Wednesday, November 9, 2011

B-E-R-N-A-F-A-S


Satu keperluan manusia itu adalah bernafas. 
Tanpa udara beroksigen kita takkan mampu untuk hidup.
Teringat salah satu fasal di dalam Kitab Tauhid - 'Kita hidup dalam lautan udara'
Dengan rahmat Allah, Allah jadikan oksigen, Allah jadikan peparu untuk berlakunya gas exchange, Allah jadikan tali pusat ketika dalam perut ibu kerana paru-paru kita belum develop lagi. Cuba bayangkan if salah satu je tak ada, pincanglah segalanya. Itu belum cakap tentang respiratory center, factors that drive inspiration, etc. Sangat detail perkiraan Allah. Fuhhh!~ 

Tiba-tiba je teringat juga kat mana entah baca satu artikel. Seorang tua yang ke hospital kerana masalah buah pinggang. Doktor menyatakan yang buah pinggangnya sudah rosak, kemudian di hulurnya bil hospital. Tiba-tiba sahaja pakcik tu menangis. Doktor yang prihatin tu pun cakap " Takpe pakcik, nanti saya consult dengan pihak hospital tentang bayaran bil pakcik ni". Kata pakcik tersebut " Anak, pakcik menangis bukan sebab bayaran, pakcik menangis sebab selama ni Allah kasi guna buah pinggang tak perlu bayaran pun". Zass~

Okay, saya tak ingat di mana ambil cerita tadi. Tapi lebih kurang begitulah. Credits to pembuat cerita tersebut.

Tapi hari ni, kita bukan nak bercakap tentang anatomy manusia. Sebenarnya ingin bercakap tentang sukarnya bernafas dua tiga minggu lepas ni. Rupanya bukan saya sahaja yang merasakannya, tapi rata-rata orang sekeliling saya juga begitu. Kenapa ye? Dengan kesuntukan waktu saya terfikir kat mana yang jadi sibuk sangat tu. 

Flashback.

Bermula dengan cycle paediatrics dan ENT. Hari-hari subjek yang sama bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang. Penat juga menghadap subjek yang sama setiap hari. Mungkin dah terbiasa cycle yang selang seli subjek. Satu hari subjek ni, satu hari subjek lain pula. 

Then sampai ke hujung bulan maka terkumpullah final ent, presentationSS paeds (ye, sampai 2), refarat ent(read : project paper), final PE paeds, case history paeds yang kena betulkan berulang kali. 

Di tengah bulan tiba-tiba tambahan dua subjek baru - history of medicine dan philosophy. History of medicine tiap selasa jam 6.50-8 malam. (ye, malam!) Philosophy 4-7mlm setiap isnin. Kelas philosophy pula jaraknya sejam suku dari rumah (ye, sampai rumah 8 lebih juga!) 

FYI, kedua subjek di atas sangatlah of few medical purposes. Hanya axillary subjects. Kalau wujudnya dia pada waktu yang munasabah, saya tak kisah pun wujudnya subjek2 tersebut.

Bila masuk cycle baru ingatkan boleh bernafas sikit. Kerana subjeknya therapy dan war medicine. Tiba-tiba jadual philosophy bertukar, daripada isnin kepada setiap rabu dan jumaat jam 6.30 hingga 9 malam (ye, 9 malam!)

Maka sekarang 3 kali seminggu pulangnya di malam hari. 

Itu baru dari segi academic.

Yang lain kita tak perlu cerita. Sebab rasanya jadual academic yang mengarutlah yang menyumbang besar kepada kehuru-haraan hidup. Wujudnya subjek-subjek tambahan yang kerenah cikgunya amat strict dan pada waktu yang tidak disenangi pelajar. 

Tambahan pula maghrib sekarang awal, pukul 5 lebih dah masuk waktu maghrib. Keluar after maghrib untuk ke kelas sangat depressing rasanya.

Pulang malam, badan penat, alhamdulillah rumah dekat berbanding kawan-kawan lain yang lagi jauh rumah mereka. Lagi banyak episod nangis-menangis keletihan. Alhamdulillah Kautsar (my home sweet home in russia ~) amalkan masak sama-sama. Jadi pulang sahaja memang dah tersedia makanan. Alhamdulillah again. Pulang makan, keletihan, kadang-kadang terus tertidur. 

Waktu yang sangat pack ni sangat bahaya untuk diri. 
Mutabaah amal, persediaan kelas, etc semua huru-hara. 
Emosi pun huru-hara. Saya memang orang yang tak mudah ambil hati, tapi bila emosi di threshold yang rendah, maka semua pun tak kena. Last-last makan diri.
Kesihatan pun boleh affected.

Bila saya rasa saya in the verge of crumbling, Allah hantar jentera-jentera (cewah!) untuk bantu saya. 
Kerana rasa diri ni tak cukup kuat dengan hanya mengadu pada Allah, Allah bagi kekuatan saya ceritakan pada akhawat yang dipercayai. Lepas cerita tu, rasa kurang satu beban. The power of ukhuwwah! Fuhh~ Sometimes saya rasa, dengan berkongsi tu je dah boleh selesaikan satu masalah. Bila cerita tu, dah tahu je jawapan yang orang akan beri, tapi when the words tu datang dari orang yang kita percayai, dia rasa lain. Sebenarnya, malas mahu bercerita tentang kesusahan diri, sebab dia macam analogi penonton stadium dan orang yang benar-benar bermain. Tak nak jadi penonton bola di stadium, bisingnya lebih, main nye tidak pun. Tapi, berkongsi masalah untuk menyelesaikan itu perlu. Sebab, bila bermasalah, kerja tak jalan. It's as simple as that.

