Thursday, October 26, 2017

Gratitude Journal #1 - How did I get so lucky?

I hate being oncall. No matter how calm it is, you just have to be ready with your phone at all time. And even though you can brag about having 6 hour of sleep, you know very well that the 6 hour consists of you waking up every half an hour looking at your phone just in case you missed a call.

Then the next uncool thing about being oncall is the postcall part - sleepyhead. Today, I took the kids a bit earlier from their babysitter and brought Yusuf for his 5 month vaccination. Then we head back home at 4pm.

I was yawning all the way home. Upon reaching home, I had a million list of things to do running in my head. Asar prayer. Evening breast pumping session. Washing + sterilizing ebm bottles. Folding up clothes. Packing bag for oncall again tomorrow, haih. Packing bag to go back to KL this weekend. Cook for dinner. Hand washing my tudung. Bathing the kids and putting them up in their pyjamas. Mr husband is going for his night shift in a few hours.... and the list goes on and on. And as the list goes on , I need to prioritize which one to do first. But my body just couldn't handle it. So, I said "abi, can I just get a 10 minute sleep?"

And to that he replied "Rehat je la dulu ayang, jangan fikir kerja rumah, kerja rumah takkan pernah habis. Abi tengok anak-anak"

When I wake up half an hour later, I have spaghetti carbonara ready on the dinner table. The ebm bottles are sterilized and on the drying rack. My 2 litre water bottle that I bring to work daily has been refilled. 'Ayyan who has just pooped has been cleaned too. The kids dirty clothes are already in the laundry bucket.

And you know what, half of the weight on my shoulder felt lifted!

He just won my heart again with his kindness.

I know some of you will feel that it's nothing much. But I have trained myself to look at all these little things and feel grateful for it. Before getting married, I just put at the back of my mind that I might get the worst kind of husband - the one who will never do the house chores. The one who will never say thanks. The one who will never play with the kids. The one who will never look after the kids. The one who will leave his dirty clothes on the floor for me to pick up. Because you will never really know someone until you have lived under the same roof with him. It is easier to have low expectation and be happy when it's not bad than having high expectation and getting frustrated when your expectation is not met.

So when my husband does all of the above things, I will instantly feel happy and grateful. And of course I said thanks to him so many times this evening. Upon sitting down at the dinner table. After finishing up his delicious carbonara. He even offered to wash the dishes after that. And again I thanked him.

I am not telling you this because I have the perfect husband. No. Actually I don't have the perfect husband. Because I am not perfect either. It's not about life being perfect and easy for me. It's about just choosing to be HAPPY and GRATEFUL no matter what.

I am writing this down, because I know somehow along the way, we will get caught up in the busy-ness of our working schedule, doing the never ending house chores, playing with the kids, having misunderstanding with each other; and I am afraid we will forget all the nice things we have done for each other.

Women, especially, will tend to get their emotion get the better of their rationale. And in the midst of the fight, you will see nothing but only the bad side of your other half. And we don't want to get to that don't we?

Take home message today, CHOOSE to be HAPPY and GRATEFUL! And be generous with saying THANK YOU to your partner. Never underestimate the power of just saying thank you. Sometimes at the hospital, when I am tired of seeing patient after patient, then along came a patient who said " thank you doctor", all of the tiredness just gone like that. And the best thing is, it's free!

So, thank you for reading =)







Tuesday, August 15, 2017

Down with fever




Since he was a baby, 'Ayyan would only get sick maybe once or twice a year. The first being when he was around 6-7 months old if I am not mistaken. And not once warded for being sick so far, alhamdulillah.


Last Sunday, he started vomiting from 5 am. He vomited 8-9 times the whole day, it was heartbreaking to watch. He refuses to eat in between and drinking minimally. Only at night he started eating some apples and bread. And it doesn't help much him being a picky eater. Then fever started to kick in at night.

The next day he woke up with high fever, cough and runny nose. He refuses to eat his meals and medicine most of the time. Giving him medications sounds like we were torturing him. His abi will hold him tightly, and i need to pinch his nose to make him open his mouth and gulp down his meds. 

Of course, throughout his 6 days of fever, he became extra clingy. Thank god we were at mama's house, so he was more clingy to Uyah than me. He hates me because I made him drink all those meds. Hehe. 

