Wednesday, November 9, 2011

B-E-R-N-A-F-A-S


Satu keperluan manusia itu adalah bernafas. 
Tanpa udara beroksigen kita takkan mampu untuk hidup.
Teringat salah satu fasal di dalam Kitab Tauhid - 'Kita hidup dalam lautan udara'
Dengan rahmat Allah, Allah jadikan oksigen, Allah jadikan peparu untuk berlakunya gas exchange, Allah jadikan tali pusat ketika dalam perut ibu kerana paru-paru kita belum develop lagi. Cuba bayangkan if salah satu je tak ada, pincanglah segalanya. Itu belum cakap tentang respiratory center, factors that drive inspiration, etc. Sangat detail perkiraan Allah. Fuhhh!~ 

Tiba-tiba je teringat juga kat mana entah baca satu artikel. Seorang tua yang ke hospital kerana masalah buah pinggang. Doktor menyatakan yang buah pinggangnya sudah rosak, kemudian di hulurnya bil hospital. Tiba-tiba sahaja pakcik tu menangis. Doktor yang prihatin tu pun cakap " Takpe pakcik, nanti saya consult dengan pihak hospital tentang bayaran bil pakcik ni". Kata pakcik tersebut " Anak, pakcik menangis bukan sebab bayaran, pakcik menangis sebab selama ni Allah kasi guna buah pinggang tak perlu bayaran pun". Zass~

Okay, saya tak ingat di mana ambil cerita tadi. Tapi lebih kurang begitulah. Credits to pembuat cerita tersebut.

Tapi hari ni, kita bukan nak bercakap tentang anatomy manusia. Sebenarnya ingin bercakap tentang sukarnya bernafas dua tiga minggu lepas ni. Rupanya bukan saya sahaja yang merasakannya, tapi rata-rata orang sekeliling saya juga begitu. Kenapa ye? Dengan kesuntukan waktu saya terfikir kat mana yang jadi sibuk sangat tu. 

Flashback.

Bermula dengan cycle paediatrics dan ENT. Hari-hari subjek yang sama bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang. Penat juga menghadap subjek yang sama setiap hari. Mungkin dah terbiasa cycle yang selang seli subjek. Satu hari subjek ni, satu hari subjek lain pula. 

Then sampai ke hujung bulan maka terkumpullah final ent, presentationSS paeds (ye, sampai 2), refarat ent(read : project paper), final PE paeds, case history paeds yang kena betulkan berulang kali. 

Di tengah bulan tiba-tiba tambahan dua subjek baru - history of medicine dan philosophy. History of medicine tiap selasa jam 6.50-8 malam. (ye, malam!) Philosophy 4-7mlm setiap isnin. Kelas philosophy pula jaraknya sejam suku dari rumah (ye, sampai rumah 8 lebih juga!) 

FYI, kedua subjek di atas sangatlah of few medical purposes. Hanya axillary subjects. Kalau wujudnya dia pada waktu yang munasabah, saya tak kisah pun wujudnya subjek2 tersebut.

Bila masuk cycle baru ingatkan boleh bernafas sikit. Kerana subjeknya therapy dan war medicine. Tiba-tiba jadual philosophy bertukar, daripada isnin kepada setiap rabu dan jumaat jam 6.30 hingga 9 malam (ye, 9 malam!)

Maka sekarang 3 kali seminggu pulangnya di malam hari. 

Itu baru dari segi academic.

Yang lain kita tak perlu cerita. Sebab rasanya jadual academic yang mengarutlah yang menyumbang besar kepada kehuru-haraan hidup. Wujudnya subjek-subjek tambahan yang kerenah cikgunya amat strict dan pada waktu yang tidak disenangi pelajar. 

Tambahan pula maghrib sekarang awal, pukul 5 lebih dah masuk waktu maghrib. Keluar after maghrib untuk ke kelas sangat depressing rasanya.

Pulang malam, badan penat, alhamdulillah rumah dekat berbanding kawan-kawan lain yang lagi jauh rumah mereka. Lagi banyak episod nangis-menangis keletihan. Alhamdulillah Kautsar (my home sweet home in russia ~) amalkan masak sama-sama. Jadi pulang sahaja memang dah tersedia makanan. Alhamdulillah again. Pulang makan, keletihan, kadang-kadang terus tertidur. 

Waktu yang sangat pack ni sangat bahaya untuk diri. 
Mutabaah amal, persediaan kelas, etc semua huru-hara. 
Emosi pun huru-hara. Saya memang orang yang tak mudah ambil hati, tapi bila emosi di threshold yang rendah, maka semua pun tak kena. Last-last makan diri.
Kesihatan pun boleh affected.