Sebab tu, apa-apa masalah sila jangan pendam!
Bila pendam, mudah meletup kan?~

Dalam keletihan tu juga, saya rasa kurang membaca. Bacaan yang melembutkan hati.
Kurang cari ubat hati. (buka lagu opick-tombo ati)

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Simple je, tapi ini lah yang kurang dihayati. The word is MENGHAYATI. Sebab kadang-kadang bila hidup dalam suasana solehah, mudah nak lakukan perkara-perkara di atas (ye, memang mudah), but at one point ia hanya menjadi rutin dan penghayatan jadi sangat kurang. Maka yang akan rugi hanyalah diri sendiri, amalan nampaknya seperti gunung, tapi nilaiannya seperti debu-debu. Sedihnya.

So, i make it a point untuk tidak membiarkan kehuru-haraan menghuru-harakan saya. (berapa kali dah tulis huru-hara dalam post ni)

Banyak kerja nak kena selesaikan. Susun-susun, delegate-delegate, buat satu persatu, alhamdulillah it becomes very smooth.. Cuba bayangkan macam dalam movie, suasana huru-hara (huru-hara lagi), petir sabung menyabung, gelap, then tiba-tiba pagi datang, matahari baru nak naik, dengar bunyi burung berkicau-kicauan, bunga pun mula nak berputik, angin pun sepoi2 bahasa. Boleh bayang tak? Seriously, itulah apa yang saya rasa. 

Dan tak lupa juga hobi lama yang saya tak buat which is blog walking. Itu antara aktiviti yang saya suka sebab it's like kita boleh terima taujih from all over the world. From various people, from all walks of life. Mencari hikmah dari setiap kejadian hidup manusia. Syukur Allah beri mereka the power to touch people just by their writing. Buat kita rasa yang masalah yang kita hadapai ni ciput je. Masalah orang lain lagi besar. Ya Allah, aku mengadu hanya kerana keletihan, sedangkan manusia lain mengadu kerana tidak mampu untuk even nak teruskan hidup untuk esok hari. Dengan mengingati segala nikmat yang still kita kecapi hari ini, dah patut buat kita rasa insaf dan rasa diri ni tidak berguna kerana tak guna nikmat tu sebaiknya. Wah, masuk balik point udara tadi, dan nikmat buah pinggang tadi. 

Maknanya, sampai ke hujung sudah post kali ni. Alhamdulillah selesai sudah satu perkara lagi untuk minggu ni.

Harapnya coretan tidak bermakna ni menjadikan yang membaca juga merasakan yang kesempitan hidup tu bukan anda seorang yang rasa, kita semua merasainya, cuma cara kita handle kehuru-haraan kita yang membezakan kita dengan manusia lain. Dengan siapa kita memohon harap, kerana mahu atau tidak, Allah lah sebaik-baik penolong. 

Last but not least, share sikit quotation yang motivate saya these past few days insyaAllah :-

"Biarlah badan keletihan menunaikan amanah, kerana di atas keletihan itu, kita akan berjumpa ikatan yang menghubungkan kita dengan Tuhan" - quote

"Apabila sesuatu itu memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Maka, bersabarlah dengan sabar yang baik" - inspirasi dr surah Al-Maarij

"Teruslah bergerak hingga keletihan penat mengikuti kita, teruslah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemani kita" - petikan dari sajak tulisan ustaz rahmat abdullah

Wednesday, September 14, 2011

Kembali semula

salam wbt.

bismillah

sunyi.tenang.subuh hari.
sejuk pagi moscow.

kembali kepada rutin harian di moscow.
syukur.

kerana bila cuti , rutin harian lari. tak tahu nak masukkan di mana. boleh kata jarang ada satu-satu masa yang betul-betul lama di rumah. sebelum cuti naqibah minta draft aktiviti ketika summer holiday. bila buat dan tengok, terfikir, bilanya yang duduk lama kat rumah ni. tapi bagus juga kan? boleh pastikan masa yang sikit tu semuanya quality time. sikit ke? almost 3 bulan jugak cuti..

pengalaman best cuti kali ini.
banyak yang pertama kali.

1. pertama kali hidup dengan ummi baru.
rumah kembali berseri dengan kehadiran 'wanita' di dalam rumah. dulu abah saya memang iron man. semua dia yang buat. sangat respect. alhamdulillah, ummi meng'balance'kan semula function abah sebagai abah, dan menyerahkan tugas ummi sebagai ummi. *seronok*. walaupun abah memaaanngg boleh buat semuanya, dan memang abah boleh share cerita dengan anak-anak yang sangat dia sayangi, tapi saya tak boleh nafikan yang abah perlukan seorang yang same mind level (usia&pengalaman hidup) untuk sharing dan lebih-lebih lagi membuat keputusan besar dalam hidup. dan yang paling penting ummi banyak bantu abah untuk lebih berjaya di dunia and especially akhirat. mungkin itu barakah perkahwinan. doakan mereka =)

