Bismillah.
2 minggu.
Tempoh yang singkat.
Pejam celik pejam celik masa itu akan berlalu juga.
Sepertimana diri ini merasakan tempoh 2 tahun di MRSM itu panjang,
ia tiba ke pengakhiran jua.
Sepertimana diri ini merasakan tempoh 6 tahun di Russia sesuatu yang sungguuh panjang,
akhirnya ia juga tiba ke pengakhiran.
Apatah lagi 2 minggu.
Pengakhiran zaman bujangku.
Melangkah ke fasa seterusnya : berbaitul muslim.
Tapi, jujur, sangatlah belum bersedia lagi.
Usah bercakap tentang cita-cita baitul muslim yang bakal dibina,
kerana individu muslim dalam diri ini pun jauh dari sempurna.
Gusar.
Takut.
Kerana bakal menjadi bebanan pada sang pemimpin keluarga nanti.
Tetapi yakin bahawa itu bukan penghalang melangkah ke fasa baru.
Kerana pasti, sehingga bila-bila pun, bibir takkan mampu menuturkan, hati takkan mampu merasakan bahawa diri telah mencapai kesempurnaan induvidu muslim.
Bila ketakutan menguasai hati, cepat-cepat mengingatkan diri bahawa Allah itu ada, dan susunan Allah itulah yang terbaik.
Hasbunallah wa ni'mal wakeel.
Mungkin dengan berbaitul muslim ini, makin mudah membetulkan diri.
Kerana makin banyak tanggungjawab, makin kurang masa untuk dilepaskan dengan yang tidak berfaedah.
Mungkinkah? Hanya Allah yang mengetahui.
Maka, kerana itu, aku pohon doanya daripada sesiapa yang turut membaca agar dipermudahkan urusanku dan diberkati Allah hendaknya.
Hmm.
TIdak lupa kepada yang LEBIH LAGI memerlukan doa-doa kita,
saudara-saudara di Mesir, Syria dan Palestin,
yang hari-harinya tidak sempat memikirkan hal seremeh diri ini,
yang hari-harinya hidup seperti inilah hari terakhir di atas muka bumi,
yang hari-harinya tidak putus mengingati Allah,
yang hari-harinya tidak jemu mengharap syahid.
Ya Rabb..
Moga Allah jadikan diri ini sentiasa memikirkan hal-hal yang lebih besar di dalam hidup.
Moga Allah sentiasa menjadi tujuan kami.
Moga Al-Quran sentiasa menjadi panduan kami
Moga Rasul sentiasa menjadi ikutan kami.
Moga mati di jalan Allah sentiasa menjadi cita-cita kami.
Amin

Comments