I remembered we had these sachets of Teraflu that we can buy from Apoteka (pharmacy) in Russia everytime we had  flu. Just drink one to two sachets and you will feel much better. Do we have something similar in Malaysia? Hmm.

On saturday night, he was back to his usual self. How did I know? Because he has started jumping from the top of the sofa down to the carpet. And singing 5 little monkeys jumping on the bed. 

Unfortunately, once 'Ayyan recovers, Yusuf fell sick. It is so heartbreaking to see a 2 month old baby coughing terribly. And how he can't sleep at night because he can't get his snorts out. Had to put him on my chest while I sit on my bed, only then he can sleep better. Oh my poor boy. Please heal fast, okay sayang?


Thursday, July 13, 2017

Assalamualaikum Yusuf Aydan :)

Assalamualaikum wrt.

Day 1 of life


Yusuf Aydan bin Mohd Nadzrul Shah.

Dah hampir dua bulan umur anak lelaki kedua abi dan ummi. Alhamdulillah setakat ni kedua-dua ummi dan baby sihat dan telah selamat lepas tempoh berpantang.

Ummi saja nak catatkan kisah kelahiran Yusuf di sini. Supaya ummi sentiasa ingat dan boleh baca semula bila-bila.

Merancang itu kerja kita, mengizinkan itu kerja Allah.

Yusuf Aydan datang memang dirancang. Abang ‘Ayyan dah nak hampir 2 tahun umurnya. Memang dah sesuai untuk tambah ahli keluarga. Pada masa yang sama abang ummi , Farris merancang nak kahwin bulan 7, 2017. Bila dah kerja jadi doktor ni, cuti susah sikit nak dapat. Nak ambil cuti banyak pulak tu, kenduri belah perempuan, kenduri belah lelaki. Jadi ummi plan supaya cuti bersalin 3 bulan tu jatuh pada bulan sekitar Julai 2017.


Bila ummi kira-kira, ummi kena conceive dalam bulan 8 atau 9 2016. Jadi dalam bulan 6 ummi dah bukak implanon. Ummi teringat pesan MO OnG ummi di UM dulu, kena ada satu normal period dulu before plan to conceive. So bukak bulan 6, ada LMP bulan 7, then dah boleh start merancang. Selain tu, ummi dah start makan Folic Acid dari bulan 5 lagi.

Kenapa ummi cerita semua ni? Macam tak sesuai je nak cerita ye. Sebenarnya, supaya masyarakat tak segan untuk berbincang tentang family planning. Sebab anak ni amanah Allah. Nama pun amanah, jadi mesti rancang dengan sebaiknya. Again, kita merancang, Allah yang tentukan. Kita plan nak conceive bulan 8, tapi Allah jugak yang akan izinkan bila yang sesuai. Yang penting, bila ianya terjadi, kita dalam keadaan bersedia, emosi dan kesihatan. Ingat ye, Folic Acid sepatutnya makan 3 bulan sebelum persenyawaan, bukan bila baby dah ada baru nak makan. Jadi yang belum kahwin tu pun, dah boleh bincang dengan bakal suami bila plan nak ada anak.  Kalau lepas kahwin plan nak terus mengandung, means sebelum kahwin lagi dah start makan Folic Acid. Okey?

Jadi Alhamdulillah, nampaknya perancangan Allah selari dengan apa yang abi ummi plan, Yusuf hadir dalam kandungan ummi bulan 8 2016. Dan Yusuf dijangka lahir 3 Jun 2017.

I love milk!! 

Mengandungkan Yusuf Aydan


Masa Yusuf dalam perut ummi, semuanya rasa seperti mengandungkan abang ‘Ayyan. Tiada morning sickness, alhamdulillah. Makan jangan cakap, memang nak makan je. Cuma ummi perasan ummi suka makan roti canai dan Domino’s pizza. Haha, memang tak sihat. Roti canai tu almost everyday kalau boleh nak makan. Sampai ada geng makan roti canai. Hari-hari habiskan ward round dan discharge pesakit cepat-cepat supaya boleh pergi makan roti canai. Letih pun kurang sikit kali ni sebab bukan houseman kot, tak banyak kerja macam houseman, tak banyak kena berjalan macam houseman. Tapi oncall tetap penat, mentally more than physically. Hari postcall mesti ummi buat round duduk depan parents and patient. Mesti minta maaf depan parents sebab tak larat nak berdiri. Nasib baik parents memahami. Oh, masa ni ummi kerja di wad kanak-kanak.