2. pertama kali practical di hospital malaysia.
an eye opener! insyaAllah lepas ni akan belajar dengan lebih sistematik. sebab ilmu tu bukannya tak ada. tapi tak organize. jadi, to link back all the theories yang dah dipelajari agak sukar. especially bila kita tak apply those ilmu. dan juga nampak apa yang perlu ditekankan dan yang cukup sekadar tahu. dan juga all the bedside manners that russian lacks.. mungkin adab-adab timur (or nusantara) menjadikan malaysian lebih sopan dan menghormati hak pesakit. tips : datang practical malam hari, lagi banyak prosedur boleh buat, sebab, more patient and less other practical students. dan siang, boleh manfaatkan untuk benda lain. (eg : usrah, daurah, politik bersama keluarga, urusan yang hanya boleh buat siang = bank, kedai, etc)

pertama kali ke pantai timur.
pertama kali naik train ke utara.
pertama kali drive dari kampung ( ok, bukan all the way)..

tak perlu cerita lah yang lain ni rasanya.

sekarang sudah di moscow. kembali meng'kilang'kan diri, supaya diri ini menjadi lebih baik dari dahulu, lebih rapat dengan-Nya.
doakan saya =)







Thursday, June 23, 2011

Belajar memakai hijab

Dengan nikmat tangan menulis itu mudah.
Dengan nikmat mulut bercakap itu juga mudah.

Tetapi menulis tentang apa? Bercakap tentang apa?

Berjuta jenis penulisan boleh didapati di alam maya : tentang diri, makanan, perjalanan, pakaian dan sebagainya. Tetapi penulisan yang sering diikuti adalah blog yang menceritakan perihal diri. Kerana manusia rata-rata memang suka menjaga tepi kain orang. Dan sebahagian manusia lain pula suka menarik perhatian dengan menulis tentang diri dan perjalanan hidup seharian mereka.

Pernah ada 'seseorang' yang berziarah ke Moscow yang memesan agar perjalanan hidup itu dirakamkan. Kerana pengalaman adalah guru terbaik yang membina diri. Jatuh dan bangun. Sedih dan gembira. Susah dan senang. Asam garam hidup yang mematangkan diri.

Tetapi perasaan, emosi, tingkah laku dan kata-kata yang dilakukan sebagai respon menghadapi sesuatu situasi menggambarkan jelas kepada dunia siapa diri kita. Maka hilanglah misteri perempuan di situ. Umum akan mengetahui pemikirannya, perangainya, kesukaannya, perjalanan hidupnya. Seperti tiada hijab antara sang penulis dan sang pembaca. Facebook, Twitter,etc menjadikan ekspresi diri lebih mudah, dan kemudian diikuti menunggu-nunggu respon masyarakat sekeliling akan status-status yang terpapar. (dan kadang-kadang sering bertukar berkali-kali saban hari)

Kerana selama ini keterhijaban yang sering diawasi berbentuk fizikal dan nyata. Menjaga suara, percakapan, tingkah laku, pakaian. Di hadapan komputer, suara tidak dapat didengar, tingkah laku tidak dapat dilihat begitu juga pakaian. Bebas untuk berkata-kata. Tetapi harus diingat, penulisan juga boleh ditafsir. Apakah dia sedang marah, gembira, sedih.

Jadi, apa guideline nya? Tiada jawapan tochna (tepat).
Allahualam.
Tapi mungkin boleh didasarkan kepada sifat malu.
Malu seolah-olah berada di khalayak ramai.
Kerana jelas sekali penulisan itu akan dihadapkan ke khalayak ramai.
Lebih baik sekiranya malu itu didasarkan kepada malu kepada Allah.
Kerana ketika duduk seorang diri dihadapan komputer, tetap ada Allah yang memerhatikan.
Allah itu dekat.

-mengingatkan diri sebelum mengingatkan orang lain-

yang sedang belajar memakai hijab.

Wednesday, June 22, 2011

Taat
Hadiah buat satu kesyukuran di atas kasih sayang, kebesaran, kemuliaan, perhatian dan kelayakan.

For all that, obedience is absolutely in order.

Atas kejahilan tentang kasih sayang, kebesaran dan segala kesempurnaan yang lain,
ketaatan sukar dijalankan.

Sukar untuk taat jika tak tahu kenapa perlu menaati
sukar untuk taat jika rasa tak layak untuk ditaati
sukar untuk taat jika tidak merasai kasih sayang
sukar untuk taat jika tidak merasai kebesaran
sukar untuk taat jika tidak mendapat perhatian

dan kerana itu kita harus belajar tentang kasih sayang, kebesaran, kemuliaan,etc.
sifat-sifat yang ada pada yang perlu ditaati.

sifat yang wajib ada pada Yang Maha Disembah.

Di bumi, Allah menurunkan makhluk yang harus semua taati.

Ibu.

Makhluk yang Allah muliakan untuk ditaati.
Mentaati ibu yang telah melahirkan.
Mentaati ibu yang telah mengasuh.
Mentaati ibu yang telah mendidik.

Tetapi kerana dia juga makhluk Allah
Yang Allah ciptakan sebagai makhluk yang juga melakukan kesilapan

Jadi, mungkin,
sukar untuk metaati kerana sifat-sifat ketidaksempurnaannya.

