Monday, December 28, 2009

kalau x nak tulis tajuk bley?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

3. yang memberatkan punggungmu?

4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,

5. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Surah 94

Salam

insyaAllah di pagi (kwsn Russia dan sewaktu dengannya) ini, sekadar sebuah perkongsian rasa hati.. Bukan cubaan untuk mengupas dengan dalam apatah lagi memberikan tafsir. Sebarang kesalahan harap dimaafkan. Harapan agar tidak tersalah maksud, tiada niat untuk berbuat demikian. Yang baik diambil, yang salah harap ditegur. InsyaAllah = )

Surah ini dibincangkan pada usrah kali lepas bersama-sama 2 surah lain : Ad-Duha dan Al-Alaq. Semua pun terkesan di hati tapi yang akan dicoret mungkin sedikit pagi ni.

Setiap hari membaca terjemahan Al-Quran membuatkan saya terasa kadang hilang 'kebasahan' di hati. Itu terjadi bila saya sekadar cube mengejar mutabaah yang masih tidak lengkap buat hari tersebut. Lain kan bile sesuatu dibuat bukan kerana 'nak' tetapi telah menjadi rutin. Seperti juga hal khusyuk dlm sembahyang.

Satu perkara yang cube saya lakukan apabila membaca terjemahan Al-Quran adalah cuba membacanya dengan nada yang cuba disampaikan. Maksudnye, jika ayat itu ayat yang diturunkan Allah untuk memujuk Nabi S.A.W, maka nada bacaan pun seolah2 sedang memujuk.

Jadi cuba baca semula ayat 1-3 dengan nada yang sesuai >> mode memujuk wif full of love n care, macam mak kte pujuk kite~ hee..

Dah ke belum?

So u see, in a way Allah nak mengingatkan bukan kah dah lapang dada kite? Bukankah dah siap urusan? Dah dipermudahkan? So, kenapenye lagi ni ~

And in another way, boleh jugak rasa yang Allah nak INGATKAN yang actually yang kite rasa lapang dada, kte rasa urusan dipermudahkan tu, semua sebab Dia yang buat, bukan sebab usaha kite yang konon-kononye banyak sangat tuh.. Ingat.. Ingat..

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

Sampai dua kali ayat ni diulang.

Entah la, saya terperasan kadang2 apabila kte ade problem n kte cite kat kawan kite.. N kawan tu bagi nasihat ke, cadangan ke, kte tends tu cakap " tapi kan…." .. N without realizing kteactually telah secara tidak sengajenye menidakkan ape yg die cube nak katakan.. Sepatutnye take time untuk absorp ape yang die cuba nak gtau kat kite. Ini tidak, reject at the first moment.

Ayat kat atas ni wat saya terfikir semula sebelum nak mengeluh or nak beri alasan lain..

Faham ke pe yg saya cakap nih? Camni la..

Bile baca ayat 5: Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Dlm hati sendiri: adoi, tapi kesulitan ini terasa sangat susahnye, bile la nak dipermudahkan ni >>(contoh bajet2 x terima, rejecting at the first moment)

Pastu baca plak ayat 6 : sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan

Allah nak memperkuatkan n menegaskan semula >> sungguh ni! Setiap kesulitan ada kemudahan. Ye betul ni. X tipoo..

Cam gitu la lbey kurang~

Pastu keyakinan yang kemudahan itu akan datang jua pun tertanam lah dalam hati.. N kte pun terpujuk n rasa tak kisah or terganggu pun dek kesulitan yang telah dibentangkan Allah. And at the moment yang hati kite sgt2 tak kesah utk disusahkan tu Allah bagi pula ayat 7, menyuruh kte bekerja keras lagi bila satu urusan tu da siap. Cuba bayangkan kalau awal2 surah diletakkan ayat ni. Tengah berasap2 letih n penat wat something, disuruhnya kte wat kerja lagik, x ke rasa lagi panas!.. Huhu.. Sebab tu awal2 die pujuk, kata kan da abis ni, da dimudahkan everything. Kan da cakap after setiap kesusahan tu ada kemudahan. Kan betul kan? Kan? So skarang kene la keje lagi, ok?

