Hari-hari Dalam Hidupku


Bismillah.

Salam wbt.
Buku tulisan Zainab Al-Ghazali ni sudah lama masuk di dalam 'to read' list. Akhirnya pada tahun akhir pengajian di Russia berjaya juga dibaca. It is certainly a page turning book. Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Zainab Al-Ghazali dengan bertumpukan kisah menjelang Zainab Al-Ghazali hendak dipenjarakan dan kisahnya sepanjang dipenjarakan.

Disclaimer : Post kali ini bukan bertujuan untuk menceritakan sinopsis buku hari - hari dalam hidupku. Saya hendak menceritakan beberapa point yang sangat terkesan di hati daripada kisah Zainab Al-Ghazali in sha Allah.

Siapa?

Beliau adalah wanita yang menubuh dan memimpin Jamaah Muslimat di Mesir. Beliau akhirnya memberi baiat kepada Imam Syahid Hassan Al Banna dalam menggembleng tenaga beliau dan Jemaah Muslimat ke arah menegakkan hak hakimiyyah Allah di muka bumi.

Fikir-fikirkan!

1. Hafalan Al-Quran

Ketika beliau ditangkap, beliau hanya sehelai sepinggang. Tanpa pakaian lain apatah lagi peralatan lain.  Kerana tiada mushaf quran bersamanya, Zainab Al-Ghazali hanya mengulangi segala surah-surah yang telah beliau hafal. Katanya, ia seolah-olah pertama kali dia membaca surah Baqarah. 

Bayangkan jika kita berada dalam keadaannya, apakah surah yang boleh kita ulang-ulangkan bacaannya? *sedih* Seorang senior yang kini bertugas sebagai Houseman Officer juga pernah menceritakan, kesibukan seorang HO menyebabkan kurangnya masa untuk kita dapat membaca al-quran sepertimana kita lakukan sekarang. Maksudnya, duduk dan memegang mushaf dan kemudian membacanya. Dia hanya bergantung kepada segala hafalan yang pernah dilakukan. Sepertimana juga matsurat. Keadaan tidak seideal sekarang di mana kita boleh duduk bersama housemate selepas subuh dan membaca matsurat bersama-sama. Ketika masuk ke alam pekerjaan, kita harus bijak mencuri masa ketika memandu atau ketika berjalan untuk membacanya.

Maka beruntunglah mereka yang banyak hafalannya apatah lagi yang telah menghafaz keseluruhan al-Quran. *sedih sekali lagi* 

InsyaAllah ini jadi motivasi untuk speed up hafazan di tahun akhir pembelajaran, dan sebelum menempuh alam pekerjaan yang lebih menuntut masa itu.

2. Allah Ghayatuna ( Allah adalah tujuan kami )

Seluruh hidup Zainab Al-Ghazali ditumpukan hanya untuk satu matlamat iaitu Allah. Apabila mendirikan rumah tangga juga, sejak dari awal telah diberitahu kepada suaminya yang padanya bekerja di jalan Allah itulah yang terutama baginya. Dan jika dia mendapati keduanya bertemu di persimpangan jalan, maka yang akan dipilih adalah bekerja di jalan Allah. Allahuakbar. Dan Zainab Al-Ghazali ternyata bukan cakap-cakap kosong, kerana sememangnya beliau bekerja bersungguh-sungguh di jalan Allah. Telah juga Allah menetapkan bagi Zainab seorang suami yang cukup baik dan memahami perjuangannya itu. 

Refleks diri kita adakah benar kita telah meletakkan seluruh penghidupan dengan Allah sebagai matlamat. Adakah kita memilih kerja, tempat kerja, pasangan hidup, tempat tinggal semuanya kerana Allah? Sedangkan masa yang kita gunakan pun masih hendak diasingkan untuk diri sendiri. Harus ada masa khas untuk diri kita sendiri. Harus ada ruang privacy kita. Harus ada barang hak mutlak kita sahaja. Hmm. *sedih*

3. Prinsip yang jelas

Semasa di dalam penjara, Zainab disiksa dengan teruk dan dipaksa untuk mengaku bahawa Ikhwanul Muslimin mempunyai agenda untuk menjatuhkan Jamal Abdul Nasir, pemerintah Mesir pada ketika itu yang terkenal dengan kezalimannya. Bermati-matian beliau memperkatakan yang Haq, iaitu IM tidak pernah mengatakan hal yang sebegitu. Namun terdapat sosok-sosok yang pernah mengaku menjadi ahli IM yang berpaling tadah dek kerana tidak tahan dengan seksaan. Ada sosok-sosok yang lemah dek nafsu apabila disogok dengan kemewahan. Zainab juga disajikan dengan berita-berita yang Syed Qutb dan beberapa tokoh IM lain yang turut berpaling tadah. Namun semua tribulasi ini tidak menggoyahkan apa yang telah tersemat kemas di hati Zainab. Kerana prinsipnya jelas. Akidahnya jelas. Dan ketika memberi baiat dengan IM juga , beliau jelas dengan apa yang dibawa : terus terang, suci dan tiada kepentingan.

Untuk mempunyai akidah yang menunjang dan prinsip yang kukuh sebegitu harus dimulai dengan kefahaman. Tanpa kefahaman yang jelas, akidah tidak akan tertanam dengan begitu kuat. Kita semua maklum pohon yang tidak berakar kuat, mudah sekali patah jika dipukul angin yang kencang. Tidak seperti pokok yang akarnya jauh mencengkam bumi, biarpun angin yang kuat bertiup, tidak berganjak walau seinci. 

Untuk kita mempunyai akidah yang sebegitu, kena dimulai dengan faham. Barulah kita akan kekal dan tsabat di jalan yang telah dijanjikan dengan segala ujian ini.

*Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu ini*

4. Cukuplah Allah sebagai penolong dan pelindung.



Hasbunallah wa ni'mal wakeel. Kalimat yang berulang-ulang dan acapkali disebut oleh Zainab Al-Ghazali. Ketika disiksa berbagai cara : dicakar anjing, dibiarkan didalam bilik yang banyak tikus, didudukkan di dalam penjara air, disebat sambil digantung, dan banyak lagi; kalimah "hasbunallah wa ni'mal wakeel" inilah yang meniti di bibir. Dan itulah yang menjadi sumber kekuatan bagi Zainab untuk menempuh segala dugaan yang beliau sendiri tidak dapat menduga bagaimanakah bentuknya.

Allahuakbar. Hanya dengan membaca kisahnya sudah kita rasakan betapa beratnya siksaan yang dihadapi, apatah lagi untuk jasad yang merasainya. Hanya sedikit calar di tangan atau di kaki sudah menimbulkan pedih yang amat untuk diri kita. Boleh bayangkan kesakitannya jika disebat 500 kali tanpa henti?

Walaupun menjumpai ayat hasbunallah wa ni'mal wakeel berkali-kali ketika mengulangi bacaan al-Quran, atau mengucapkannya berkali-kali; tetapi inilah kali pertama saya merasai sebenar-benar pergantungan seseorang terhadap Allah ketika mengucapkannya. Penyerahan, kebergantungan dan pengharapan yang mutlak! Astaghfirullah.

Sebenarnya banyak lagi point yang boleh dikeluarkan setalah membaca buku tersebut, tetapi biarlah sampai disini sahaja. Kerana yang empat ini sahaja sudah cukup berat itu diterjemah dalam bentuk amal. 

Moga Allah redha  =(

Comments