Takut rasanya apabila rasa hati tidak mampu mentaati

Maafkanlah.
Kerana hanya yang tidak layak dimaafkan lah yang layak dimaafkan

And mostly, kerana ketaatan kepada ibu adalah tuntutan dalam ketaatan kepada Allah.
Dan kerana Allah telah memuliakan ibu untuk ditaati anak-anaknya.
Dan kerana bekal hari akhirnya juga adalah doa-doa anak yang soleh dan solehah.

Maka berusahalah menjadi yang soleh dan solehah
sebagai tanda ketaatan kepada dua yang mulia.
Ibu dan Yang Maha Mulia.

p.s : Abah ajar jangan buat apa yang kita tak suka pada orang. jadi kalau tak nak anak kita nanti buat apa yang kita tak suka, jangan buat pada mak kita, okey?

HAPPY FATHER'S DAY
sunday, 11.56 pm, 19/6/2011









Saturday, June 11, 2011

Keazaman

Keazaman yang kuat bermula dari sejauh mana kita mahukan sesuatu hasil akhir.

Tapi kenapa kadang-kadang kita terlaaaaluuu mahukan hasil itu, tapi entahla keazaman tidak juga berapa kuat.

Mungkin kerana hasil akhir itu tidak berapa 'best' to begin with.

Atau mungkin kita tahu hasil itu hanya short lasting.

Atau mungkin perjalanan untuk mendapatkan hasil itu terlaaaluuu jauh, payah, dan urgghhh banyak tenaga akan kehabisan di sepanjang proses.

Atau mungkin niat untuk mendapatkan hasil itu salah. So keazaman pun mesti la tak berapa nak galak (semangat?). ye ke?

=(

Fikirkan yang ini pula.

Determination buat sesuatu yang salah tu selalunya kuat. Tak perlu nak susah-susah meng'push' diri. Laju je.

Tapi susah betul nak 'channel'kan amount energy yang sama untuk gerakkan diri buat perkara-perkara baik. kan? ke saya je rasa macam ni.

=(

Dalam konsep usaha dan result

'usaha sebagai push force' dan bukannya 'result sebagai pull force'

Islam sendiri adalah agama usaha, a.k.a kena buat, practical, aksi dan seumpama dengannya.

Islam sendiri penuh dengan kisah manusia penuh keazaman.

Nabi Nuh dengan dakwah ratusan tahun.

Siti Hajar wanita berpantang berlari turun naik bukit.

Tentera Fateh mengangkat kapal mendaki gunung semalaman.

Kau?

=(

Maka, setiap saat, setiap nafas penat yang terhembus,

Jadikan Allah sebagai matlamat,

nescaya tubuh yang lemah menjadi kuat,

mata yang layu menjadi segar.

Dan ingat Allah sentiasa timpakan sesuatu yang mampu kita atasi.

Come on, sikit je lagi

=)

Tuesday, May 17, 2011

Diabetes Mellitus Type 2


1. The prevalence of DM T2 (read : Diabetes Mellitus Type 2) is 4-5% of the world population. 20-30 years ago the prevalence of this disease is seen somewhere in North America and the Europe. But in years to come, the prevalence of this disease will be in India, Brazil, South East Asia, places where there are growth of middle class people. This is due to the 'Coca-Colanization' of the people. LIKE.


-endocrinology class, 17/5/2011-



2. Kakak X : Fatih nak minum air kakak ke? Tapi air ni ada gas sikit.. ( Air Lemon Fresh kegemaran kanak2 (student2) Malaysia di Moscow)

Fatih : Air gas tu air Israel. Tak boleh minum.

Kakak X : ....

LIKE.


-kakak X dan fatih almost 5 tahun(ye ke?), rehlah, 15/5/2011-




Bila lecturer cakap the word coca-colanization, ramai yang tergelak tersenyum.

Betul lah kan apabila kita melihat di Malaysia sendiri ramai yang memilih makanan segera, atau makanan di luar (restoran, kedai mamak, warung). Coca-cola represents segala makanan/minuman segera yang ada di luar sana. And the people of Malaysia seemed to have been mentally colonized to buy this type of food. Tetapi faktor middle class juga menyumbang kerana walaupun mempunyai wang, tetapi masih tidak cukup banyak untuk membeli makanan yang betul-betul sihat. Organic food mahal kot. And bila refer to middle class people, it mostly refers to people with 8 to 5 job. Jadi kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan alasan tak cukup masa untuk memasak sebagai escapism untuk membeli makanan luar.

Tapi nak tahu satu lagi benda? Saya ingatkan the word coca-colanization is a word that my lecturer made up, tapi ada dalam Wiki-wiki tu.


Cocacolonization (alternatively coca-colonization) is a term that refers to globalization or cultural colonization. It is a portmanteau of the name of the multinational soft drink makerCoca-Cola and the word colonization.

The term is used to imply either:

the importation of Western (particularly American) goods or

an invasion by Western and especially American cultural values that threatens the local culture.

While it is possible to use the term benignly, it has been used pejoratively to liken globalization to Westernization or Americanization.

The term has been used at least since 1949; one of the first documented uses is in the warnings in French communist press of that era. It gained high visibility in the European Americanization debate with the 1994 publication of Reinhold Wagnleitner's book, Coca-Colonization and the Cold War: The Cultural Mission of the United States in Austria After the Second World War. The expression also became a catch phrase of the anti-globalization movement.

