Bismillah.
* post ni panjang ye – warning awal-awal
*
Pagi tadi semasa scroll di facebook, ada rakan share article keibubapaan bertajuk : Don’t Fight It, Just Give ‘Em The
Damn Pacifier. It’ll Be Fine.
Semua orang akan, atau pernah merasai menjadi
first time parent. Saya ingat lagi perasaan sebelum dan sejurus selepas
mendapat bayi pertama. Rasa bimbang dan takut macam mana nak didik anak amanah
Allah. Semua orang mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Buku demi
buku, artikel demi artikel ditulis untuk menjadi panduan ibu bapa mendidik /
mengasuh anak.
Saya sendiri pernah menyimpan impian atau
pernah berprinsip macam-macam tentang bagaimana hendak membesarkan anak. Kalau
boleh tak nak ajar anak pakai puting, nak anak pandai mengenal huruf atau
membaca atau mengaji seawal yang mungkin, tak nak expose anak pada gadget, anak
mesti duduk dalam car seat sejak dari lahir dan macam-macam lagi. Kalau orang
lain boleh buat, kenapa tidak kita.
But as time goes by, kita akan sedar yang
ianya tak semudah itu. Setiap anak berbeza, setiap ibu bapa berbeza, setiap
keadaan berbeza. Bila satu-satu impian itu gagal, kita akan berfikir terlalu
banyak, cuba melawan keadaan dan akhirnya stress terlebih. Dengan masa, saya
belajar yang it doesn’t have to be perfect. Learn to let go. Apa yang paling
penting buat saya adalah kesihatan, kegembiraan dan keselamatan anak. Itu yang
paling utama.
Setiap orang ada struggle mereka
masing-masing. Biar saya cerita kisah saya.
1.
Tak nak anak berputing (pacifier)
Sebelum anak lahir, saya dah rancang tak
nak anak berputing. Dulu waktu kecil, saya memakai puting, akhirnya gigi
menjadi sedikit jongang dan pada usia remaja dipakaikan braces supaya gigi
lebih rapi kedudukannya. Jadi, saya tak nak anak memakai puting supaya
kesihatan giginya terjaga. Keduanya, tak nak anak dependent pada puting, nanti
kalau tertinggal puting di rumah, tak ke naya nak hadap baby meraung-raung.
Tapi, sebelum anak lahir, mama belikan dua puting.
Katanya buat standby je. Lagipun sekarang dah ada puting yang orthodontik.
Means elak gigi jongang. Marah ke waktu tu? Tak. Buat chill je. Biar la benda
tu nak ada pun, kalau kita tak nak pakai biar je la kan. Tak guna bergaduh
mulut dengan mak sendiri kan. Lagipun masa tu dia yang belikan, tak pakai duit
kita pun.
Sepanjang cuti berpantang langsung tak
pakaikan puting. Tapi ada masa rasa nak bagi je puting tu. Sebab kadang tu,
anak nak direct feed almost sejam. Penat sangat. Actually dia feed kejap je,
rasanya selebih tu lebih kepada comfort nursing. Bila kita lepas je, dia
terjaga and nangis balik. Time pantang tu rasa stressssss sangat kenapa la
budak ni lama sangat nak menyusu. Tapi bila pujuk diri, time ni je la ada
banyak masa dengan baby, teruskan je la.
Alkisahnya, time dah hantar anak ke
pengasuh , pengasuh yang startkan puting pada baby ‘Ayyan. Time tu sedih jugak,
tapi kami pilih untuk redha je sebab fikir asal baby sihat and selamat dengan
pengasuh, malas nak bergaduh dengan pengasuh. Kami pun rasa benefit pada kami
juga sebab baby tidur lama sikit. Time ni dua-dua orang kerja. Saya masih
houseman. Suami pula MO klinik kesihatan di negeri sembilan. Berulang hari-hari
PJ-N9. Jadi, masa untuk rehat tu sangat precious. Bila ‘ayyan makin besar ,
kadang-kadang muncul kerisauan bila dia akan stop berputing. Sebab pernah
nampak ada budak dah umur 6 tahun pun tak mahu berenggang puting.
