Salam wrt.
Bismillah.
Post kali ini isinya sangat berlainan dengan sharing-sharing
saya sebelum ini. Buat pertama kalinya saya akan bercakap tentang penjagaan
kulit!
Sedikit disclaimer. Saya bukan lah pakar dalam produk
penjagaan kulit. Tambahan pula sebelum ni saya bukanlah orang yang mengambil
berat tentang penjagaan kulit.
Cuma seiring dengan peningkatan usia dan bekerja di dalam
aircond sepanjang hari, kulit menunjukkan tanda-tanda kekeringan. Disebabkan
saya tahu saya bukanlah orang yang rajin untuk merias muka dengan bermacam
produk, maka saya tahu saya harus mengambil langkah merawat dan mencegah
sebelum menjadi lebih teruk.
Saya memilih untuk berkongsi langkah yang saya ambil ini
kerana setelah konsisten menggunakannya selama sebulan, ramai mendapati kulit
muka saya lebih sihat. Dan perkara ini konsisten sepanjang tahun ini. Tak
pernah selama ini sebegini banyak orang menegur tentang kesihatan kulit muka
saya seperti tahun ini. Jadi saya fikir kenapa tidak saya berkonsi tentang
langkah berkesan yang juga murah!
Jadi apakah langkah tersebut?
Dan jawapannya adalah : ALOE VERA GEL!
Orang yang pertama yang menyebabkan saya jatuh cinta pada
produk ini adalah adik perempuan saya. Pada satu hari saya pulang ke rumah
parents, dan saya perasan complexion muka adik saya yang kelihatan segar. Kami
adik beradik memang tidak pandai menggunakan produk make up. Jadi saya tanya
apa yang dia buat. Dan jawapan yang dia berikan adalah lumurkan sahaja aloe
vera gel pada malam hari sebelum tidur, dan biarkan sahaja sepanjang malam.
Brand apa yang perlu digunakan. Saya telah menggunakan tiga
produk yang berbeza dan ketiga-tiga memberikan kesan yang lebih kurang sama.
Cuma yang berbeza mungkin jumlah pewangi yang digunakan. Antara ketiga-tiga
produk di bawah saya paling menyukai my fav recipe by neula kerana tekstur nya
paling light weight dan kurang berbau. Ianya juga cepat menyerap. Kedua adalah
by miseoul. Ianya lebih pekat so rasa macam ada benda atas muka. Dan bau wangi
dia lebih kuat which saya tak suka. Saya suka pakai benda yang tak rasa macam
pakai apa-apa. Haha. Personal preference. Paling tak suka adalah naturals by
watsons. Tak tahu kenapa rasa dia pedih pada muka saya. Mungkin kandungan
pewangi nya mungkin tak sesuai buat saya. But it all gives the hydrating function
yang kulit saya perlukan.
Kiranya gunakanlah aloe vera gel seperti daily sleeping
mask. Jauh lagi murah daripada segala sleeping mask yang berada di pasaran.
Secara average setiap tub aloe vera gel berharga bawah rm20 dan mudah didapati
di watsons, guardian, etc. Dan jika guna setiap hari pun satu tub ni boleh
bertahan 3-4 bulan.
But most importantly, hydrating your skin from within dengan
minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 2 liter) setiap hari adalah lebih
penting daripada meletak apa jua produk di muka.
Selamat mencuba!
-Nadhirah
Comments