The expression is also used in medical literature, to describe the lifestyle changes and the associated increase of incidence of characteristic chronic diseases, e.g. type 2 diabetes.


=)

The term has been used at least since 1949. erk.

Kantoi general knowledge tak banyak.


Anak sekecil Fatih pun tahu memboycott Coca-Cola.


PENGAJARAN :

1. Coca-cola barangan boycott.

2. Coca-cola dan barangan sejenis dengannya boleh menjadi salah satu sebab kepada berlakunya DM T2.



Sunday, May 15, 2011

Air Mata

Alhamdulillah.


=)


Spring kali ini diserikan lagi dengan Rehlah sisters di Lake Spartivnaya.

15 May 2011.

Bertepatan dengan hari an-nakbah.

Menjadi tema rehlah kali ini.

With the cute pink badges, and palestinian flag colours as the theme of event.

Everyone came with clothes in red, white, green and black.

Yang kreatif sampai ada semua 4 colour dalam satu outfit. Tudung merah, baju hijau, seluar hitam and beg putih.

Like.


Pagi ini agak sejuk. Tapi alhamdulillah hujan tidak turun mengizinkan kami untuk bermain di luar.

Nafas baru.

Saya merasakan kelainan dalam rehlah kali ini.

Mungkin sejak malam sebelumnya ada yang berkampung di Kautsar,

ada yang bertungkus lumus buat menyediakan makanan potluck bersama usrah mate,

atau yang bangun di awal pagi untuk menyiapkannya,

atau yang sekadar menyinggah meramaikan suasana,

Kautsar havoc,

Pagi nya pula ajk dari seluruh moscow berkumpul untuk last briefing.

mungkin sebab saya hanya jadi peserta kali ni.

teruja sikit

Bermain.

Berlari.

Memegang panji.

Berkenalan.

Team hijau yang spirited.

Winning 2nd place. (ok, xperlu kot)


Petang pula, ada yang menyambung usrah di Kautsar.

Kemudian, ada sister yang bercurhat.


Ya Allah, seolah dia dan saya di dunia yang sama.

Saya melihat masalah dia pada diri saya.

Sungguh kata Nabi, "Mukmin yang satu, adalah cermin bagi mukmin yang lain."


Ya, sudah lama hati ini membendung air mata,

terima kasih kepada yang memenuhi Kautsar,

terima kasih kepada yang datang ke rehlah,

terima kasih kepada yang bermain dengan penuh sporting,

terima kasih kepada yang bercurhat,

kehadiran kalian menutup compang-camping iman ku,

syukur pada Allah yang Maha Teliti.


Sungguh Engkau Maha Teliti,

tanpa membiarkan ada sedikit masa yang boleh membuatkan aku terasa dada ini begitu sesak.

sakit seperti sukar untuk bernafas.




-maaf, post kali ini berunsur curahan hati, tiada nilai or pengajaran terselit, sekali lagi, maaf mencuri masa-






Monday, May 9, 2011

Saturday, April 2, 2011

Bersangka Baik Edisi 2


bismillah

in the process of writing for berbaik sangka edisi 2, but this came upon my facebook wall.
jap, dah baca berbaik sangka edisi 1? *klik klik*


so, the conclusion is:

watchhh thee videeoooo firsttt!!



















so, the conclusion is : -
1. suspend your judgement
2. consider what you don't know

hurm, mesti ada yang akan kata, eh, macam style baba ali, inianwarhadi, matluthfi, etc,etc~
well, stop judging..
yang penting apa, mesejnya kan?

ok, sekali lagi selamat menjadi DUTA BESAR ISLAM!



Friday, April 1, 2011

Bersangka Baik Edisi 1

bismillahirrahmanirrahim

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.” Al-Isra 17:36

Permainan - boleh dimainkan bersama rakan-rakan. boleh rasanya nak main seorang diri tapi... bosan la.

alat : kertas , pen, rakan-rakan

cara bermain :
orang 1 : fikir satu perkataan (contoh : merah). tulis pada bahagian paling atas kertas. beri pada rakan sebelah kanan.
orang 2: baca perkataan ‘merah’ tadi. lipat bahagian atas kertas agar tutup perkataan merah. tuliskan perkataan pertama yang terlintas selepas melihat perkataan merah, tuliskan di bawah bahagian yang terlipat, bukan atas lipatan
orang 3 : seperti orang 2
dan seterusnya
main sampai puas, or sampai kertas dah tak boleh nak lipat lagi.
buka lipatan, dan bacakan apa yang tertulis dari atas ke bawah.

contoh result :
merah - menyala - api - neraka - Jahanam - syurga - tenang - angin - sejuk - aiskrim

*game ni ala2 telefon buruk*

kesimpulan :

1. manusia memang secara otomatisnya suka meng’judge’ or mempunyai sangkaan. sangkaan baik mahupun buruk.

2. ternyata apa yang selalu kita sangkakan tidak seperti situasi sebenar. siapa sangka aiskrim ada kaitan dengan merah.