Alhamdulillah masa umur ‘Ayyan dua tahun 6
bulan, pada ketika dia dah mula memahami simple command, kami try je stop bagi
puting. Dengan kerjasama pengasuh nya yang sekarang juga. Dua tiga hari kami
kata puting hilang, takde. Mula-mula muka dia sedih and ada masa menangis dia
sebelum tidur nakkan puting. Kami suami isteri buat stone je, dan keep on
cakap, puting hilang. Bila dia dah penat menangis, dia tidur je pun. Tapi lepas
3-4 hari dia mula faham. Sampaikan masa dia bangun tidur, benda pertama dia
cakap adalah “puting takde, puting hilang”.
See, sampai masanya nanti anak boleh diajar
untuk stop puting. So, stop worrying and stressing yourself out.
2.
Nak anak pandai membaca /
mengaji awal
Masa mengandung / berpantang tu banyak
tengok video atau sharing orang di FB anak mereka pandai baca flashcard pada
umur yang sangat awal. Rasa nak macam tu jugak untuk anak sendiri. Cuba jugak
lah tunjuk flashcard pada anak masa umur dia 3-4 bulan, tapi lepas tu give up,
sebab masa tu bukannya dia boleh bercakap pun. Haha. Tambah pulak lepas tu dah
masuk kerja, jadi tak sempat la hari-hari nak curi masa tunjuk dia flashcard.
Orang kata 10 minit setiap hari pun cukup. Realitinya susah nye nak cari masa
10 minit tu. Bila balik rumah je, nak siapkan makan malam, nak pump susu lagi,
nak basuh breastfeeding equipment, nak prepare untuk kerja esoknya. Bila dah
ada masa, anak pulak dah tidur.
Lepas tu dia makin membesar, dah pandai
pegang buku bergambar sendiri. Time ni kita nak ajar dia, dia punya attention
span pulak 2-3 saat je. Mencabar sungguh. Lama – lama sedar sendiri bahawa, apa
la yang nak dikejarkan sangat anak tu nak pandai membaca. Nak buktikan pada
siapa? Nak puaskan diri sendiri? Kalau itu definisi bahagia anda, then silakan.
Anak-anak ni milestone mereka berbeza. Ada
yang speech nye lebih cepat, ada yang gross motor nya lebih cepat. Just as long
as dia tak skip milestone and achieve milestone within the acceptable period of
time dah cukup bagus. Macam ‘Ayyan sendiri, gross motor skill dia cepat.
Berjalan melompat berlari dengan confident pada umur yang awal. Tapi to say
meaningful 2-3 word sentences lambat sikit, tapi tak lah sampai speech delay.
By the time umur 2 tahun beberapa bulan, time umrah, tiba-tiba perasan dia dah
pandai A-Z, 1-10 (in english and malay), Alif –Ya and from there tiba-tiba dia
banyak mulut. Ayat dia dah mula panjang .
So, let kids be kids. Biar dia enjoy
childhood dia. Kita boleh assist and provide the necessaries, tanpa perlu
memaksa dan meletak expectation. Just watchout perkembangan, and if let say ada
developmental delay pun, accept it with open heart, seek help early and
intervene as needed. Jangan denial and stress lama-lama. Everything has its
solution, okay?
3.