Bila saya rasa saya in the verge of crumbling, Allah hantar jentera-jentera (cewah!) untuk bantu saya. 
Kerana rasa diri ni tak cukup kuat dengan hanya mengadu pada Allah, Allah bagi kekuatan saya ceritakan pada akhawat yang dipercayai. Lepas cerita tu, rasa kurang satu beban. The power of ukhuwwah! Fuhh~ Sometimes saya rasa, dengan berkongsi tu je dah boleh selesaikan satu masalah. Bila cerita tu, dah tahu je jawapan yang orang akan beri, tapi when the words tu datang dari orang yang kita percayai, dia rasa lain. Sebenarnya, malas mahu bercerita tentang kesusahan diri, sebab dia macam analogi penonton stadium dan orang yang benar-benar bermain. Tak nak jadi penonton bola di stadium, bisingnya lebih, main nye tidak pun. Tapi, berkongsi masalah untuk menyelesaikan itu perlu. Sebab, bila bermasalah, kerja tak jalan. It's as simple as that.

Sebab tu, apa-apa masalah sila jangan pendam!
Bila pendam, mudah meletup kan?~

Dalam keletihan tu juga, saya rasa kurang membaca. Bacaan yang melembutkan hati.
Kurang cari ubat hati. (buka lagu opick-tombo ati)

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Simple je, tapi ini lah yang kurang dihayati. The word is MENGHAYATI. Sebab kadang-kadang bila hidup dalam suasana solehah, mudah nak lakukan perkara-perkara di atas (ye, memang mudah), but at one point ia hanya menjadi rutin dan penghayatan jadi sangat kurang. Maka yang akan rugi hanyalah diri sendiri, amalan nampaknya seperti gunung, tapi nilaiannya seperti debu-debu. Sedihnya.

So, i make it a point untuk tidak membiarkan kehuru-haraan menghuru-harakan saya. (berapa kali dah tulis huru-hara dalam post ni)

Banyak kerja nak kena selesaikan. Susun-susun, delegate-delegate, buat satu persatu, alhamdulillah it becomes very smooth.. Cuba bayangkan macam dalam movie, suasana huru-hara (huru-hara lagi), petir sabung menyabung, gelap, then tiba-tiba pagi datang, matahari baru nak naik, dengar bunyi burung berkicau-kicauan, bunga pun mula nak berputik, angin pun sepoi2 bahasa. Boleh bayang tak? Seriously, itulah apa yang saya rasa. 

Dan tak lupa juga hobi lama yang saya tak buat which is blog walking. Itu antara aktiviti yang saya suka sebab it's like kita boleh terima taujih from all over the world. From various people, from all walks of life. Mencari hikmah dari setiap kejadian hidup manusia. Syukur Allah beri mereka the power to touch people just by their writing. Buat kita rasa yang masalah yang kita hadapai ni ciput je. Masalah orang lain lagi besar. Ya Allah, aku mengadu hanya kerana keletihan, sedangkan manusia lain mengadu kerana tidak mampu untuk even nak teruskan hidup untuk esok hari. Dengan mengingati segala nikmat yang still kita kecapi hari ini, dah patut buat kita rasa insaf dan rasa diri ni tidak berguna kerana tak guna nikmat tu sebaiknya. Wah, masuk balik point udara tadi, dan nikmat buah pinggang tadi. 

Maknanya, sampai ke hujung sudah post kali ni. Alhamdulillah selesai sudah satu perkara lagi untuk minggu ni.

Harapnya coretan tidak bermakna ni menjadikan yang membaca juga merasakan yang kesempitan hidup tu bukan anda seorang yang rasa, kita semua merasainya, cuma cara kita handle kehuru-haraan kita yang membezakan kita dengan manusia lain. Dengan siapa kita memohon harap, kerana mahu atau tidak, Allah lah sebaik-baik penolong. 

Last but not least, share sikit quotation yang motivate saya these past few days insyaAllah :-

"Biarlah badan keletihan menunaikan amanah, kerana di atas keletihan itu, kita akan berjumpa ikatan yang menghubungkan kita dengan Tuhan" - quote

"Apabila sesuatu itu memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Maka, bersabarlah dengan sabar yang baik" - inspirasi dr surah Al-Maarij

"Teruslah bergerak hingga keletihan penat mengikuti kita, teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemani kita" - petikan dari sajak tulisan ustaz rahmat abdullah