Subhanallah, indah sungguh susunan ayat2Nya~

Bercakap soal bekerja ni.. Saya nak petik sangat tulisan salim a. fillah dari blog postnye : Berkerja, Maka Keajaiban. Sangat motivasional kata2 nye.

Sila baca di bawah ini if malas nak bukak tab baru or pegi blog die.. Saya dah paste utk anda, so tinggal nak baca je

Iman itu terkadang menggelisahkan. Atau setidaknya menghajatkan ketenangan yang mengguyuri hati dengan terkuaknya keajaiban. Mungkin itu yang dirasakan Ibrahim ketika dia meminta kepada Rabbnya untuk ditunjukkan bagaimana yang mati dihidupkan. Maka saat Rabbnya bertanya, “Belum yakinkah engkau akan kuasaKu?”, dia menjawab sepenuh hati, “Aku yakin. Hanya saja agar hati ini menjadi tenteram.”

Tetapi keajaiban itu tak datang serta merta di hadapannya. Meski Allah bisa saja menunjukkan kuasaNya dalam satu kata “Kun!”, kita tahu, bukan itu yang terjadi. Ibrahim harus bersipayah untuk menangkap lalu mencincang empat ekor burung. Lalu disusurnya jajaran bukit-berbukit dengan lembah curam untuk meletakkan masing-masing cincangan. Baru dia bisa memanggilnya. Dan beburung itu mendatanginya segera.

Di sinilah rupanya keajaiban itu. Setelah kerja yang menguras tenaga.

Tetapi apakah selalu kerja-kerja kita yang akan ditaburi keajaiban?

Hajar dan bayinya telah ditinggalkan oleh Ibrahim di lembah itu. Sunyi kini menyergap kegersangan yang membakar. Yang ada hanya pasir dan cadas yang membara. Tak ada pepohon tempat bernaung. Tak terlihat air untuk menyambung hidup. Tak tampak insan untuk berbagi kesah. Keculai bayi itu. Isma’il. Dia kini mulai menangis begitu keras karena lapar dan kehausan.

Maka Hajar pun berlari, mencoba mengais jejak air untuk menjawab tangis putera semata wayangnya. Ada dua bukit di sana. Dan dari ujung ke ujung coba ditelisiknya dengan seksama. Tak ada. Sama sekali tak ada tanda. Tapi dia terus mencari. Berlari. Bolak-balik tujuh kali. Mungkin dia tahu, tak pernah ada air di situ. Mungkin dia hanya ingin menunjukkan kesungguhannya pada Allah. Sebagaimana telah ia yakinkan sang suami, “Jika ini perintah Allah, Dia takan pernah menyia-nyiakan kami!”

Maka kejaiban itu memancar. Zam zam! Bukan. Bukan dari jalan yang dia susuri atau jejak-jejak yang dia torehkan di antara Shafa dan Marwa. Air itu muncul justru dari kaki Isma’il yang bayi. Yang menangis. Yang haus. Yang menjejak-jejak. Dan Hajar pun takjub. Begitulah keajaiban datang. Terkadang tak terletak dalam ikhtiar-ikhtiar kita.

Mari belajar pada Hajar bahwa makna kerja keras itu adalah menunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Mari bekerja keras seperti Hajar dengan gigih, dengan yakin. Bahwa Dia tak pernah menyia-nyiakan iman dan amal kita. Lalu biarkan keajaiban itu datang dari jalan yang tak kita sangka atas kehendakNya yang Maha Kuasa. Dan biarkan keajaiban itu menenangkan hati ini dari arah manapun Dia kehendaki.

Bekerja saja. Maka keajaiban akan menyapa dari arah tak terduga.