Persiapan kelahiran Yusuf Aydan

Tak banyak barang yang ummi beli, sebab barang abang ‘Ayyan semua elok lagi. Stroller, newborn carrier, breastpump, breastmilk storage bottle, bengkung baby, tempat mandi semua elok lagi. Baju je banyak tak berapa nak comel dah keadaannya. Ummi perasan baju yang beli kat mothercare je tak worn out lagi walaupun dulu ummi selalu pakaikan abang ‘Ayyan baju-baju tu. So ummi decide nak belikan baju elok untuk anak ummi. Biar mahal sikit tapi tahan lama. Tapi nasib baik ummi tak proceed beli awal-awal. Kawan ummi kata beli baju baby dari NEXT uk. Shipping fee free kalau beli more than rm200. Kualiti baju macam mothercare but for a much lesser price. In fact ummi rasa lagi murah dari anakku. Ummi bayar rm400 untuk 20 set baju. So satu set macam rm20 je. Anakku pun satu set rm25. Next time boleh beli lagi, dah la cantik-cantik baju dia. Hehe.

Perkara paling penting nak difikirkan untuk menerima Yusuf Aydan adalah tempat kelahiran. Memandangkan lahirkan abang ‘Ayyan dulu sangat-sangat cepat prosesnya, abi dan ummi decide faktor terpenting pemilihan tempat lahir adalah jarak paling dekat dengan rumah. By the time Yusuf lahir, ummi dan abi kedua-duanya akan bekerja di IIUMMC dan duduk di Kotasas. Jadi hospital terdekat tentulah IIUMMC. Tapi, wad bersalin belum dibuka (hospital baru), so next pilihan yang ada adalah di Kuantan Medical Centre. Telan air liur jugakla bila abi ummi fikir tentang caj hospital swasta. Tapi ummi rasa HTAA tu sangatlah jauh ketika sakit tu dah datang nanti. Huhu tak boleh bayangkan.

So abi ummi start saving and tak belanja banyak dulu masuk rumah baru. Beli yang penting-penting je untuk tetamu nak datang. Simpan duit manalah tahu kena emergency c-sect. Mau paling kurang rm6000. Masa Yusuf nak dekat lahir baru ummi tahu staf IIUM boleh guna GL IIUM di KMC. So half the cost dicover oleh IIUM. Syukur =). Jujurnya, keselesaan bukanlah faktor utama pemilihan hospital. Sebagai staf kesihatan, abi ummi tahu hospital besar kerajaan lah pilihan paling selamat berdasarkan kepakaran yang ada setiap masa, dan juga kemudahan NICU sekiranya berlaku apa-apa pada baby Yusuf. Tapi abi ummi tahu kami kena pilih jarak yang dekat sekali dengan rumah.

So pada umur kandungan 36 minggu, ummi booking di KMC. Masa di pendaftaran, staf tanya nak booking dengan doktor mana, ummi tanya balik pada dia, rumah doktor OnG mana yang paling dekat dengan KMC? Haha. Staf tu manalah nak tau kan. So diorang cadangkan Dr.Anna Liza. Ummi abi setuju je siapa-siapa pun.

Dah habis pantang. Jom teman abang 'Ayyan main playground!

Penantian

Abang ‘Ayyan dulu keluar melihat dunia pada usia kandungan 38 minggu. Jadi ummi expect yang Yusuf pun mesti tak sampai due date punya. Masa 37 minggu ummi dah excited dah nak jumpa Yusuf. Tambahan lagi ummi pun dah mengah sangat berjalan, tidur pun tak jumpa dah posisi yang selesa. Tapi masuk 38 minggu Yusuf tak juga keluar-keluar. Sepanjang minggu tu ummi stress. Bila masuk hari Sabtu 1 Ramadhan, kandungan 39 minggu, ummi dah pasrah dah. Relax je lah, malas nak fikir dah bila baby nak keluar. So pagi tu ummi bangun sahur dengan abi. Pukul 8 abi kerja AM shift. Ummi duduk rumah dengan abang ‘Ayyan. Tengahhari tu ummi projekkan kepala abang ‘Ayyan masa dia tidur sebab dah panjang sangat rambutnya. Ummi kena buat perlahan-lahan sebab abang ‘Ayyan tak suka potong rambut. So selesai side kanan, masa ummi nak pusingkan kepala abang ‘Ayyan, dia bergerak, so ummi cepat-cepat stop. Tepuk-tepuk dia nak bagi tidur balik sampai la ummi pun tertidur sekali.