No gadgets
Introducing anak pada gadget pada umur yang
awal adalah memang tidak bagus. Tapi, saya pasti ramai yang struggle dalam
perkara ni. Sebagai ibu bapa, memang kita boleh strict dan keraskan hati tak
tunjuk gadget pada anak. Dalam kes saya, there are many times yang kami
perlukan pertolongan orang lain untuk jagakan anak kita. Sebab saya ada oncall
dan suami kadang-kadang perlu kerja pada hujung minggu. Jadi family terdekat
yang banyak membantu tengokkan anak. Dan ramai memilih untuk tunjuk video you
tube pada anak. Seronok tengok budak senyum and terhibur tengok video. Budak
pun leka tengok. Kalau kita nak bertegas dengan family pun susah. Itu cara
mereka nak entertain anak kita. Mereka dah tolong jagakan pun dah bersyukur
banyak. Ingat, kita yang minta pertolongan daripada mereka. Kena belajar
beralah. Again, pada saya yang penting anak kita selamat, tak patah riuk. Itu
pun dah bersyukur banyak.
Having said that, kita kena bersedia anak
akan tantrum bila tak dapat tengok video. Kita pun rasa senang sebenarnya time nak
buat kerja, anak tak kacau. Tapi, apa limitnya and adakah kita patut biarkan
saja? Pada saya tak ada strict rules. Bila anak ada dengan orang lain, biarkan
saja cara mereka jaga anak saya. Bila anak ada dengan saya, saya akan ikut cara
saya. For me TV is better than ipad or phone. Sebab sambil dia tengok video kat
TV, dia boleh interact in physical way. Dia boleh tiru menari dan gaya. Kalau
ipad dan phone, anak akan pegang gadget tersebut. Sudahla jaraknya dekat dengan
mata. Tangan pula pegang gadget, langsung takde motor movement.
Sibukkan anak dengan permainan. Di rumah,
saya simpan mainan ikut transparent boxes yang saya beli di Daiso /
supermarket. Satu box untuk kereta. Satu box untuk lego. Satu box untuk permainan
blocks dia. Dan seterusnya. Attention span anak-anak ni tak lama, dia cepat
bosan. Jadi bawak keluar satu persatu, bila dia bosan main kereta, kita
keluarkan lego pulak, sampai lah kita ran out of ideas and dia dah mengamuk
sangat-sangat nakkan video baru bagi. Dan bila berkesempatan, try interact
dengan anak sambil dia tengok video tu. Kalau video tu tengah ajar pasal
colours, kita pun follow sebut colours tu, biar anak rasa kita pun ada sekali
and anak ada belajar something from the videos.
Bila saya nak disiplinkan anak tentang
gadgets? Bila dia dah boleh faham sebab dan akibat. In which lagi few years la
kot. Bila dia boleh comprehend tentang disiplin. Bila saya boleh kenakan denda
/ timeout pada dia. Mungkin pada waktu tu saya akan limitkan gadget to 1 hour
per week. Wallahualam.
4.
Car seat
Masa mengandung lagi, mama dah tekankan
kepentingan car seat. Di negara barat, ia dah menjadi kewajipan. Tak boleh bawa
bayi baru lahir pulang tanpa buktikan dah ada car seat. Akan ada mulut-mulut
yang berkata, bazir je beli carseat, last-last anak tak nak duduk pun. Tapi
dari baby dalam perut lagi saya dah berdoa, biarlah anak ni mahu duduk dalam
car seat. Bila mana kami berdua bekerja sebagai doktor, kena terima hakikat
yang akan banyak kali kena drive seorang. Kerja bukan office hour. Jadi kalau
anak tak duduk dalam car seat, macam mana nak drive. Pernah saya naik kereta
kawan yang tak introduce car seat pada anaknya. Anaknya semua tak nak pada
orang lain. Jadi ada yang duduk atas riba dia sambil drive. Sangatlah tidak
selamat. Budak kecil beratnya ringan, jadi bila brek mengejut dia akan
terlambung lagi jauh daripada kita. Kalau terkena impact, dia akan terima lebih
daripada kita yang dewasa ni. Jadi ini antara sebab yang buatkan saya
betul-betul nak ajar duduk dalam car seat. Jadi dalam perjalanan pertama ‘Ayyan
pulang dari hospital pun dia dah duduk dalam car seat. Alhamdulillah ‘Ayyan
adalah budak yang baik dan suka duduk dalam car seat. Kalau masuk je dalam car
seat, dia akan tidur. Nanti nak sampai destinasi yang dituju baru dia bangun.