3. jadi, hentikan bersangka buruk. sebab jarang sekali sangkaan buruk itu benar.
sebagai manusia juga, kita tak lepas dari dijudge oleh orang. tapi mungkin anda kata:

“ so what, ade aku kisah ape orang pikir pasal aku? lantak korang la, janji aku tak kacau idup korang, mak bapak korang, kucing, kura-kura korang. ko ingat ko bagus sangat!~”

4. well, cuba kalau orang yang judge anda tu bukan islam dan nampak anda, lantas terlintas di kepalanya :

“ so wearing hijab is not a compulsary thing to do”..... “ oh my god, his hair is all messed up, DIRTY MUSLIM!” ...... “ oh tudung tu maksudnya tutup rambut je, baju semua sama je ngan yang aku pakai sekarang”

5. nah, kan anda telah menjadi penjenayah penyebar salah faham terhadap islam. nak tak bangkit-bangkit di akhirat kelak, tiba-tiba tercatat di kitab dosa-dosa yang anda rasa tak pernah buat, tapi rupa-rupanya dosa-dosa itu berasal dari perbuatan yang orang lain buat sebab mencontohi perbuatan anda? (panjang sungguh ayat~)
sebab itu perlu hati-hati dalam tindakan. kerana lahir sebagai islam, anda secara otomatisnya menjadi duta BESAR islam. ( note : tak nak guna perkataan duta kecil, sebab duta kecil tugasnya nampak kecil)


selamat menjadi DUTA BESAR ISLAM.

Monday, March 7, 2011

Aku Juga Sayang Rasul : Short Film


‎"Sikap kita memang, tidak akan sempurna. Tetapi kita boleh, mencontohi yang sempurna." =)

SUPER LIKE!!

Friday, February 25, 2011

Gone is pain. Gone is fear. Gone is grief. Gone are tears


Poem on Jannah by Ammar Al-Shukry

Close your eyes and imagine this
Eternal bliss
Your every wish at your finger tips
and more;

Perched on a throne near a stream so serene and exquisite
A scene you've never seen
Yet you still dream of more;

Gone is pain
Gone is fear
Gone is grief
Gone are tears
Idle speech you shall never hear
and the prophets make up your social sphere
and more
the martyrs righteous and the truthful too
you are from them and they are from you
they hold tightly to what they know as true
and to join them you did too
there's more;

maidens chaste who restrain their gaze lost in a glance
for days and days
fun and frolic as a child plays
with the breath that leaves your lips is praise
of the one who gave you more

imagine you and your father which age is the same
imagine showing off your books with no shame
imagine nights with the sahabah with their stories to entertain
imagine Muhammad S.A.W knowing your name
what could be there more?

Gardens underneath which rivers flow
a goal so far and yet so close
a journey worth taking for those who know
tell me do you not wish to go, for more?

for all the bounties
for all the grace
for all the sights and the smells and the tastes
will be forgotten
without a trace
as if frozen in time and space
WHEN YOU SEE HIS FACE

what an excellent master of a misarable slave
you forgot and He forgave
He gave you guidance and you still strayed?
you asked for mercy that He gave
and more
and more
and more

Sunday, February 20, 2011

untitled

kerana hilangnya takut kepada Tuhan,
maka manusia bertindak sewenang-wenangnya.

Maka 'terbunuh'lah yang disekeliling berjuta2 lemonnn kali.

dan masih dalam ketakjuban bagaimana yang telah lama lagi terbunuh itu menengadah dirinya dalam posisi yang mungkin akan terbunuh lagi. kekuatan hanya dari Allah. pertolongan hanya dari Allah. dan ketakutan hanya kepada Allah.

maka ingatan untuk diri.
takutkan Tuhan sentiasa, agar tidak ada yang 'terbunuh' di tangan ini. kerana setiap hati yang berkecai, setiap darah yang terpalit akan menuntut haknya di akhirat kelak.



kerana hilangnya takut kepada Tuhan.
kerana hilangnya takut kepada Tuhan.
kerana hilangnya takut kepada Tuhan.

Ya Allah.

Wednesday, February 9, 2011

totally different

salam wbt.

bismillah.

hari ni sekolah mula. semester baru. semangat? insyaAllah baru. tapi ada satuuuuu je yang saya memang harap2 dapat accomplish semester ni. kiranya tak mahu letak banyak goal yang sendiri pun tahu takkan tercapai. so setting it a bit lower, but top priority and crucial to be completed. sebab every time pun selalu fail bab yang satu ni. sebab tu Allah suruh lalui lagi, sebab masih tak setel, ye tak?

apa dia goal nye? biar Allah saja yang tahu..

berbalik kepada hutang-hutang cerita musafir saya.

hari ni seorang sahabat baik bercerita kepada saya tentang winter trip nye yang berakhir agak kurang senang. tak perlu kita cerita detail2 di sini sebab rasanya banyak masalah dalam bermusafir ni selalunya dari misscommunication and ketidaksefahaman dari segi priority and minat. and lagi satu sebab amanah la kan. mana boleh cerita benda yang orang beritahu pada kita. =)

kan dah kata Jaulah itu bala.

mari cerita sikit tentang trip saya. berserta asam garamnye ye.
1st trip ke turkey berjalan sangat lancar. rasa macam tak betul pun ada. sebab sepanjang trip, takde kena tipu, takde misscommunication error antara ahli-ahli trip. duit pun tak lari. apa yang nak dapat alhamdulillah accomplished. seriously, memang lancar. buatkan saya wonder, what does He has in store for me? sampailah ke saat terakhir nak pulang.

masalahnya pada tiket pulang semula ke moscow. dipendekkan cerita, after bergerak dari counter ke counter bersama beg yang teramat lah beratnya (kenapa lah trolley nye tak jumpa2??), tiket kami ditukar ke petang hari yang sama tapi dari airport yang berlainan. yang sepatutnya dari Sabiha Gokcen ke Attarturk airport.

