Our time is running out

Bismillah.

Salam wbt.

Our time is running out - Muse

Antara lagu favourite zaman dolu-dolu. 

Heh.

Dalam masa sebulan lagi, berakhir lah kehidupan saya sebagai seorang pelajar ijazah perubatan di bumi Moscow, Russia. 

Berdebar?

Pasti ada. 

Kerana apa?

Banyak. Sebilangan kecil kerana akan menghadapi peperiksaan akhir (GOZ Exam). Walaupun sejarah membuktikan tidak pernah orang gagal dalam peperiksaan ini. Dan walaupun sijil kami sudah siap dicetak pun. Tetap debaran itu ada. Takkan nak masuk exam dengan kosong di dalam kepala.

Kemudian, berdebar untuk mengetahui diri yang sebenar di Malaysia nanti bagaimana di sudut Dakwah dan Tarbiyah. Mungkin di sini, cabaran nya tidak besar. Dan mad'u juga adalah di kalangan pelajar juga. Maksudnya 'wavelength' akan lebih kurang sama. Tambahan lagi mengambil bidang yang sama. Tarikan atau ujian luar tidak banyak. Akan tsabat kah saya? Atau menjadi buih yang mengalir di bawa arus sungai. 

Dan berdebar juga mengenangkan bekalan untuk menjadi doktor yang selamat juga sangaaaattt kurang. Saya tidak akan menyalahkan sistem pembelajaran di sini. Tidak lain tidak bukan, diri inilah yang sangat-sangat kurang dalam menguasai topik pembelajaran. 

Banyak lagi target awal tahun 6 yang tidak tercapai.

Hafazan nya.

Short notes for every topic nya.

Bacaannya.

Haih.

But never mind.

Hari tu down juga. Hampir sebulan parah. Tapi kita harus bangkit. Jadi, saya main cheating, minta usrati berikan tazkirah tentang istiqamah. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Jazakillah khayr. You know who you are. 

Now I'm back in the game.

And walaupun time is running out, I know that Allah won't run out from me, right?



Chill :)

Pray for me.


Comments

^__^ said…
go kak nad!!! akk bg semangat kt sy yg dah berbulan2 lumpuh... :)