With atok and tok ummi and fawwaz and abang 'Ayyan

Kelahiran Yusuf

Tepat jam 2 petang, tiba-tiba ummi rasa air mengalir kat celah paha. Ummi ingat ummi terkencing sebab ummi memang selalu nak buang air kecik bila Yusuf dah makin membesar dalam perut ummi. Tapi rasanya lain macam, ummi tahan tapi dia mengalir banyak. Warnanye jernih so ummi rasa ummi dah leaking. Ummi terkedu sekejap kat atas katil. Yusuf nak keluar dah ke? Perut ummi tiada rasa sakit lagi. So ummi telefon abi dan tanya orang shif petang dah datang ke? Waktu ni ED IIUM ada dua shif je : pagi dan petang. Orang pagi balik jam 3 dan orang petang datang jam 2. So ada overlap 1 jam. So dengan tenangnya ummi beritahu abi, air ketuban dah keluar tapi ummi tak sakit apa-apa lagi. Jadi ummi mintak abi balik awal lepas dah beritahu colleague.

Dalam perjalanan balik abi telefon tokma dan tokabah mintak datang ke kuantan temankan ‘Ayyan di rumah. Abi sampai rumah dalam pukul 2.30ptg. Kami bersiap dan solat zohor. Ummi dah mula rasa sakit sikit. Ada small contraction once in 10 minutes. By the time tokma tok abah sampai rumah kita, dah dekat pukul 3.15 – 3.30 macam tu. Tokma suruh ummi bukak puasa sebab muka ummi dah merah-merah walaupun ummi tak rasa sakit sangat. Ummi turutkan je. Ummi asalnya plan nak cek dulu bukaan kat hospital, kalau masih kecil nak teruskan dulu puasa.

Abi ummi terus ke KMC. Sampai dalam pukul 3.40ptg. Abi nak drop ummi kat lobi supaya ummi tak payah jalan banyak. Ummi taknak. Ummi nak buat macam orang Russia, kena banyak berjalan. Siap masa dah 10 cm pun kena jalan pergi delivery suit sendiri supaya mudah bersalin. So abi dan ummi jalan pimpin tangan dari tempat parking sampai ke PAC. CTG cantik, bukaan dalam 2-3cm. Jadi jam 4.20 ptg ummi dimasukkan dulu ke wad. Masa ni contraction tak kuat sangat lagi. 2-3 contraction dalam 10 minit. Masuk je wad duduk atas katil. Azan asar pun berkumandang. Masa ni sakit makin kuat. Ummi cakap kat abi nak solat siap-siap takut sakit makin kuat. Ummi dah mula tak larat nak berdiri. Ambil air sembahyang pun atas kerusi je, abi curah air dari botol. Ambil masa lama jugak la sebab contraction datang cepat sangat. Tak sempat ummi nak rehat. Lepas solat, ummi struggle nak naik katil. Jam dah pukul 5 lebih. Baru satu jam ummi fikir. Takkan bukaan dah berubah banyak. Tapi abi kata nampak sakit sangat, nak panggil nurse. Walaupun baru sangat masuk wad, ummi kata panggil je la, harap-harap diorang tak rasa ummi mengada-ngada sebab baru sejam lepas cek bukaan. Masa abi nak keluar, tiba-tiba Dr.Anna datang. Ya Allah, syukurnya rasa waktu tu, doktor dah sampai! Dia tengok muka ummi sakit sangat, dia terus buat VE. Dah 6 cm, dia kata ummi dah boleh pindah ke delivery room. Masa atas wheelchair tu ummi sakit sangat, ummi baca selawat “La ila ha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zhalimin”.