Pernah tak ‘Ayyan menangis minta dikeluarkan daripada car seat? Of course
pernah. Apa yang kami buat? Pekakkan je telinga. Jangan marah atau kuatkan
suara pada dia. Biar dia cry it out. Tak lama pun, nanti dia stop la menangis.
Cabaran saya hanyalah dalam memahamkan
keluarga mertua tentang kepentingan car seat. Even sampai sekarang saya akan
dapati mereka bawa ‘Ayyan tanpa letakkan ‘Ayyan dalam car seat. Macam-macam
cara saya terangkan kena letak ‘Ayyan dalam car seat, tapi selalunya sekali je
buat, lepas tu mereka tak guna car seat tu. Sedih memang sedih. Alhamdulillah
sampai sekarang masih tiada apa-apa yang berlaku. Tapi saya tak mahu tunggu
sampai perkara buruk terjadi, baru kita nak belajar dari kesilapan. Langkah
saya hanya ingatkan bila ada peluang. Selalu kena cakap dengan lemah lembut “nanti
nak bawa ‘Ayyan, letak dalam car seat ye”. Again, saya kena belajar menerima
dan memaafkan kerana cara kita dibesarkan dan pengalaman masing-masing berbeza.
Tak perlu bergaduh bermasam muka. Remind selalu dan doakan yang baik-baik.
Usaha and tawakal. Usaha saya adalah selalu ingatkan. Dan pasangkan car seat di
kereta mereka bilamana mereka nak ambil ‘Ayyan.
Mama saya lebih particular sebab pernah
adik saya tercampak dari seat belakang ke handle brek kereta semasa emergency
break. Masa tu tak guna car seat. Jadi pengalaman itu menyebabkan dia ambil
berat tentang penggunaan car seat. Memang kita boleh kata, takpe, kita boleh
pegang anak elok-elok. Analoginya mudah sahaja, kalau kita berjalan sambil
menjijit plastik bag, kemudian kaki kita tersadung. Apa refleks pertama kita,
tangan kita akan terdepa ke depan, untuk break the fall. Tak nak muka kita
tersembam dulu, betul kan? Jadi, apa jadi pada plastik bag yang dijinjing,
pastinya tercampak bukan? Sama jugalah konsepnya bila kita pegang anak dalam
kereta. So pada saya tak boleh terima alasan boleh pegang anak elok-elok. Ada
ke orang tak nak pegang anak elok-elok , in the first place? Pointnya, pegangan
kita takkan mampu menyelamatkan anak ketika berlaku kemalangan.
So untuk isu yang ini, pada saya, safety
comes first.
_________________________________________
Wah, dah panjang dah tulis ni. Cukup dulu
rasanya sampai setakat ni. Point yang saya harap sesiapa sahaja yang membaca
dapat adalah, there is no right or wrong in parenting. There are many ways of
parenting. Learn your own style. Yang penting anda selesa, anak selamat dan
sihat. Let kids be kids. Let them enjoy their childhood. And do have quality
times with them.
Having said all these, saya baru ada seorang anak sahaja setakat ni. I know that lain anak lain perangainya. Lain cara tunjuk ajarnya. I know that from time to time I will learn something new about them and for them. Cara saya tak semestinya yang paling betul. Tapi inilah cara saya. Harap ada manfaat untuk sesiapa yang membaca. Let's all hope that apa yang kita buat ni semua dikira sebagai pemberat buku amal kita dalam menjaga amanah Allah yang diberi. :)
Comments
Terima kasih atas perkongsian.
Noorul Izuddin Syahmi Nordin