Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Belajar memakai hijab

Dengan nikmat tangan menulis itu mudah. Dengan nikmat mulut bercakap itu juga mudah.
Tetapi menulis tentang apa? Bercakap tentang apa?
Berjuta jenis penulisan boleh didapati di alam maya : tentang diri, makanan, perjalanan, pakaian dan sebagainya. Tetapi penulisan yang sering diikuti adalah blog yang menceritakan perihal diri. Kerana manusia rata-rata memang suka menjaga tepi kain orang. Dan sebahagian manusia lain pula suka menarik perhatian dengan menulis tentang diri dan perjalanan hidup seharian mereka.
Pernah ada 'seseorang' yang berziarah ke Moscow yang memesan agar perjalanan hidup itu dirakamkan. Kerana pengalaman adalah guru terbaik yang membina diri. Jatuh dan bangun. Sedih dan gembira. Susah dan senang. Asam garam hidup yang mematangkan diri.
Tetapi perasaan, emosi, tingkah laku dan kata-kata yang dilakukan sebagai respon menghadapi sesuatu situasi menggambarkan jelas kepada dunia siapa diri kita. Maka hilanglah misteri perempuan di situ. Umum akan mengetahui pemikiran…
TaatHadiah buat satu kesyukuran di atas kasih sayang, kebesaran, kemuliaan, perhatian dan kelayakan.
For all that, obedience is absolutely in order.
Atas kejahilan tentang kasih sayang, kebesaran dan segala kesempurnaan yang lain, ketaatan sukar dijalankan.
Sukar untuk taat jika tak tahu kenapa perlu menaati sukar untuk taat jika rasa tak layak untuk ditaati sukar untuk taat jika tidak merasai kasih sayang sukar untuk taat jika tidak merasai kebesaran sukar untuk taat jika tidak mendapat perhatian
dan kerana itu kita harus belajar tentang kasih sayang, kebesaran, kemuliaan,etc. sifat-sifat yang ada pada yang perlu ditaati.

sifat yang wajib ada pada Yang Maha Disembah.
Di bumi, Allah menurunkan makhluk yang harus semua taati.
Ibu.
Makhluk yang Allah muliakan untuk ditaati. Mentaati ibu yang telah melahirkan. Mentaati ibu yang telah mengasuh. Mentaati ibu yang telah mendidik.
Tetapi kerana dia juga makhluk Allah Yang Allah ciptakan sebagai makhluk yang juga melakukan kesilapan
Jadi, mungkin, sukar untuk m…

Keazaman

Keazaman yang kuat bermula dari sejauh mana kita mahukan sesuatu hasil akhir.
Tapi kenapa kadang-kadang kita terlaaaaluuu mahukan hasil itu, tapi entahla keazaman tidak juga berapa kuat.
Mungkin kerana hasil akhir itu tidak berapa 'best' to begin with.
Atau mungkin kita tahu hasil itu hanya short lasting.
Atau mungkin perjalanan untuk mendapatkan hasil itu terlaaaluuu jauh, payah, dan urgghhh banyak tenaga akan kehabisan di sepanjang proses.
Atau mungkin niat untuk mendapatkan hasil itu salah. So keazaman pun mesti la tak berapa nak galak (semangat?). ye ke?
=(
Fikirkan yang ini pula.
Determination buat sesuatu yang salah tu selalunya kuat. Tak perlu nak susah-susah meng'push' diri. Laju je.
Tapi susah betul nak 'channel'kan amount energy yang sama untuk gerakkan diri buat perkara-perkara baik. kan? ke saya je rasa macam ni.
=(
Dalam konsep usaha dan result
'usaha sebagai push force' dan bukannya 'result sebagai pull force'
Islam sendiri adalah agama usaha, …