Sampai delivery room, nurse tukarkan baju dan pindahkan naik katil. Diorang siap remind step-step nak bersalin. Breathing technique. Ummi pegang tangan abi. Nurse tanya nak pakai Entonox tak? Ummi kata boleh jugak. Tapi belum sempat pakai, ummi jerit kata boleh tak saya nak teran je. Dr.Anna kata boleh nak cuba.
So semua orang pun get in position, bila datang contraction je ummi start push. Alhamdulillah bukaan makin besar, dan after 2-3 push Yusuf pun lahir ke dunia pada jam 5.37 petang. Subhanallah. Ummi peluk Yusuf kat dada ummi.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Abi dan ummi berserah je pada Allah apapun perjalanan kelahiran Yusuf. Abang ‘Ayyan dulu lahir mudah, tak semestinya kali ni pun akan mudah. Malam-malam sebelum tidur ummi selalu minta maaf dosa ummi pada abi. Dalam perjalanan ke hospital pun, ummi message tok mama, atok dan tok ummi ampunkan dosa anak diorang ni. Kalau tak kerana sifat pemaaf semua insan ni, mungkin ummi tak dapat merasa bersalin mudah. Kerana sesungguhnya ummi memang banyak dosa pada mereka semua. Again, ini tidak bermaksud kalau proses bersalin sedikit sukar maknanya kita banyak dosa dan orang tak ampunkan kita. Semuanya atas izin Allah jugak. Allah tahu ummi tak akan mampu tanggung sakit lama-lama, jadi Allah bagi mudah.

Kali ni sempat la ummi bersalin di delivery room dan dengan kehadiran doktor. Dulu abang ‘Ayyan sempat sampai PAC dan abi je yang sambut. Walaupun technically abi pun doktor. Haha.

Tokma punya instinct pun tepat. Dia tahu mesti tak lama dah ummi nak bersalin. Jadi lepas solat asar, tokma dan family mertua terus keluar dari rumah kotasas dan pergi beli makanan berbuka. Masa abi call diorang, diorang dah pun dalam perjalanan ke hospital.

Abang ‘Ayyan dengan rambut potong sebelah je (haha) datang masuk bilik hospital. Tapi dia taknak pandang pun baby Yusuf. Mungkin dia pelik kenapa semua orang suruh dia tengok baby? Tapi itu 2-3 hari pertama je. Sekarang bangun pagi-pagi je nak cium kepala baby. Bagi ‘cuk’ (selimut favourite) dia kat baby. Abi ummi solat, dia yang goyangkan rocker baby kalau baby menangis.

Jadi itulah dia kisah kelahiran bayi Ramadhan ummi, Yusuf Aydan bin Mohd Nadzrul Shah.

Yusuf = nama nabi Yusuf
Aydan = cerdas

Moga Yusuf Aydan membesar menjadi setabah nabi Yusuf dan menjadi seorang yang cerdas.

Nadhirah Fauzi
Jumaat, 14 July 2017

12.50pm

The four of us 💝

Wednesday, May 10, 2017

Puting bayi / pacifier - bagus atau tidak ?

Bismillah. 

* post ni panjang ye – warning awal-awal *

Pagi tadi semasa scroll di facebook, ada rakan share article keibubapaan bertajuk : Don’t Fight It, Just Give ‘Em The Damn Pacifier. It’ll Be Fine.

Semua orang akan, atau pernah merasai menjadi first time parent. Saya ingat lagi perasaan sebelum dan sejurus selepas mendapat bayi pertama. Rasa bimbang dan takut macam mana nak didik anak amanah Allah. Semua orang mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Buku demi buku, artikel demi artikel ditulis untuk menjadi panduan ibu bapa mendidik / mengasuh anak.

Saya sendiri pernah menyimpan impian atau pernah berprinsip macam-macam tentang bagaimana hendak membesarkan anak. Kalau boleh tak nak ajar anak pakai puting, nak anak pandai mengenal huruf atau membaca atau mengaji seawal yang mungkin, tak nak expose anak pada gadget, anak mesti duduk dalam car seat sejak dari lahir dan macam-macam lagi. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak kita.

But as time goes by, kita akan sedar yang ianya tak semudah itu. Setiap anak berbeza, setiap ibu bapa berbeza, setiap keadaan berbeza. Bila satu-satu impian itu gagal, kita akan berfikir terlalu banyak, cuba melawan keadaan dan akhirnya stress terlebih. Dengan masa, saya belajar yang it doesn’t have to be perfect. Learn to let go. Apa yang paling penting buat saya adalah kesihatan, kegembiraan dan keselamatan anak. Itu yang paling utama.

Setiap orang ada struggle mereka masing-masing. Biar saya cerita kisah saya.