Mulailah. Karena dalam keberanian memulai itulah terletak kemudahannya. Bukan soal punya dan tak punya. Mampu atau tak mampu. Miskin atau kaya. Kita bekerja, karena bekerja adalah bentuk kesyukuran yang terindah. Seperti firmanNya;

“..Bekerjalah hai keluarga Daud, untuk bersyukur. Dan sedikit sekali di antara hambaKu yang pandai bersyukur.” (Saba’ 13)

Best kan penulisan die. Sesungguhnya Allah telah memberi akh ni dengan kebolehan menulis yang sangat menyentuh hati saya.

At last kite sampai ke penghujung surah di mana Allah meningatkan kte untuk berharap hanya kepada Dia. Die dah suruh kte bekerja, and lumrahnye bekerja di jalan Allah itu penuh onak n duri, n bile kte tersalah meletak pengharapan, contohnye kte mengharapkan keberhasilan program ke, kte mengharap pada orang ke(penerimaan org tu), n harapan tu x tercapai bukankah kecewa? Sebab tu adanye a small YET BIG reminder from Him untuk LETAKKAN JE SEGALA PENGHARAPAN PADA DIA…lepas da wat sume yang ko rase ko bley wat, now jez harap je kat Allah n let him do the rest~

…hurm, legaa~

Wednesday, December 23, 2009

of 3 cups of coffee n sleepless nights


assalamualaikum readers..

bismillah..

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
udah selesai final mcq microb..
minggu lepas weather russia tunggang terbalik.. hampir ke -30 celcius.. begitu jugaklah tunggang terbaliknye hidup saya.. terlalu lah banyaknye bahan bacaan yg harus diselesaikan dalam waktu yang sedikit.. sampai kan 1 malam 3 cawan kopi.. setiap cawan 2 sudu besar serbuk kopi.. sampai katil pun x jumpe beberapa malam.. huhu.. pastu kene marah ngan nenek2 bertauliah bilik Y2H.. (padan muke diri sendiri)

tidak seperti tahun2 yg lain exam final letaknye hampir penghujung bulan 1..
tahun ini hujung bulan 12 sudah selesai urusan exam..
maka secara otomatisnye ( wujud kah di dalam kamus dewan versi ke 4?) cuti musim sejuk saya bermula (walau secara teknikalnya ada zachot id n patho yg masih blum dituntut drpd lecturer) sehingga minggu pertama bulan februari tahun hadapan = 2010! fuhh.. sebulan 2 minggu la lebih kurang~ adakah banyak masa itu? sebenarnye, kalau x diguna sebetulnye akan hilanglah masa itu, pergilah masa itu bak air yang mengalir deras di sungai.. (main hentam gune bahasa melayu, dewan bahasa n pustaka, sila blacklist saya)..

demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta menasihati unyuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (surah 103:1-3)

buat yang harus menunggu 10 hb, tahniah, anda org2 yg beruntung!! kerana setiap masa yang anda gunakan untuk study (provided niat study itu untuk apa) insyaAllah akan diberkati oleh Allah, sungguh Allah itu amat teliti. kepada yang dah x perlu menunggu 10 hb, sila sedar diri n bangkit!! jangan dibelenggu syndrome post-exam-balas-dendam-tgk muvi-tdo2-makan chipsi x hengat diri-shopping jualan mega segale ye.. sila sedar masa yang banyak ini adalah satu ujian (ambil cermin tgk diri sendiri juge = peringatan untuk diri sendiri juga)

ape nak buat?? - i the very dunno wat 2 do lo...
1. sile kemas buku2 anda sebab saya tahu minggu zachot ni anda keluar segala anak mak bapak buku n letak x cantek2 atas rak itu.. sila susun ikut ketinggian, warna n saiz mengikut cita rasa anda..

