM Russia. Alhamdulillah 'ala kulli hal atas izinnya berjalan juga program ni walau dengan seribu macam rintangan. Daripada kekangan kewangan kepada kekangan tempat. Kenangan yang sangat manis menghadiri program tahun ini. Bukan calang-calang orang ustaz dan ummi. Baru sahaja berpisah dengan ustaz dan ummi, dah rasa rindu. Moga semangat dan taujihat yang mereka tanamkan terus terpahat dalam hati. Moga Allah pilih kita untuk berada dalam kalangan yang istiqamah.
Hari 13 - 14 ( 8 - 9 Jan ) : Pulang ke Malaysia Tanah Airku. ^_^. Pengalaman pertama menaiki Etihad Airways. Comment : Bigger seat and leg space compared to other airlines. I think. Perjalanan kali ini ada banyak episod delayed flight. Di Moscow, tidak begitu lama, hanya sejam. Di Abu Dhabi, pada mulanya hanya ditangguh kan untuk menunggu penumpang dari pesawat lain yang belum kunjung tiba. Kemudian, terdapat masalah teknikal pula pada pesawat. Kerana terlalu mengantuk, kami ambil keputusan untuk melelapkan mata. Kemudian terjaga dan melihat sudah sejam berlalu. Tiba-tiba suara pilot memecah kesunyian dengan mengumumkan masalah teknikal tidak dapat dibaiki, dan semua penumpang harus berpindah ke pesawat lain. Oh, belum terbang rupanya. Semua penumpang mula bergerak ke Gate 37. Setibanya di gate 37, pesawat baru masih tidak kelihatan. Saya yakin pada waktu itu semua dalam keadaan keletihan ditambah mamai, menyebabkan tiada orang yang merungut atau membuat bising. Semua orang bertindak untuk duduk di mana sahaja ruang yang ada. Etihad juga bertindak pantas dalam melakukan damage control. Air jus dan air mineral percuma diberikan kepada penumpang. Akhirnya setelah lima jam menunggu, pesawat pun berlepas ke Malaysia. Tiba akhirnya di Malaysia lewat petang 9hb. Hilang sedikit keletihan apabila melihat wajah abang yang sudah lama menunggu di airport. Kesian dia, dah lama tunggu , masuk dalam kereta, dia yang drive, kita kat sebelah tertidur-tidur pulak.
Hari 15 ( 10 Jan ) : Agak keletihan dek kerana episod delayed flight semalam. Tetapi gagahkan juga untuk spend masa dengan mama tersayang dan aktiviti wajib, 'melaporkan' diri kepada otok terchenta. With ice cream of course. Heh!~
Banana fritters with cookies and cream flavoured ice cream and Daim chocolates with a dash of milk. Yums!
Hari 16 ( 11 Jan ) : Hari bersejarah ukhti Farah Adibah, merangkap classmate dari tahun 1-3, usrati dan roomate di Russia. Disebabkan tidak ramai yang pulang ke Malaysia pada musim cuti sejuk, saya ambil keputusan untuk menggembirakan hatinya dengan berada di sampingnya menjelang saat bergelar menjadi zaujah orang. (haha, entah-entah bukan menggembirakan, lagi mengacau ada, heh? ) Seawal 11 tengahhari sudah tiba di rumahnya untuk membantu persiapan terakhirnya. Akhirnya selepas asar, ukhti Farah selamat diijabkabulkan oleh bapanya sendiri dengan akh Hadi, juga bekas pelajar Russia yang mengambil kursus kejuruteraan.
Hari 17 ( 12 Jan ) : Walimatul urus ukhti Farah dan akh Hadi. Moga Allah berkati baitul muslim yang dibina. Dan moga baitul muslim yang dibina merancakkan lagi perjalanan dakwah dan tarbiyah masing-masing, in sha Allah. Hari yang ditunggu-tunggu juga kerana akan dapat berjumpa dengan akhawat-akhawat senior Rusia yang telah memulakan kerja sebagai houseman officer. Walau hanya dapat berjumpa sesaat dua, sudah dapat melepaskan rindu terhadap mereka. Tanpa mereka, mungkin tidak berjumpa saya dengan dakwah dan tarbiyah. Allah jualah yang menyusun mereka berada dalam episod hidup yang singkat ini. Pulang semula ke Subang Jaya, and was greeted with the sight of abah, farris and ummi cleaning the garden, with the rabbits running around.
Bliss ^_^
Hari 18 ( 13 Jan ) : HARI GANGGUAN AIR SELURUH SUBANG JAYA. erkkk! air di dalam tangki masih cukup untuk mengharungi breakfast. Walaubagaimanapun, terpaksa lunch di kawasan luar subang jaya, kerana khuatir gangguan akan berlanjutan, dan air dalam tangki akan lebih surut. Hari pertama juga memegang buku pelajaran sejak menjejakkan kaki di Malaysia. By the way, it's Paediatric Sunflower month! Semalam juga sempat buat aktiviti wajib iaitu beli buku di MPH. Managed to grab 5 books. And we shall start by reading Syed Mokhtar Albukhary : Biography. Yosh baca!!~
Till then, buat mereka yang kini sudah lapang, tiada kelas, tiada exam (saya lah tu!), please ensure that your time is well planned. Kerana kita dah pun diingatkan berulang kali di dalam surah al-asr : -
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Comments