1.         Tak nak anak berputing (pacifier)

Sebelum anak lahir, saya dah rancang tak nak anak berputing. Dulu waktu kecil, saya memakai puting, akhirnya gigi menjadi sedikit jongang dan pada usia remaja dipakaikan braces supaya gigi lebih rapi kedudukannya. Jadi, saya tak nak anak memakai puting supaya kesihatan giginya terjaga. Keduanya, tak nak anak dependent pada puting, nanti kalau tertinggal puting di rumah, tak ke naya nak hadap baby meraung-raung.

Tapi, sebelum anak lahir, mama belikan dua puting. Katanya buat standby je. Lagipun sekarang dah ada puting yang orthodontik. Means elak gigi jongang. Marah ke waktu tu? Tak. Buat chill je. Biar la benda tu nak ada pun, kalau kita tak nak pakai biar je la kan. Tak guna bergaduh mulut dengan mak sendiri kan. Lagipun masa tu dia yang belikan, tak pakai duit kita pun.

Sepanjang cuti berpantang langsung tak pakaikan puting. Tapi ada masa rasa nak bagi je puting tu. Sebab kadang tu, anak nak direct feed almost sejam. Penat sangat. Actually dia feed kejap je, rasanya selebih tu lebih kepada comfort nursing. Bila kita lepas je, dia terjaga and nangis balik. Time pantang tu rasa stressssss sangat kenapa la budak ni lama sangat nak menyusu. Tapi bila pujuk diri, time ni je la ada banyak masa dengan baby, teruskan je la.

Alkisahnya, time dah hantar anak ke pengasuh , pengasuh yang startkan puting pada baby ‘Ayyan. Time tu sedih jugak, tapi kami pilih untuk redha je sebab fikir asal baby sihat and selamat dengan pengasuh, malas nak bergaduh dengan pengasuh. Kami pun rasa benefit pada kami juga sebab baby tidur lama sikit. Time ni dua-dua orang kerja. Saya masih houseman. Suami pula MO klinik kesihatan di negeri sembilan. Berulang hari-hari PJ-N9. Jadi, masa untuk rehat tu sangat precious. Bila ‘ayyan makin besar , kadang-kadang muncul kerisauan bila dia akan stop berputing. Sebab pernah nampak ada budak dah umur 6 tahun pun tak mahu berenggang puting.

Alhamdulillah masa umur ‘Ayyan dua tahun 6 bulan, pada ketika dia dah mula memahami simple command, kami try je stop bagi puting. Dengan kerjasama pengasuh nya yang sekarang juga. Dua tiga hari kami kata puting hilang, takde. Mula-mula muka dia sedih and ada masa menangis dia sebelum tidur nakkan puting. Kami suami isteri buat stone je, dan keep on cakap, puting hilang. Bila dia dah penat menangis, dia tidur je pun. Tapi lepas 3-4 hari dia mula faham. Sampaikan masa dia bangun tidur, benda pertama dia cakap adalah “puting takde, puting hilang”.

See, sampai masanya nanti anak boleh diajar untuk stop puting. So, stop worrying and stressing yourself out.

2.         Nak anak pandai membaca / mengaji awal

Masa mengandung / berpantang tu banyak tengok video atau sharing orang di FB anak mereka pandai baca flashcard pada umur yang sangat awal. Rasa nak macam tu jugak untuk anak sendiri. Cuba jugak lah tunjuk flashcard pada anak masa umur dia 3-4 bulan, tapi lepas tu give up, sebab masa tu bukannya dia boleh bercakap pun. Haha. Tambah pulak lepas tu dah masuk kerja, jadi tak sempat la hari-hari nak curi masa tunjuk dia flashcard. Orang kata 10 minit setiap hari pun cukup. Realitinya susah nye nak cari masa 10 minit tu. Bila balik rumah je, nak siapkan makan malam, nak pump susu lagi, nak basuh breastfeeding equipment, nak prepare untuk kerja esoknya. Bila dah ada masa, anak pulak dah tidur.

Lepas tu dia makin membesar, dah pandai pegang buku bergambar sendiri. Time ni kita nak ajar dia, dia punya attention span pulak 2-3 saat je. Mencabar sungguh. Lama – lama sedar sendiri bahawa, apa la yang nak dikejarkan sangat anak tu nak pandai membaca. Nak buktikan pada siapa? Nak puaskan diri sendiri? Kalau itu definisi bahagia anda, then silakan.