2. sila ambil pen n kertas.. (pen warna warni pun okeh jugak, supaya anda x rasa bosan n setiap kali tgk kertas, anda akan menghargai kecantikan warna yg ada di bumi n nikmat mata yang ALLAH beri).. now, silelah anda menulis dengan jayanya ape yang anda fail nak buat sepanjang semester lepas (contohnye: nak baca buku itu ini, nak dengar mp3 itu ini, ayuh kite habiskan) ye, mungkin anda berasa betapa skema nye langkah ini. ye!! memang skema!! at least saya sedar betapa banyaknye bende yg saya x baca n dengar lagi! n berapa banyaknye masa yg terbuang (sila rujuk surah 103 semula) >> skema itu menawan~ haha..(xde kaitan.. abaikan)

3. tambah2 la mutabaah amal.. ye, sungguh tidak bergunalah kite sekiranya pertambahan masa berkadar songsang dengan amal kita ye.. (cikgu fizik, sile berasa bangga..huhu).. sungguh rugi lah kertas mutabaah amal menghiasi dinding tetapi tidak dilaksanakan.. sungguh sat g kertas tu merajuk saya x tau.. aiyoo~ ape kata, cuti2 ni kte double kan amount ke.. huhu.. tapi if x nak pun xpe.. sebab istiqamah itu penting.. sat g, duk jenuh pi tambah2.. langsung x buat, lagi haru( saya bukan org utara, sila ambil perhatian) ingat "istiqamah di dalam jalan ini sama pentingnye dengan memulakan perjalanan ini" (konteks agak salah, tapi point di sini>> istiqamah)

4. isi la sendiri
5. isi la sendiri
6. isi la sendiri

ps: kpd miss *angel*, pliz make sure nad x wat mende2 yg x faedah ye.. n tegur nad if nad wat salah ye miss *angel*... huhu...

ps lagik: lain yang nak tulis lain yang tertulis.. post len kali la.. tu la sape suruh x tulis trus ape yg nak ditulis.. wat keje lain lagik(hantar buku-brli shaurma-amik tiket flight(YE, SAYA BALIK!!)-beli santan>>pengat pisang-perghh)..

Friday, December 4, 2009

yakinlah dan pejamkan mata

bismillah..

teringat kata2 seorang sister hari tu, "perasan x bile kte dalam tarbiyyah, ape pun yang terjadi, kte xkan terlalu up n terlalu down.. ble kte rasa susah,sdey n celaru, kte akan pujuk hati kite, ini ujian n tarbiyyah from Allah n kte pun akan letak pergantungan kat Dia.... n if kte nyer hidup lancar n smooth, kte akan jadi berwaspada, sebab mungkin xde ujian tu lah ujian yang sedang Allah bentangkan kat kite.. biasalah, ujian kesenangan n kelapangan tu kan sebenarnye lagi susah.. "(lbey kurang kata2 sister tu.. afwan curi ayat.. hehe)

rasa lain sungguh dgn dulu

pantang sungguh if nak down skarang... mesti ada insan2 istimewa yang akan hantar msg, emel and whateva la yang akan menceriakan org yg "berseri2" ni.. haha

kerana dia berkongsi dengan saya penulisan yang istimewa ini, saya pun nak bagi korg2 sume baca juga..

insyaAllah, pasni kita YAKIN N PEJAMKAN MATA ok?
tekan n baca tau!!! wajib!! hehe..

http://salim-a-fillah.blog.friendster.com/2009/12/yakinlah-dan-pejamkan-mata/

Wednesday, December 2, 2009

cuaca hari ini mendung

bismillah.. segala puji bagi Allah yang memegang hati2 kita..

bekalan makanan tengah hari saya tadi, cuaca hari ini mendung..

"apabila telah aku bebankan kemalangan(bencana) kepada salah seorang hambaKu pada badannya,hartanya atau anaknyam kemudian ia menerima dengan KESABARAN yang SEMPURNA, maka Aku merasa enggan menegakkan timbangan pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal baginya.." hadits qudsi~

kenyang alhamdulillah..
insyaallah cuaca esok lebih cerah berbanding hari ini~