So nothing major la kan.

masuk cerita 2nd trip. ini banyak drama external pula.
mula dari awal. penerbangan kami ke ke cairo bertolak pada jam 4.00 ptg. setengah jam selepas itu, airport yang kami bertolak tadi di bom. jejak saja kaki di cairo, seorang adik dicontact kawannya sebeb ingat kami affected. syukur alhamdulillah kami tak apa2.

sepanjang di jordan kami diurus dengan SANGAT BEST AND PERFECTNYA! oleh sisters2 jordan yang hanya Allah saja yang tahu betapa sampai saat ini saya masih merindui mereka.

2 hari di syria pula penuh dengan penipuan pakcik2 teksi. buat saya kesal kerana mereka masyarakat muslim. di russia, saya selalu dapat free teksi kalau orang tu muslim. mereka bangga ada lagi muslim seperti mereka. mungkin bila kita asing, lagi kita izzah dengan agama kita.

perjalanan pulang agak kekusutan juga. rata2 kerana egyptian revolution yang masih berlaku sehingga ke hari ini. flight kami yang sepatutnya berlepas ke cairo jam 5.20 pg dibatal. so connecting flight to moscow at 7.00 akan terlepas. dalam keadaan mengantuk dan counter tak bukak lagi, dan dihalau pakcik bas yang kami sewa, mulalah sesi2 merehatkan diri di kerusi2 dan surau airport. selepas bersyura paginya, kami buat keputusan tak nak menempuh cairo. batalkan saja return ticket egypt air ke cairo. dan beli tiket baru. semua pun keluarkan every last jordanian dinar yang ada dalam wallet dan dari atm. nasib baik tarikh 1 february, duit elaun dah masuk. tiket pulak melambung tinggi, mengambil kesepatan perkara yang sedang terjadi. takpe, duit tu bukan untuk kita lah maknanya. tapi, merasa lah naik royal jordanian yang tak pernah terfikir akan naik tu kan?

tapi all in all, semua ini buatkan perjalanan saya lebih manis. and buatkan saya sayang ahli-ahli perjalanan saya lebih. sebab dalam time in needs and dalam keadaan susah, kita akan show our true colours kan? dan ternyata mereka adalah orang yang hebat. baik dari adik2 sehingga lah ke kakak2. alhamdulillah.


so kesimpulan post kali ini. kita berbeza. walaupun kita sama2 bermusafir, end result kita berbeza walaupun onak dan duri kita sama. kerana pergantungan kita terhadap Allah akan buat semuanya terasa mudah dan punyai hikmah. dan akhirnya kita mampu tersenyum instead of berduka cita.

nampak tak kenapa Jaulah itu Bala. Apabila kita keluar berjaulah, maka automatic kita keluar dari comfort zone, which means kita terdedah dengan segala bahaya dan ancaman. tak kiralah physical harm or mental and emotional harm. bala lah tu kan? tetapi orang2 yang dapat menempuhinya insyaAllah hebat. but bear in mind yang perjalanan itu yang mencari redha Allah. sebab itu lah Nabi S.A.W pun ucap di dalam hadisnya yang berjaulah(bermusafir) bagi umatku adalah jihad.

semoga kita tergolong dalam golongan yang musafirnya setimpal dengan jihad. ameen

Sunday, February 6, 2011

Jaulah itu Bala

bismillah

= )

alhamdulillah.
tahun ni Allah bagi kesempatan saya menjelajah bumiNya ke turkey-jordan-syria.
syukur.syukur.syukur.

pada awalnya saya tak mahu blog ni bersifat personal, which is penuh dengan catatan peribadi.
tapi hari tu ada orang pesan yang apa yang berlaku pada diri harus dicatat sebab katanya manusia tanpa memory is like animal.
but of course apa yang bersifat personal itu akan tetap menjadi personal dan bukan dipertonton buat tatapan umum.

tapi saya rasa sangat rugi sekiranya tak berkongsi apa saya lihat, apa saya rasa dan apa saya faham dengan hati insyaAllah sewaktu bermusafir tempoh hari.

ceritanya panjang tapi in short, this is what i felt :-

turkey - buat saya izzah dengan Islam yang pernah sangat hebat ketamadunannya di zaman Turki Uthmaniyyah dahulu. buat saya rasa hina juga sebab tempat ini menjadi milik Islam bukan mudah. asasnya adalah tarbiyah si penakluk yang bukan calang2. tahajudnya yang tak pernah tinggal sejak baligh. masyaAllah. dan bertemankan hakikat yang dia bukan sahabat Rasulullah. sama sahaja dia dengan kita. tapi, dirinya hebat, rakyatnya hebat, tenteranya hebat. kita? jadi apa lagi alasan kita untuk tidak hebat seperti dia. teruk kan kita?