Anak-anak ni milestone mereka berbeza. Ada yang speech nye lebih cepat, ada yang gross motor nya lebih cepat. Just as long as dia tak skip milestone and achieve milestone within the acceptable period of time dah cukup bagus. Macam ‘Ayyan sendiri, gross motor skill dia cepat. Berjalan melompat berlari dengan confident pada umur yang awal. Tapi to say meaningful 2-3 word sentences lambat sikit, tapi tak lah sampai speech delay. By the time umur 2 tahun beberapa bulan, time umrah, tiba-tiba perasan dia dah pandai A-Z, 1-10 (in english and malay), Alif –Ya and from there tiba-tiba dia banyak mulut. Ayat dia dah mula panjang .

So, let kids be kids. Biar dia enjoy childhood dia. Kita boleh assist and provide the necessaries, tanpa perlu memaksa dan meletak expectation. Just watchout perkembangan, and if let say ada developmental delay pun, accept it with open heart, seek help early and intervene as needed. Jangan denial and stress lama-lama. Everything has its solution, okay?

3.         No gadgets

Introducing anak pada gadget pada umur yang awal adalah memang tidak bagus. Tapi, saya pasti ramai yang struggle dalam perkara ni. Sebagai ibu bapa, memang kita boleh strict dan keraskan hati tak tunjuk gadget pada anak. Dalam kes saya, there are many times yang kami perlukan pertolongan orang lain untuk jagakan anak kita. Sebab saya ada oncall dan suami kadang-kadang perlu kerja pada hujung minggu. Jadi family terdekat yang banyak membantu tengokkan anak. Dan ramai memilih untuk tunjuk video you tube pada anak. Seronok tengok budak senyum and terhibur tengok video. Budak pun leka tengok. Kalau kita nak bertegas dengan family pun susah. Itu cara mereka nak entertain anak kita. Mereka dah tolong jagakan pun dah bersyukur banyak. Ingat, kita yang minta pertolongan daripada mereka. Kena belajar beralah. Again, pada saya yang penting anak kita selamat, tak patah riuk. Itu pun dah bersyukur banyak.

Having said that, kita kena bersedia anak akan tantrum bila tak dapat tengok video. Kita pun rasa senang sebenarnya time nak buat kerja, anak tak kacau. Tapi, apa limitnya and adakah kita patut biarkan saja? Pada saya tak ada strict rules. Bila anak ada dengan orang lain, biarkan saja cara mereka jaga anak saya. Bila anak ada dengan saya, saya akan ikut cara saya. For me TV is better than ipad or phone. Sebab sambil dia tengok video kat TV, dia boleh interact in physical way. Dia boleh tiru menari dan gaya. Kalau ipad dan phone, anak akan pegang gadget tersebut. Sudahla jaraknya dekat dengan mata. Tangan pula pegang gadget, langsung takde motor movement.

Sibukkan anak dengan permainan. Di rumah, saya simpan mainan ikut transparent boxes yang saya beli di Daiso / supermarket. Satu box untuk kereta. Satu box untuk lego. Satu box untuk permainan blocks dia. Dan seterusnya. Attention span anak-anak ni tak lama, dia cepat bosan. Jadi bawak keluar satu persatu, bila dia bosan main kereta, kita keluarkan lego pulak, sampai lah kita ran out of ideas and dia dah mengamuk sangat-sangat nakkan video baru bagi. Dan bila berkesempatan, try interact dengan anak sambil dia tengok video tu. Kalau video tu tengah ajar pasal colours, kita pun follow sebut colours tu, biar anak rasa kita pun ada sekali and anak ada belajar something from the videos.

Bila saya nak disiplinkan anak tentang gadgets? Bila dia dah boleh faham sebab dan akibat. In which lagi few years la kot. Bila dia boleh comprehend tentang disiplin. Bila saya boleh kenakan denda / timeout pada dia. Mungkin pada waktu tu saya akan limitkan gadget to 1 hour per week. Wallahualam.

