Friday, February 25, 2011

Gone is pain. Gone is fear. Gone is grief. Gone are tears


Poem on Jannah by Ammar Al-Shukry

Close your eyes and imagine this
Eternal bliss
Your every wish at your finger tips
and more;

Perched on a throne near a stream so serene and exquisite
A scene you've never seen
Yet you still dream of more;

Gone is pain
Gone is fear
Gone is grief
Gone are tears
Idle speech you shall never hear
and the prophets make up your social sphere
and more
the martyrs righteous and the truthful too
you are from them and they are from you
they hold tightly to what they know as true
and to join them you did too
there's more;

maidens chaste who restrain their gaze lost in a glance
for days and days
fun and frolic as a child plays
with the breath that leaves your lips is praise
of the one who gave you more

imagine you and your father which age is the same
imagine showing off your books with no shame
imagine nights with the sahabah with their stories to entertain
imagine Muhammad S.A.W knowing your name
what could be there more?

Gardens underneath which rivers flow
a goal so far and yet so close
a journey worth taking for those who know
tell me do you not wish to go, for more?

for all the bounties
for all the grace
for all the sights and the smells and the tastes
will be forgotten
without a trace
as if frozen in time and space
WHEN YOU SEE HIS FACE

what an excellent master of a misarable slave
you forgot and He forgave
He gave you guidance and you still strayed?
you asked for mercy that He gave
and more
and more
and more

Sunday, February 20, 2011

untitled

kerana hilangnya takut kepada Tuhan,
maka manusia bertindak sewenang-wenangnya.

Maka 'terbunuh'lah yang disekeliling berjuta2 lemonnn kali.

dan masih dalam ketakjuban bagaimana yang telah lama lagi terbunuh itu menengadah dirinya dalam posisi yang mungkin akan terbunuh lagi. kekuatan hanya dari Allah. pertolongan hanya dari Allah. dan ketakutan hanya kepada Allah.

maka ingatan untuk diri.
takutkan Tuhan sentiasa, agar tidak ada yang 'terbunuh' di tangan ini. kerana setiap hati yang berkecai, setiap darah yang terpalit akan menuntut haknya di akhirat kelak.



kerana hilangnya takut kepada Tuhan.
kerana hilangnya takut kepada Tuhan.
kerana hilangnya takut kepada Tuhan.

Ya Allah.

Wednesday, February 9, 2011

totally different

salam wbt.

bismillah.

hari ni sekolah mula. semester baru. semangat? insyaAllah baru. tapi ada satuuuuu je yang saya memang harap2 dapat accomplish semester ni. kiranya tak mahu letak banyak goal yang sendiri pun tahu takkan tercapai. so setting it a bit lower, but top priority and crucial to be completed. sebab every time pun selalu fail bab yang satu ni. sebab tu Allah suruh lalui lagi, sebab masih tak setel, ye tak?

apa dia goal nye? biar Allah saja yang tahu..

berbalik kepada hutang-hutang cerita musafir saya.

hari ni seorang sahabat baik bercerita kepada saya tentang winter trip nye yang berakhir agak kurang senang. tak perlu kita cerita detail2 di sini sebab rasanya banyak masalah dalam bermusafir ni selalunya dari misscommunication and ketidaksefahaman dari segi priority and minat. and lagi satu sebab amanah la kan. mana boleh cerita benda yang orang beritahu pada kita. =)

kan dah kata Jaulah itu bala.

mari cerita sikit tentang trip saya. berserta asam garamnye ye.
1st trip ke turkey berjalan sangat lancar. rasa macam tak betul pun ada. sebab sepanjang trip, takde kena tipu, takde misscommunication error antara ahli-ahli trip. duit pun tak lari. apa yang nak dapat alhamdulillah accomplished. seriously, memang lancar. buatkan saya wonder, what does He has in store for me? sampailah ke saat terakhir nak pulang.

masalahnya pada tiket pulang semula ke moscow. dipendekkan cerita, after bergerak dari counter ke counter bersama beg yang teramat lah beratnya (kenapa lah trolley nye tak jumpa2??), tiket kami ditukar ke petang hari yang sama tapi dari airport yang berlainan. yang sepatutnya dari Sabiha Gokcen ke Attarturk airport.

So nothing major la kan.

masuk cerita 2nd trip. ini banyak drama external pula.
mula dari awal. penerbangan kami ke ke cairo bertolak pada jam 4.00 ptg. setengah jam selepas itu, airport yang kami bertolak tadi di bom. jejak saja kaki di cairo, seorang adik dicontact kawannya sebeb ingat kami affected. syukur alhamdulillah kami tak apa2.

sepanjang di jordan kami diurus dengan SANGAT BEST AND PERFECTNYA! oleh sisters2 jordan yang hanya Allah saja yang tahu betapa sampai saat ini saya masih merindui mereka.

