Salam wbt.
Bismillah.
Lagi dua hari, saya akan mengambil penerbangan terakhir saya untuk ke Moscow daripada Malaysia, insyaAllah.
Tempoh hidup di Russia bakal berakhir.
Tinggal 6 bulan sahaja lagi.
6 tahun bukanlah tempoh yang sekejap.
Satu perempat hayat hidup dihabiskan disana.
Perubahan fasa remaja kepada awal dewasa.
Fasa yang mengdefinasikan siapa saya.
Belajar bidang yang rata-rata digeruni orang.
Belajar hidup jauh dari keluarga.
Belajar membuat keputusan.
Belajar menguruskan hidup.
Belajar kerenah perangai manusia.
Belajar mendengar.
Belajar memasak. Eh.
Dan yang paling bermakna sekali,
belajar apa itu makna sebenar sebuah kehidupan.
Berdebar-debar.
Kerana hanya tinggal 6 bulan,
untuk melengkapkan diri menjadi doktor yang SELAMAT untuk ummat
untuk berlatih sebaik mungkin sebelum berdepan dengan dakwah dan tarbiyah di Malaysia
Kerana sehingga kini pun,
rasa macam tak belajar apa pun ilmu perubatan
Kerana sehingga kini pun,
rasa macam tak pernah buat kerja dakwah dan tarbiyah dengan betul dan baik pun.
Quoting en.gabbana,
Cakap banyak. Buatnya sedikit.
Bising selalu. Amalnya defisit.
Berlagak lebih. Hasilnya kosong.
Tanya berlambak. Jawabnya tiada.
Lidah laju. Tangan dan kaki tertinggal selalu.
Banyak meminta. Bila terkena, baru padan muka.
Selalu bersangka. Bila batang hidung terkena, baharu merana…
Mampukah aku?
[kredit] |
Comments