4.         Car seat

Masa mengandung lagi, mama dah tekankan kepentingan car seat. Di negara barat, ia dah menjadi kewajipan. Tak boleh bawa bayi baru lahir pulang tanpa buktikan dah ada car seat. Akan ada mulut-mulut yang berkata, bazir je beli carseat, last-last anak tak nak duduk pun. Tapi dari baby dalam perut lagi saya dah berdoa, biarlah anak ni mahu duduk dalam car seat. Bila mana kami berdua bekerja sebagai doktor, kena terima hakikat yang akan banyak kali kena drive seorang. Kerja bukan office hour. Jadi kalau anak tak duduk dalam car seat, macam mana nak drive. Pernah saya naik kereta kawan yang tak introduce car seat pada anaknya. Anaknya semua tak nak pada orang lain. Jadi ada yang duduk atas riba dia sambil drive. Sangatlah tidak selamat. Budak kecil beratnya ringan, jadi bila brek mengejut dia akan terlambung lagi jauh daripada kita. Kalau terkena impact, dia akan terima lebih daripada kita yang dewasa ni. Jadi ini antara sebab yang buatkan saya betul-betul nak ajar duduk dalam car seat. Jadi dalam perjalanan pertama ‘Ayyan pulang dari hospital pun dia dah duduk dalam car seat. Alhamdulillah ‘Ayyan adalah budak yang baik dan suka duduk dalam car seat. Kalau masuk je dalam car seat, dia akan tidur. Nanti nak sampai destinasi yang dituju baru dia bangun. Pernah tak ‘Ayyan menangis minta dikeluarkan daripada car seat? Of course pernah. Apa yang kami buat? Pekakkan je telinga. Jangan marah atau kuatkan suara pada dia. Biar dia cry it out. Tak lama pun, nanti dia stop la menangis.

Cabaran saya hanyalah dalam memahamkan keluarga mertua tentang kepentingan car seat. Even sampai sekarang saya akan dapati mereka bawa ‘Ayyan tanpa letakkan ‘Ayyan dalam car seat. Macam-macam cara saya terangkan kena letak ‘Ayyan dalam car seat, tapi selalunya sekali je buat, lepas tu mereka tak guna car seat tu. Sedih memang sedih. Alhamdulillah sampai sekarang masih tiada apa-apa yang berlaku. Tapi saya tak mahu tunggu sampai perkara buruk terjadi, baru kita nak belajar dari kesilapan. Langkah saya hanya ingatkan bila ada peluang. Selalu kena cakap dengan lemah lembut “nanti nak bawa ‘Ayyan, letak dalam car seat ye”. Again, saya kena belajar menerima dan memaafkan kerana cara kita dibesarkan dan pengalaman masing-masing berbeza. Tak perlu bergaduh bermasam muka. Remind selalu dan doakan yang baik-baik. Usaha and tawakal. Usaha saya adalah selalu ingatkan. Dan pasangkan car seat di kereta mereka bilamana mereka nak ambil ‘Ayyan.

Mama saya lebih particular sebab pernah adik saya tercampak dari seat belakang ke handle brek kereta semasa emergency break. Masa tu tak guna car seat. Jadi pengalaman itu menyebabkan dia ambil berat tentang penggunaan car seat. Memang kita boleh kata, takpe, kita boleh pegang anak elok-elok. Analoginya mudah sahaja, kalau kita berjalan sambil menjijit plastik bag, kemudian kaki kita tersadung. Apa refleks pertama kita, tangan kita akan terdepa ke depan, untuk break the fall. Tak nak muka kita tersembam dulu, betul kan? Jadi, apa jadi pada plastik bag yang dijinjing, pastinya tercampak bukan? Sama jugalah konsepnya bila kita pegang anak dalam kereta. So pada saya tak boleh terima alasan boleh pegang anak elok-elok. Ada ke orang tak nak pegang anak elok-elok , in the first place? Pointnya, pegangan kita takkan mampu menyelamatkan anak ketika berlaku kemalangan. 

So untuk isu yang ini, pada saya, safety comes first.

_________________________________________

Wah, dah panjang dah tulis ni. Cukup dulu rasanya sampai setakat ni. Point yang saya harap sesiapa sahaja yang membaca dapat adalah, there is no right or wrong in parenting. There are many ways of parenting. Learn your own style. Yang penting anda selesa, anak selamat dan sihat. Let kids be kids. Let them enjoy their childhood. And do have quality times with them.

Having said all these, saya baru ada seorang anak sahaja setakat ni. I know that lain anak lain perangainya. Lain cara tunjuk ajarnya. I know that from time to time I will learn something new about them and for them. Cara saya tak semestinya yang paling betul. Tapi inilah cara saya.  Harap ada manfaat untuk sesiapa yang membaca. Let's all hope that apa yang kita buat ni semua dikira sebagai pemberat buku amal kita dalam menjaga amanah Allah yang diberi. :)