jordan + syria - buat saya terlebih2 suka sebab sangat dekat dengan Rasulullah, sebab sahabat2nya menjejak bumi yang sama. dan buat saya bertambah2 geram sebab Palestin itu hanya di depan mata. So near yet so far. and plus, high dengan sisters jordan (mode : post-jaulah syndrome) Hebatnya mereka itu!

sepanjang perjalanan di tanah asing itu, saya ada juga bertegur sapa dengan mereka yang bermusafir ke sana juga.
baru saya realize betapa berbezanya sesuatu yang sama dilihat dengan kaca mata berbeza.
syukur Allah beri saya peluang untuk melihat dari kaca mata ini.

mungkin mereka melihat gunung itu sebuah struktur alam yang indah nan hijau. dan kemudian diambil-ambil gambar bersamanya. supaya boleh dipertonton kepada sanak saudara yang 'i've been there'.

tapi apabila kita melihat gunung adakah kita terfikir gunung yang sebesar-besar, se gah itu pun boleh tunduk terpecah belah sekiranya diturunkan Al-Quran kepadanya. (59 : 21). betapa manusia ini sangat kurang takutnya kepada Allah. dan betapa sekiranya manusia tidak memahami fungsi gunung dan bukit-bukit sebagai pasak-pasak di bumi maka rosaklah bumi. sekiranya dikacau pasak-pasak ini maka bergoncanglah bumi. hence, all the earthquakes and tanah runtuh due to tarahan bukit yang tak mengenal henti.

hanya dengan memahami, baru kita dapat 'melihat'.

allahualam.

p.s : kenapa tajuknya Jaulah itu Bala? lain kali lah explain~

Tuesday, January 11, 2011

Mari berpuisi

Bismillah


Mari berpuisi

*smile*


(I)

aku melihatmu benar-benar mencintaiku

memendam rindu di kala kaujauh dariku

untuk itu aku jarang menemuimu

bukan kerana bosan atau dosa yang kulakukan

namun kerana sabda Nabi kita

kunjungilah sahabatmu sewaktu-waktu


(II)

lakukanlah kunjungan sewaktu-waktu

kerana jika sering dilakukan

akan menjadi bibit perselisihan

ku lihat turunnya hujan yang terus-menerus

akan membuat bosan

namun jika berhenti

tangan-tangan menengadah penuh harapan


(III)

jika kulihat perubahan pada diri sahabat karibku

bumi yang terbentang luas seakan menghimpit diriku

jika aku menghampirinya untuk membereskannya

matanya memancarkan kemarahan padaku

padahal hatiku tak marah


(IV)

aku heran, mengapa selalu merindukan mereka

menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang kutemui

padahal mereka di sini bersamaku

mataku mencari mereka kesana-kemari

padahal mereka ada di dekat pelupuknya

hatiku bergejolak merindukannya

padahal mereka ada di antara tulang rusukku


(V)

kurasa engkau selalu menjauh dariku

maka aku pun menjauh seperti yang kau mahu

jauh darimu sungguh menyakitkanku

namun kedekatanku menyakitimu

apa yang harus kulakukan wahai sahabatku


*all above poems are not mine, until it does sound like it's written by me.. which is sangaaaat2 tak.. sebab tak pandai berpuisi~*


sources: virus2 ukhuwah

Saturday, January 1, 2011

Hutan Terbakar (part 2)

bismillah.

pada yang belum baca Hutan Terbakar, sila scroll ke bawah dahulu, baru baca post yang ini, okay?


kepada yang dah baca, persoalan yang timbul dari post yang lepas adalah =

kenapa mamat muka bersih yang pegi basuh muka? instead of yang muka hitam berdebu tu?




simple.





bila kita dalam hutan, kita ada cermin ke?
so bila kita tengok kawan yang bersama2 kita mukanya hitam dek kena debu, mesti kita assume muka kita skarang ni pun mesti penuh berdebu. so spontaneously, bila ada air, kita basuh muka.

yang kawan lagi satu nih, tak nampak apa2 pada wajah kawan dia. hence, no action from him to bersihkan muka dia what so ever.

point di sini

dengan siapa kita bersama, it affects our action.... greatly.


in simpler way of saying it, environment(friends,family,etc) affects us.
but don't let it controls you. you control what ever happens to you. don't simply let unnecessary thing affects you. how you may ask. firstly, by befriending the people who will lead you to straight path.

and to look at it from a different point of view, kita ni pun dilihat kawan kita. every second. apa yang kita lakukan sedikt sebanyak akan mempengaruhi orang sekeliling kita.

yes, mungkin kita tak pernah suruh orang ikut apa yang kita buat. yang salah especially.
but takut nanti di akhirat, tiba2 ada dosa bertimbun yang kita tak tahu datang dari mana.
puncanya, sebab ada orang yang ikut perbuatan salah kita, or buat certain action sebab tengok kita. "ala, dia tu pun buat, aku buat je la"
kan dah bahaya tu.

jadi, mohon doa agar terpelihara hak Allah dalam setiap ucapan, tindakan dan perbuatan.
peliharalah Allah.
peliharalah Allah.
peliharalah Allah.

maka Allah akan memelihara kamu.

=)

allahualam.





p.s: peringatan ini sentiasa buat diri sendiri terlebih dahulu, yang sentiasa ter'slide' dalam jalannya.
p.s 2: hati2 jalan dalam icy snow, jangan jatuh2~ =)