2 hari di syria pula penuh dengan penipuan pakcik2 teksi. buat saya kesal kerana mereka masyarakat muslim. di russia, saya selalu dapat free teksi kalau orang tu muslim. mereka bangga ada lagi muslim seperti mereka. mungkin bila kita asing, lagi kita izzah dengan agama kita.

perjalanan pulang agak kekusutan juga. rata2 kerana egyptian revolution yang masih berlaku sehingga ke hari ini. flight kami yang sepatutnya berlepas ke cairo jam 5.20 pg dibatal. so connecting flight to moscow at 7.00 akan terlepas. dalam keadaan mengantuk dan counter tak bukak lagi, dan dihalau pakcik bas yang kami sewa, mulalah sesi2 merehatkan diri di kerusi2 dan surau airport. selepas bersyura paginya, kami buat keputusan tak nak menempuh cairo. batalkan saja return ticket egypt air ke cairo. dan beli tiket baru. semua pun keluarkan every last jordanian dinar yang ada dalam wallet dan dari atm. nasib baik tarikh 1 february, duit elaun dah masuk. tiket pulak melambung tinggi, mengambil kesepatan perkara yang sedang terjadi. takpe, duit tu bukan untuk kita lah maknanya. tapi, merasa lah naik royal jordanian yang tak pernah terfikir akan naik tu kan?

tapi all in all, semua ini buatkan perjalanan saya lebih manis. and buatkan saya sayang ahli-ahli perjalanan saya lebih. sebab dalam time in needs and dalam keadaan susah, kita akan show our true colours kan? dan ternyata mereka adalah orang yang hebat. baik dari adik2 sehingga lah ke kakak2. alhamdulillah.


so kesimpulan post kali ini. kita berbeza. walaupun kita sama2 bermusafir, end result kita berbeza walaupun onak dan duri kita sama. kerana pergantungan kita terhadap Allah akan buat semuanya terasa mudah dan punyai hikmah. dan akhirnya kita mampu tersenyum instead of berduka cita.

nampak tak kenapa Jaulah itu Bala. Apabila kita keluar berjaulah, maka automatic kita keluar dari comfort zone, which means kita terdedah dengan segala bahaya dan ancaman. tak kiralah physical harm or mental and emotional harm. bala lah tu kan? tetapi orang2 yang dapat menempuhinya insyaAllah hebat. but bear in mind yang perjalanan itu yang mencari redha Allah. sebab itu lah Nabi S.A.W pun ucap di dalam hadisnya yang berjaulah(bermusafir) bagi umatku adalah jihad.

semoga kita tergolong dalam golongan yang musafirnya setimpal dengan jihad. ameen

Sunday, February 6, 2011

Jaulah itu Bala

bismillah

= )

alhamdulillah.
tahun ni Allah bagi kesempatan saya menjelajah bumiNya ke turkey-jordan-syria.
syukur.syukur.syukur.

pada awalnya saya tak mahu blog ni bersifat personal, which is penuh dengan catatan peribadi.
tapi hari tu ada orang pesan yang apa yang berlaku pada diri harus dicatat sebab katanya manusia tanpa memory is like animal.
but of course apa yang bersifat personal itu akan tetap menjadi personal dan bukan dipertonton buat tatapan umum.

tapi saya rasa sangat rugi sekiranya tak berkongsi apa saya lihat, apa saya rasa dan apa saya faham dengan hati insyaAllah sewaktu bermusafir tempoh hari.

ceritanya panjang tapi in short, this is what i felt :-

turkey - buat saya izzah dengan Islam yang pernah sangat hebat ketamadunannya di zaman Turki Uthmaniyyah dahulu. buat saya rasa hina juga sebab tempat ini menjadi milik Islam bukan mudah. asasnya adalah tarbiyah si penakluk yang bukan calang2. tahajudnya yang tak pernah tinggal sejak baligh. masyaAllah. dan bertemankan hakikat yang dia bukan sahabat Rasulullah. sama sahaja dia dengan kita. tapi, dirinya hebat, rakyatnya hebat, tenteranya hebat. kita? jadi apa lagi alasan kita untuk tidak hebat seperti dia. teruk kan kita?

jordan + syria - buat saya terlebih2 suka sebab sangat dekat dengan Rasulullah, sebab sahabat2nya menjejak bumi yang sama. dan buat saya bertambah2 geram sebab Palestin itu hanya di depan mata. So near yet so far. and plus, high dengan sisters jordan (mode : post-jaulah syndrome) Hebatnya mereka itu!

sepanjang perjalanan di tanah asing itu, saya ada juga bertegur sapa dengan mereka yang bermusafir ke sana juga.
baru saya realize betapa berbezanya sesuatu yang sama dilihat dengan kaca mata berbeza.
syukur Allah beri saya peluang untuk melihat dari kaca mata ini.

mungkin mereka melihat gunung itu sebuah struktur alam yang indah nan hijau. dan kemudian diambil-ambil gambar bersamanya. supaya boleh dipertonton kepada sanak saudara yang 'i've been there'.

tapi apabila kita melihat gunung adakah kita terfikir gunung yang sebesar-besar, se gah itu pun boleh tunduk terpecah belah sekiranya diturunkan Al-Quran kepadanya. (59 : 21). betapa manusia ini sangat kurang takutnya kepada Allah. dan betapa sekiranya manusia tidak memahami fungsi gunung dan bukit-bukit sebagai pasak-pasak di bumi maka rosaklah bumi. sekiranya dikacau pasak-pasak ini maka bergoncanglah bumi. hence, all the earthquakes and tanah runtuh due to tarahan bukit yang tak mengenal henti.

hanya dengan memahami, baru kita dapat 'melihat'.

allahualam.

p.s : kenapa tajuknya Jaulah itu Bala? lain kali lah explain~